MALAYSIA PERLUKAN REVOLUSI???

1. Semua negara maju di dunia melalui proses proses pembetulan sebelum mereka keluar dari menjadi lebih kuat, bersatu dan maju. Proses pembetulan ini seringkali dipanggil Revolusi. Ada yang melabelkan proses pembetulan ini perang saudara, demontrasi, tunjuk perasaan dan sebagainya.

2. Revolusi selalunya terjadi apabila sebuah kerajaan samada raja atau parti politik memerintah terlalu lama. Kuasa pemerintahan terlalu lama yang dimiliki manusia akan menimbulkan banyak penyakit hati. Manusia mempunyai nafsu tanpa had. Manusia yang mempunyai kuasa dan kaya akan lupa diri. Mereka menjadi sombong dan bongkak. Mereka termakan pujukan syaitan untuk terus mengekalkan kuasa dengan apa cara sekalipun. Akibatnya rasuah, penipuan, kronisme dan pelbagai penyakit masyarakat timbul. Di dalam juga Al Quran menceritakan mereka ini seperti namrud dan firaun.

3. Ada yang mengatakan apa gunanya semua ini jika menyebabkan kematian dan negara menjadi huru-hara. Hakikatnya negara menjadi huru-hara dan kematian bukanlah disebabkan kebangkitan rakyat melalui Revolusi. Keadaan ini terjadi kerana mereka yang berkuasa tidak mahu melepaskan kuasa. Mereka yang berkuasa tidak mahu kesenangan dan kemewahan yang mereka kecapi selama ini dirampas oleh rakyat. Mereka yang berkuasa sebenarnya bertuhankan nafsu dan berkiblatkan syaitan.

4. Oleh itu apabila Revolusi terjadi maka raja dan pemimpin dengan pantas menuding kepada rakyat sebagai penyebab kepada kekecohan dan kemungkinan kematian. Hakikatnya raja dan pemimpin tidak sedar merekalah penyebab utama keadaan ini terjadi. Mereka tidak pernah mengakui bahawa merekalah penyebab sebenar pembunuhan dan kekecohan belaku. Jika raja dan pemimpin benar-benar bertolak ansur dan memenuhi aspirasi rakyat kekecohan pasti tidak berlaku. Cuba bayangkan jika Mubarak terus meletak jawatan selepas didesak rakyat? Tiada kekecohan dan tiada siapa yang akan terkorban!!!

5. Sudah tentunya pada awal Revolusi sesebuah negara akan menjadi tidak menentu. Keadaan menjadi lebih getir dan payah. Apa yang terjadi sekarang di Mesir adalah cabaran biasa di awal Revolusi bagi sesebuah negara, sebelum mereka bangkit semula menjadi lebih maju disokong oleh rakyat yang mempunyai tinggi jati diri, lebih berani, lebih hebat!!!

6. Hampir kesemua negara maju sekarang telah melalui proses ini. US, Russia, Peranchis, China. Mereka semua melalui proses ini dan menjadi lebih maju dengan jati diri yang lebih hebat terbina dikalangan rakyat. Apakah mereka ini semua bodoh? Apakah mereka semua ini tidak mengerti? Sedangkan mereka ini semua sedang menguasai dunia….menguasai teknologi dan ekonomi. Apa yang kita kuasai???

7. Proses Revolusi telah mendekatkan semua golongan rakyat di dalam sesebuah negara yang terdiri dari pelbagai latarbelakang, golongan dan puak. Revolusi juga akan mengangkat hero atau pejuang yang sebenar yang benar-benar berjuang demi rakyat. Raja dan pemimpin yang sombong, bongkak dan mementingkan diri serta hanya mengkayakan diri sendiri dan kroni akan disingkir.

8. Revolusi akan melahirkan rakyat yang mempunyai jati diri yang tinggi. Semangat kecintaan kepada negara dan sanggup menggadai nyawa demi mempertahankannya berada pada tahap amat tinggi. Hubungan kalangan mereka akan menjadi semakin erat dan akrab melahirkan kesepakatan dan kecintaan kepada negara yang amat jitu dan kental.

9. Paling penting Revolusi sesebuah negara mesti tidak dipengaruhi anasir luar. Sebuah Revolusi mestilah BENAR-BENAR BERSIH yang timbul dari hati sanubari rakyat jelata dan tidak dipengaruhi negara luar adalah satu keperluan dalam pembinaan jati diri dan semangat kenegaraan.

10. Malaysia dan rakyatnya pasti bangkit menjadi lebih bersatu dan maju di masa depan!!!

 

Artikel ini diambil dari komen Pembela di Blog Tun Dr Mahathir
PEMBELA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: