SIAPA PENGKHIANAT MELAYU?

Pemimpin UMNO/BN  kata Pemimpin PKR & PAS/PR Pengkhianat Melayu Islam. Pemimpin PKR & PAS pulak mengata Pemimpin UMNO sebenarnya Pengkhianat Melayu Islam. Di Malaysia Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan. Di Malaysia Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam. Siapa hina Melayu, dia hina Islam!… Pengkhianat Melayu juga Pengkhianat Islam!!!

Jadi siapa sebenarnya Pengkhianat Melayu? Pengkhianat Melayu adalah Pemimpin Melayu yang tidak melaksanakan amanah yang diberikan kepada mereka oleh rakyat yang memilih mereka, khasnya amanah kepada Umat Melayu yang merupakan majoriti rakyat Malaysia. Mereka inilah sebenarnya Pengkhianat Melayu.

SIAPA PENGKHIANAT MELAYU? INI JAWAPANNYA:-

1. Pemimpin Melayu yang telah didapati bersalah melakukan rasuah politik wang tetapi masih terus dibenarkan berkuasa. Kerana wang yang digunakan adalah wang rakyat. Rakyat disuruh berjimat cermat mengikat perut tetapi Pemimpin menabur wang untuk membeli kuasa. Rakyat yang majoritinya Umat Melayu terpaksa memakan makanan yang murah dan tidak berkhasiat tapi pemimpin bersenang-lenang makan di hotel dan majlis keraian. Rakyat hidup berhimpit-himpit dalam rumah murah tetapi pemimpin duduk di rumah bagaikan istana. Anak rakyat mendapat pendidikan kelas ketiga tetapi anak pemimpin semua dihantar ke luar negara untuk pendidikan kelas pertama!!!

2. Pemimpin Melayu yang tidak mahu melepaskan jawatan walaupun telah berpuluh tahun ditampuk kuasa. Mereka ini tidak memberikan peluang orang lain memimpin. Hanya mementingkan tembolok sendiri, kroni dan keluarga. Mereka leka bermain dengan kuasa dan mengumpul harta. Mereka mengangap diri mereka saja yang layak dan pandai memimpin. Tiada Orang Melayu lain yang layak dan sepandai dia. Mereka menjadi ego, sombong dan bongkak.

3. Pemimpin Melayu yang mengangkat pemimpin-pemimpin di bawah mereka dari kalangan kroni dan Pak Angguk saja. Siapa yang pandai akan dicantas. Siapa yang melawan ditendang keluar. Hanya tukang bodek, tukang kipas dan tukang cium tangan sahaja akan kekal. Mereka yang berpotensi menggugat akan disuruh diam, dihina dan diherdik atau dilayan seperti anjing atau  pengemis di dalam bangsa dan tanahairnya sendiri.

4. Pemimpin Melayu yang mengongkong minda anak muda supaya sentiasa menyokong mereka. Mereka menyembunyikan fakta kebenaran dan mempamerkan lakonan sandiwara kepada anak muda. Anak muda dimasukkan ke dalam acuan yang mereka sediakan. Suara mereka disekat, minda mereka dibekukan, mulut mereka dibisukan, mata mereka dibutakan dan telinga mereka dipekakkan. Anak muda digula-gulakan supaya mereka tidak melawan, tidak mampu berfikiran kritis dan akhirnya menjadi seperti katak bawah tempurung, tidak produktif dan tiada jati diri!

5. Pemimpin Melayu yang membiarkan taraf sosial, ekonomi, pendidikan dan pemikiran Umat Melayu tidak meningkat. Supaya Umat Melayu kekal kurang cerdik dan suka meminta-minta. Supaya senang digula-gulakan dan dicucuk hidung. Supaya Umat Melayu terus dengan mudah boleh dikelentong, diugut atau diperdaya.

6. Pemimpin Melayu yang memakai topeng agama seperti ulama, tok guru, ustaz, wali dan sebagainya. Hingga ada pengikut taksub mengangkat mereka ini seperti nabi. Mereka ini tak boleh dibantah dan ditegur. Kalau ditegur akan berdosa sebab mereka bertaraf wali dan maksum macam nabi!!!

7. Pemimpin Melayu yang tidak membawa Orang Melayu ke depan menjadi lebih maju, dinamik, berkebolehan dan berketerampilan. Pemimpin Melayu yang tidak merasa apa-apa melihat Umat Melayu terus ketinggalan dan semakin terkebelakang. Tidak memikirkan masa depan Umat Melayu. Hanya kuasa, harta dan pangkat terpahat dibenak mereka.

Melayu itu Islam….Islam itu Melayu….

Pengkhianat Melayu ada dalam Kepimpinan Umat Melayu…

Pengkhianat Melayu adalah dari Pemimpin Melayu Sendiri!!!

PEMBELA

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: