ANWAR IBRAHIM SODOMY SHOWDOWN

LAPORAN TERKINI 8/02/10 : TUNDA LAGI???

Anwar Ibrahim akan dibicarakan pada 2 Febuari 2010 dalam perbicaraan yang telah lama ditungu-tunggu oleh seluruh Rakyat Malaysia dan seluruh dunia selepas begitu lama ditangguh-tangguh. Kerana perbicaraan Sodomy 2/2010 kali ini AMAT BERBEZA dengan Sodomy 1/1998 sebelum ini.

1. Pada perbicaran pertama – Sodomy 1/1998, Anwar ditahan sepanjang perbicaraan. Anwar mendakwa tidak diberikan kebebasan dan layanan sepatutnya sebagai banduan oleh Kerajaan Malaysia. Pergerakkan beliau amat terbatas kerana beliau hanya dibenarkan berjumpa peguam dan ahli keluarganya sahaja. Kes mata lebam Anwar pula telah mendapat simpati rakyat Malaysia dan seluruh dunia. Walaupun akhirnya Mahkamah Malaysia mendapati Anwar bersalah atas tuduhan salah guna kuasa dan dipenjarakan tetapi ramai yang mendakwa Anwar tidak bersalah dan dianiaya yang akhirnya mencetuskan gelombang Reformasi.

2. Pada perbicaraan kali ini – Sodomy 2/2010, Anwar telah diberikan kebebasan sepenuhya dan layanan sebaiknya oleh Kerajaan Malaysia. Anwar bebas memberi ceramah di serata ceruk rantau di Malaysia. Anwar juga tidak pernah disekat keluar masuk Malaysia dan bebas memberikan ucapan atau ceramah ke serata dunia. Anwar juga diberikan layanan terbaik semasa berurusan dengan proses Mahkamah Malaysia hinggakan perbicaraan sebenar mengambil masa lebih dari 1 tahun selepas penangguhan demi penangguhan. Anwar bebas sebebasnya dan diberi layanan kelas pertama!

3. Oleh itu pada perbicaran kali ini – Sodomy 2/2010 pada 2 Febuari 2010, marilah kita semua Rakyat Malaysia bertenang dan memberikan laluan dan ruang seluas-luasnya kepada Mahkamah Malaysia untuk membicarakan Anwar dengan seadil-adilnya. Marilah kita dengar dengan tenang dan tertib serta membaca sepuas-puasnya laporan perbicaraan Anwar kali ini. Supaya semua kebenaran dan kebatilan dapat dibongkar dan diperdebatkan semasa perbicaraan dan akhirnya hukuman yang seadil-adilnya dikenakan ke atas yang bersalah.

MARILAH KITA BERSEMBAHYANG HAJAT BERAMAI-RAMAI MEMOHON ALLAH TUNJUKKAN KEBENARAN!

MARILAH KITA BERDOA SUPAYA YANG BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH DIBERIKAN PEMBALASAN!

MARILAH KITA BERDOA SUPAYA YANG BERSALAH MELAKUKAN DOSA BESAR DIJATUHKAN HUKUMAN!

ANWAR IBRAHIM DAHULU & SEKARANG

APA KATA KARPAL SINGH MERANGKAP KETUA PEGUAMBELA ANWAR

APA KATA MEREKA YANG KENAL SAIFUL

APA KATA MEREKA YANG KENAL ANWAR

PANDUAN SEBELUM MENDENGAR PERBICARAAN

Ya ALLAH…ampuni dan lindungilah kami Umat Melayu Islam Malaysia. Tunjukkanlah kepada kami Rakyat Malaysia kebenaran dalam perbicaraan kes liwat ini dan timpakanlah hukuman dan balasan kepada mereka yang telah melakukan dosa besar dan keji. Berikanlah mereka pengajaran agar mereka tidak dengan mudah bersumpah di atas namaMU dan mempermainkan namaMU serta agama ISLAM. Alfatihah…amin.

PEMBELA.

~~~~~~~~~

LAGU DITUJUKAN KHAS BUAT ANWAR

REFORMASINNNNN!!!!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: