PERHIMPUNAN RAKYAT – “BERSIH 2.0”

1. Bersih 2.0 mestilah dilihat sebagai SUARA RAKYAT yang mahukan proses pilihanraya dilaksanakan seadil-adilnya.

2. Majoriti RAKYAT pastinya akan menyokong tuntutan Bersih kerana pilihanraya adalah proses yang AMAT PENTING iaitu menentukan pemerintahan negara. Memilih pimpinan yang akan memerintah mereka sebagai RAKYAT!!! Mencorak masa depan mereka!!!

3. RAKYAT adalah semua WARGANEGARA MALAYSIA tanpa mengira kaum, keturunan, puak, bangsa, agama dan fahaman politik.

4. RAKYAT bukanlah mereka yang menyokong parti pemerintah kerajaan sahaja. Mereka yang menyokong parti pembangkang juga RAKYAT.

5. Mereka yang tiada menjadi ahli mana-mana parti politik atau ngo juga RAKYAT.

6. Mereka yang langsung tak ambil kesah(tak ambil tahu) pasal politik juga RAKYAT.

7. Majoriti RAKYAT adalah mereka yang tiada berkepentingan politik tetapi amat cintakan keamanan dan kemakmuran negara. Majoriti RAKYAT pasti menyokong BERSIH 2.0. kerana mereka hanya mahukan Malaysia terus aman dan makmur supaya mereka boleh terus hidup dengan tenang dan aman.

8. RAKYAT yang menyokong parti kerajaan pemerintah sudah tentulah  menganggap BERSIH 2.0 ini pengacau. Sebab mereka berkepentingan dan telah menetapkan sokongan mereka kepada parti pemerintah sahaja.

9. RAKYAT mahukan maklumat yang benar dan tepat bagi mereka boleh membuat keputusan tepat mengundi pemimpin yang benar-benar layak.

10. RAKYAT mahukan proses pilihanraya lebih telus dan berinformasi supaya mereka boleh memilih pemimpin yang benar-benar berkebolehan dan boleh terus mengekalkan dan memimpin Malaysia ke arah kemakmuran dan keamanan berterusan hingga ke akhir zaman.

11. RAKYAT mahukan semua maklumat pemimpin dan parti yang bertanding dalam pilihanraya dikhabarkan kepada mereka secara benar, tepat dan adil dan bukannya berat sebelah hanya kepada pemimpin dan parti pemerintah sahaja seperti sekarang.

12. RAKYAT mahukan pemimpin yang menang atau berjaya terpilih adalah dari kalangan mereka yang mendapat majoriti undi yang benar-benar bersih dan bebas dari sebarang penipuan semasa proses pilihanraya!

PERSOALAN.

1. Kenapa dihalang SUARA RAKYAT.

2. Kenapa dinafikan SUARA RAKYAT.

3. Kenapa diperkecilkan SUARA RAKYAT?

4. Apakah tanggapan RAKYAT ke atas kerajaan yang menafikan hak mereka? Memperlecehkan tuntutan mereka?

5. Apakah tanggapan RAKYAT ke atas kerajaan yang menghalang SUARA RAKYAT? Melukai hati nurani mereka???

TANPA RAKYAT TIADA PEMIMPIN

TANPA RAKYAT TIADA RAJA.

DALAM DEMOKRASI RAKYAT ADALAH RAJA.

DALAM DEMOKASI ALLAH MEMBERI KUASA KEPADA RAKYAT MENENTUKAN SIAPA HARUS DIBERIKAN KUASA!!!

RAKYAT YANG MEMILIH DAN MENGANGKAT PEMIMPIN ATAU RAJA MEREKA. BUKAN SEBALIKNYA!!!

PEMBELA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: