UMNO: GAME OVER !!!

UMNO akan tumbang pada PRU13 kerana “UMNO TIDAK MAHU BERUBAH”

7 dalil UMNO pasti tumbang:-

  1. Ketua Menteri dan Menteri Besar di negeri-negeri diperintah UMNO sudah berpenggal-penggal lamanya memegang kuasa. Mereka menjadi ego, sombong dan bongkak. Mereka menganggap hanya diri mereka sahaja yang layak memerintah. Rakyat semakin benci dan meluat. Pemimpin pelapis menjauhkan diri manakala mereka yang berputus-asa samada berundur atau diam-diam menyertai pembangkang.
  2. Pemimpin UMNO samada telah gagal atau langsung tidak memberikan jawapan kepada rakyat berkaitan isu-isu besar yang dibangkitkan seperti komisen pembelian kapal selam, PKFZ, MAS, FELDA dan terbaru sekali NFC walaupun terdapat fakta sahih tercatat di dalam Laporan Audit Negara!!! Kenaikan kos sara hidup dan penawaran gaji rendah di sektor swasta menyebabkan kehidupan rakyat marhain semakin tertekan. Pendatang asing dibiarkan rakus mengaut kekayaan di bumi Malaysia dan mereka kini semakin memonopoli ekonomi rakyat kelas bawahan. Rakyat dipaksa mengubah cara hidup dan berjimat cermat tetapi pemimpin kerajaan terus boros membazirkan wang rakyat.
  3. UMNO terus mengekal dan memberikan pangkat kepada pemimpin-pemimpin yang telah terbukti bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO sendiri menggunakan rasuah politik wang bagi meraih undi untuk kekal berkuasa. Mereka ini terang-terangan ditolak rakyat. Mereka menjadi bualan ejekan rakyat. Tetapi UMNO terus memberikan mereka kedudukan yang tinggi. Rakyat dipaksa menerima dan menghormati mereka, sedangkan di dalam hati rakyat menyumpah seranah mereka saban hari.
  4. Kedua-dua sayap utama Pemuda dan Wanita UMNO berada dalam keadaan paling lemah sekarang disebabkan isu besar yang mencalar kredibiliti ketua dan barisan exco mereka. Ketua Pemuda dilihat sudah berputus-asa, lemah dan sambil lewa kerana beliau telah beberapa kali menyatakan kekecewaan dan mahu meletak jawatan. Manakala Ketua Wanita pula sekarang telah terpalit dengan tahi lembu seluruh badan!!!
  5. Parti komponen di dalam BN semakin goyah dan tidak mampu lagi menjadi pelengkap kepada UMNO kerana mereka sendiri sudah kehilangan sokongan dan hanya menunggu masa untuk berkubur. Ada di antara mereka seperti menjadi jurucakap kepada Pakatan Rakyat. Mereka seperti sedia melompat ke dalam komponen Pakatan Rakyat pada bila-bila masa demi survival politik, kuasa dan ekonomi serta bagi menjaga kepentingan bangsa dan agama mereka sendiri sahaja.
  6. Konsep 1Malaysia semakin mendapat tempat dihati rakyat. Tetapi konsep ini lebih sinonim dengan pendekatan dan idealisma Pakatan Rakyat berbanding UMNO yang dilihat terlampau keras dan rasis kerana bersekongkol dengan PERKASA. Rakyat beserta ramai dari ahli UMNO sendiri telah lama menolak pemimpin lalang seperti Ibrahim Ali. Tetapi UMNO terus dilihat merapatkan diri dengan PERKASA.
  7. Teras kepimpinan UMNO dilihat berpaksikan kepada sistem feudal dan legasi turun temurun yang telah lama ditolak oleh majoriti negara dunia. Najib dilihat meneruskan legasi Tun Razak, Hishammuddin – Tun Hussien dan Mukhriz-Tun Mahathir. Gelora penolakkan telah memuncak diseluruh negara Islam bermula di tanah Arab di mana pemimpin yang terlalu lama memerintah menjadi ego dan bongkak serta cuba membina legasi dikalangan keluarga dan anak beranak. Tetapi mereka akhirnya disingkir hingga ada yang dibunuh di tepi jalan oleh rakyat mereka sendiri yang tidak dapat menahan kebencian dan kemarahan.

Anwar samada masuk penjara atau tidak, beliau sudahpun menjadi seperti Nelson Mandela. Walau apapun kesalahan ditimpa ke atasnya selepas ini, tiada siapa lagi di dunia ini akan percaya. Simpati dan kekaguman dunia kepada kecekalan dan ketabahan Anwar semakin tinggi. Sebaliknya imej kepimpinan Malaysia di mata dunia semakin buruk jika Anwar dipersalah atau dihukum. Anwar Ibrahim hampir pasti menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7.

Hanya ALLAH swt sahaja kekal. Tiada suatu pun di dunia ini akan kekal selamanya. Kejatuhan UMNO tidak dapat dielakkan lagi…wallahulam…

PEMBELA

One Response to “UMNO: GAME OVER !!!”

  1. Khalit Khofiyah Says:

    pru13 pas ganti umno

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: