MAHATHIR

MAHATHIR BIN MOHAMAD sudah menjadi amat sinonim dan amat istimewa di hati Rakyat Malaysia dan Orang Melayu.

Bagi Orang Melayu MAHATHIR merupakan Presiden parti politik terbesar Melayu (UMNO) paling lama dan paling berjaya membawa pembaharuan yang begitu besar dalam proses pembangunan dan ketamadunan Umat Melayu Islam di Malaysia.

Bagi Malaysia MAHATHIR adalah seorang tokoh negarawan yang telah berjaya mengangkat nama Malaysia di mata dunia sehingga Malaysia menjadi negara yang amat berpengaruh dan dihormati kawan dan lawan.

Bagi Dunia Islam MAHATHIR merupakan idola dan lambang keberanian memperjuangkan kebenaran walaupun berdepan dengan negara-negara kuasa besar dunia.

Bagi Dunia MAHATHIR merupakan seorang tokoh yang sentiasa dicurigai dan diirihati tetapi amat dinanti-nanti kemunculannya dan bakal menjadi lagenda dunia satu hari nanti.


CADANGAN 7  PEMBERIAN NAMA SEMPENA “MAHATHIR”.

1. MMU – Multi Media University  = “MAHATHIR MOHAMAD UNIVERSITY”

2. Proton City = “MAHATHIR AUTO CITY”

3. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi = “MAHATHIR INTERNATIONAL AIRPORT”

4. Menara Kuala Lumpur = “MAHATHIR CITY TOWER”

5. Labuan Port = “MAHATHIR PORT”

6.  SCORE – Sarawak Corridor Of Renewable Energy = “WILAYAH PEMBANGUNAN MAHATHIR”

7.  Jambatan Malaysia – Singapura (Mesti Dibina!!!)  = “MAHATHIR CAUSEWAY GATE”


Sepatutnya seorang negarawan ulung yang amat berjasa mesti diberikan penghormatan semasa beliau masih lagi hidup bagi mengangkat jasa beliau untuk dijadikan pembakar semangat kepada Rakyat Malaysia terutamanya kepada golongan muda dan pelajar untuk gigih berusaha menguasai ilmu pengetahuan dan seterusnya mencipta kejayaan membangunkan dan mengangkat nama Malaysia.

Meletakkan nama MAHATHIR pada sesuatu pasti akan menjadi penambah nilai (value added) kepadanya kerana nama beliau yang telah gah diseluruh dunia dan bakal menjadi Seorang Melayu Lagenda Dunia di masa depan .

Terima kasih negarawanku – Yang Amat Dikasihi TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD.


Semoga Tok Det dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki. Alfatihah…amin.

PEMBELA.

12 Responses to “MAHATHIR”

  1. aljohari Says:

    Tun Dr. Mahathir adalah pemimpin terhebat yang telah dikurniakan Allah kepada umat Melayu di abad ini. Alhamdulillah. Syukur.

  2. aljohari Says:

    Saya menunggu bila DS Anwar akan bersumpah mubahalah seperti yang dilakukan oleh Saiful.

  3. al-basri Says:

    Salam persaudaraan..
    Saya bangga membaca entry ini, kerana Tun ada idola saya sampai bila2 pun. saya yakin beliau juga ada idola Malaysia.
    Saya bukan orang melayu, tapi saya turut mengkagumi perjuangan Tun utk memajukan orang melayu di Malaysia.

    terima kasih, segar jiwa saya membaca artikel ini.

  4. jonas Says:

    Huhu. bodek punya kuat memang boleh jadi orang UMNO sebab itulah buday UMNO. Bodek dan ampu. Huhuhuhu

    • PEMBELA Says:

      Sanjungan dan bodek berbeza. Bodek jika kita mahukan sesuatu habuan atau berkehendakkan harta dan pangkat. Sanjungan adalah ikhlas kerana merasa terhutang budi atau sebagai tanda terima kasih sesama manusia. Saya tidak dapat habuan apa-apa pun….

      Bodek ini bukan dalam UMNO saja tapi dalam parti apapun mesti ada sebab nak pangkat, kuasa dan harta. Dalam PKR, DAP, PAS, MCA, MIC takde bodekke? Sudahlah jangan melawak….

      Saya rakyat Malaysia, berbangsa Melayu dan beragam Islam tetapi saya BUKAN ahli UMNO. Saya tak minat berpolitik tapi saya akan pertahankan hak, maruah dan kedaulatan Umat Melayu Islam Malaysia selagi hayat dikandung badan.

      PEMBELA.

  5. Exoshear Says:

    Wa’alaikumusalam saudara Pembela.

    Nampaknya saudara tidak bersetuju dengan perbicaraan saya tentang hukum menuduh zina/liwat, qazaf dan juga hukuman bagi mereka yang menyebarkan fitnah2 yang belum diketahui kebenarannya. Saudara semacam tidak bersetuju dengan hukum hudud dan hukumannya yang telah saya beri dalil2 dari Al Quran KALAM ALLAH.

    Jadi, kalau saudara mengatakan saya mengambil sekerat2 potongan dari Al Quran, bolehkan saudara sendiri memberi dalil2 PENUH tentang hukum QAZAF atau menuduh orang berzina/liwat yang ada dalam al Quran atau Hadis2 Sahih?

    Dimana dalam al Quran mengatakan LAIN atau BERTENTANG dari pada apa yang telah saya kemukakan iaitu dalam MENUDUH orang berzina/LIWAT, si penuduh perlu membawa empat orang saksi Beriman?

    Di mana dalam Al Quran mengatakan yang si tertuduh (kes Zina/Liwat) yang perlu membersihkan nama mereka dan membawa bukti menidakkan tuduhan ke atas mereka? Boleh saudara bagi dalil PENUH dari Al Quran atau dari Hadis2 Sahih bersama Sanad2nya sekali? Kerana saudara seperti tidak faham bila saya mengatakan si penuduh yang perlu membawa EMPAT ORANG SAKSI beriman kerana dia yang menuduh!

    Saya sama sekali TIDAK MENOLAK cerita Nabi Yusuf AS dalam Al Quran tetapi saya mengatakan SYARIAT Nabi Muhammad SAW SEMEMANGYA berlainan dari SYARIAT Nabi2 terdahulu dan umat2 terdahulu.

    Nampaknya saudara sudah SALAH bila mengatakan SYARIAT Nabi2 lain sama dengan SYARIAT Nabi Muhammad SAW. Tahukan saudara Syariat Nabi Ibrahim tidak sama dengan Syariat kita? Jika saudara solat seperti Nabi Ibrahim, solat saudara tidak sah. Syariat para2 Nabi AS hanya tertentu untuk zamannya sahaja.

    Ketika Zaman Nabi Adam AS, Allah SWT memerintahkan supaya perkahwinan sesama adik beradik. Kisah ini disebutkan oleh Allah SWT di dalam Surah al Maidah, ayat 27.

    Contoh yang lain, ketika zaman Nabi Musa AS, cara bersucinya berbeza dengan syariat Nabi Muhammad SAW. Semua ini kerana syariat tersebut hanya bersesuaian dengan zaman tersebut sahaja. Ia sudah tidak lagi bersesuaian dengan zaman kita.

    Adakah SYARIAT ini sama dengan SYARIAT bagi umat Nabi Muhammad SAW? Saudara sendiri cakap supaya bila berhujah jangan main hentam aje. Tengok siapa yang main hentam sekarang.

    Saya tidak mahu lagi bertelagah dengan saudara. Apa yang saya cuba ketengahkan mengapa Saiful yang kononnya hendak menegakkan keadilan sebagai seorang Muslim tetapi tidak pula mahu mengikut hukum2 Syarak. Kenapa tidak bawa kes ke Mahkamah Syariah?

    Wassalam.

    • PEMBELA Says:

      Assalammualaikum tuan/puan,

      SETUJU! Baguslah…tak payahlah kita sesama islam bertelagah lagi…. keadilan pasti akan diketahui…tidak di dunia…di Padang Mahsyar nanti….mari kita rapatkan persaudaraan …tumpukan kepada agenda yang lebih besar….pembangunan ummah bagi meningkatkatkan lagi taraf kehidupan,martabat dan tamadun umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia….Semoga ALLAH sentiasa memberikan kita petunjuk dan rahmatNYA… alfatihah…amin.

      Salam Perkenalan….Salam Persaudaraan…Salam Perjuangan!!!

      PEMBELA

  6. Exoshear Says:

    Saudara, kononnya Pembela Melayu..

    Saya nak sentuh satu isu – Isu hak penggunaan nama Allah.

    Sheikh Yusuf Qardawi Ulamak Tersohor dunia dah keluarkan Fatwa. Siapa kita nak pandai2 kata sebaliknya? Apa Tuhan kita Allah untuk orang Islam sahajakah? Dalam kalimah syahadah pun kita sebut “Tiada Tuhan melainkan Allah”.

    Sheikh Qardawi juga suruh sebarkan, kes Sodomi II ni hanyalah fitnah semata2 TANPA SAKSI walau seorang pun.

    Saya percaya saudara Pembela MELAYU seorang beragama Islam. Sudah tentu saudara tahu dalam hukum Syariat (Hukum Allah), si penuduh orang yang berzina hendaklah membawa 4 orang saksi BERIMAN (bukan fasik) ke hadapan.

    Selagi tidak ada saksi, sesiapa yang sebarkan fitnah ini jatuh hukum FASIK. Ini Sheikh Qardawi yang sebut. Jadi saya harap saudara hentikanlah penyebaran FITNAH KEJAM ini. Kalau nak benci DS Anwar, bencilah. Tapi tak perlu sebarkan fitnah ini.

    Siapa2 pun boleh tuduh orang lain berzina/liwat. Tapi dalam ISLAM, kalau tiada saksi, si PENUDUH yang kena hukum. Bukan sebaliknya. Dalam kes Sodomi2 ni si Saiful diagung-agungkan, tapi si tertuduh yang belum terbukti kesalahan beliau di cerca, di fitnah. Mana keadilan? Kenapa orang2 Melayu ISLAM kita kuat perjuangkan nama ALLAH tapi HUKUM ALLAH pun tak ikut?

    Lagi satu, Rasulullah sendiri pernah cakap sememangya dalam dunia ini ramai orang yang buat kesalahan sanggup dan berani BERSUMPAH atas nama Allah. Tolong lapangkan fikiran, lapangkan masa saudara untuk tengok penjelasan Ustaz ni pasal kes Sumpah – http://www.youtube.com/watch?v=LCSDuzD72GA

    Jangan sampai kita jadi orang Fasik & Munafik.

    • PEMBELA Says:

      Assalammualaikum Tuan/Puan Exoshear,

      Ini jawapan kepada persoalan tuan/puan:-

      1. Sila berikan transkrip penuh fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Yusuf Al Qardhawi yang telah diperakukan dan ditandatangani oleh beliau. Jangan hanya dengar cakap orang atau ceramah kemudian bagi fatwa sekerat-sekerat. Nanti anda pula yang termasuk dalam golongan Fasik dan Munafik.

      2. Saya berbangsa Melayu dan beragama Islam.

      3. Kalau mentafsir Hukum Allah kenalah bersumberkan keseluruhan isi Al Quran, Hadis Sahih dan pandangan Ulama Muktabar. Janganlah ambil sekerat-sekerat atau separuh-separuh ikut suka hati sahaja.

      4. Pernah anda baca kisah/kes Nabi Yusuf? Ada saksi? ALLAH mengajar manusia jika tidak ada saksi kesalahan boleh disabitkan dengan “PERBICARAAN” dan “PEMBUKTIAN”. Nabi Yusuf dibebaskan dari kesalahan melalui PERBICARAAN DAN PEMBUKTIAN iaitu bajunya yang terkoyak dibahagian belakang.

      5. Dalam kes liwat Anwar & Saiful – Sodomy 2, Saiful telah mengemukakan pertuduhan dengan mengemukakan PEMBUKTIAN yang beliau telah diliwat oleh Anwar secara paksa atau tanpa kerelaaan. Anwar sepatutnya MEMBUKTIKAN dalam PERBICARAAN yang beliau tidak bersalah dan perlakuan liwat tidak pernah berlaku.

      6. Yang menjadi kemusykilan semua pihak, kenapa pula Anwar cuba menangguhkan kes dengan pelbagai alasan? Beliau sepatutnya segera teruskan dengan PERBICARAN dan PEMBUKTIAN bahawa beliau tidak bersalah dan difitnah. Dengan cara ini nama baik beliau dan keluarga beliau akan dapat dibersihkan segera. Kenapa biar kes jijik ini tertangguh hampir sampai 2 tahun? Tidakkah Anwar dan keluarga beliau terasa malu?

      7. Setakat ini saya belum jumpa lagi mana-mana orang mengagungkan Saiful. Tetapi beribu orang mengagungkan Anwar. Anwar tidak bersalah sebelum dibicarakan. Anwar tak mungkin melakukan dosa besar? Anwar maksum macam nabi?

      8. Memang ramai orang didunia yang membuat kesalahan tetapi berani bersumpah atas nama ALLAH. Tetapi Rasullullah tidak mengatakan SEMUA mereka yang bersumpah dengan nama ALLAH itu berdusta. Ada juga yang benar-benar bersumpah atas nama ALLAH untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.

      Tentang penggunaan nama ALLAH oleh bukan Islam saya teringin hendak melihat transkrip penuh Fatwa Shiekh Yusuf Al Qardawi yang sahih sebelum memberikan komen maklumbalas.

      Saya nasihatkan tuan/puan berhati-hati berhujah menggunakan Al Quran dan Hadis dan jangan mudah mengatakan orang Fasik dan Munafik sebelum membuat kajian mendalam terlebih dahulu.

      Berfikirlah menggunakan AKAL & IMAN bukan NAFSU & PERASAAN.

      Terima kasih sudi memberi komen.

      PEMBELA

    • Exoshear Says:

      Wa’alaikumusalam saudara Pembela Melayu.

      Baiklah. Ini pula jawapan saya dan saya cuba sebaik mungkin memberi dalil2 dari Al Quran, Sunnah, padangan ulamak melalui beberapa karangan kitab2.

      1. Pertama sekali Fatwa2 Sheikh Yusuf Qardawi banyak di ‘circulate’ di laman2 web and ada juga di YouTube. Tapi fatwa beliau yang latest yang membicarakan kes tuduhan liwat DS Anwar sedang diedarkan di seluruh Tanah Air. IsnyaAllah saya akan cuba dapatkan edaran tersebut dan pamerkan di sini. Walau bagaimanapun, fatwa2 beliau semuanya berdasarkan dalil2 yang ada dalam AlQuran & sunnah. Jadi lebih baik saya kemukakan dalil2 tersebut.

      2. Jadi jika saudara benar2 mahu membela bangsa & agama, saudara sudah tentu tidak akan bertentang pendapat dengan Hukum2 Syariah Islam (hukum Hudud Allah).

      3. Sebenarnya lebih baik kita jangan mentafsir isi Al Quran & Hadis dengan akal fikiran kita sendiri. Sebab ilmu kita hanya berapa kerat. Lebih baik rujuk atau bertanya mana2 Guru atau mereka yang arif.

      4. Berkaitan dengan isu Liwat ini, berikut adalah dalil2 tentang hukum menuduh orang berzina/liwat dan hukum Qazaf (menuduh tanpa saksi).

      Menuduh orang-orang yang bersih dengan tohmahan-tohmahan, terutama tohmahan-tohmahan yang besar seperti
      berzina, liwat dan membunuh merupakan satu perbuatan yang diharamkan secara tegas oleh Islam. Bahkan ia termasuk
      dalam dosa-dosa besar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah dan azab-Nya.

      Sebabnya, tohmahan-tohmahan seperti itu berupaya untuk menyerang kemuliaan diri orang-orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan. Ianya juga boleh menyebabkan orang ramai berburuk sangka terhadapnya.Perkara sedemikian juga menyebabkan tersebarnya kejahatan di kalangan orang-orang yang beriman. Oleh itu, al-Quran mengecam keras perilaku seperti ini dan mengancam para pendusta yang melakukannya dengan seksaan di dunia dan
      di akhirat.

      Firman Allah s.w.t.: “Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.” (Surah al-Ahzab 33:58)

      Dan ini pula tentang azab Allah pada mereka yang menyebarkan fitnah2 sebegini.

      Bacalah firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nur: “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: “Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah
      pada sisi Allah orang-orang yang dusta.” (Surah an-Nur 24:11-13)

      Lagi firman Allah s.w.t. “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) dengan 80 kali sebatan, dan janganlah
      kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Surah an-Nur 24:4,
      5)

      Allah s.w.t. juga berfirman dalam al-Quran al-Karim: “Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan
      yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.”
      (Surah an-Nur 24: 19)

      Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan perbuatan yang dilakukan seseorang dan juga liwat.

      Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang
      berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazaf. ( Al-Mughni, 9/72 ;
      Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina’, 6/433)

      Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :
      “Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya)
      untuk disabitkan hukum.” ( Al-Muhazzab, 3/332)
      Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes
      Hilal bin Umaiyah (yang menuduh isterinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.

      Walaupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijmak ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

      5. Kisah Nabi Yusuf dan tuduhan Zulaikha ke atasnya itu berlaku sebelum datangya Rasulullah SAW dan al Quran. Syariat pada zaman & umat waktu itu tidak sama dengan syariat umat2 Nabi Muhammad SAW selepas turunnya AlQuran.

      Lebih baik kita ambil contoh seperti tuduhan zina yang dilemparkan oleh golongan Munafik ke atas Saidatina Aisyah R.A pada zaman Rasulullah SAW dan juga kisah tuduhan zina Hilal bin Umayyah ke atas isterinya sendiri.

      6. Persoalannya bukanlah kenapa DS Anwar menangguhkan perbicaraan dan tidak mengemukakan bukti menolak tuduhan itu TAPI kalau berdasarkan dalil2 di atas tadi SI PENUDUH (Saiful Bukhari Azlan) yang perlu membawa 4 orang saksi Beriman sebagai bukti. Bukan sebaliknya. Selagi tidak ada saksi, selagi itu tertuduh tidak bersalah dan kita tidak boleh sebarkan fitnah2 ini.

      7. Memanglah ada yang bersumpah kerana benar. Tapi kita sebagai orang Islam tidak boleh buta2 mempercayai sumpah tersebut. Kalau semua orang bersumpah atas nama Allah kita kena percaya, kucar kacir lah dunia ni. Sebab itu saudara sendiri cakap kita kena ada “PERBICARAAN” & “PEMBUKTIAN” yang mengikut kaedah & hukum2 Syarak. Lebih2 lagi bila kita cakap mahu membela bangsa Melayu & agama ISLAM.

      8. Yang selalu tertera dekat media2 sekarang kalau bukan mencerca DS Anwar dan mem’publisiti’kan Saiful Bukhari secara terang2an tu apa? Seolah2 Saiful ini benar & PENEGAK KEADILAN dan seolah2 DS Anwar telah pun disabitkan kesalahan.

      Sememangya saya bersetuju dengan pendapat saudara kita perlu berfikir menggunakan AKAL & IMAN bukan NAFSU & PERASAAN.

      ps. Transkrip Sheikh Qardawi tentang tuduhan Liwat – http://mindasuper.com/v2/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=99

      • PEMBELA Says:

        Assalammualaikum Tuan/Puan Exoshear,

        1. Berhati-hati dan insaflah bila mengatakan kisah/kes Nabi Yusuff yang terkandung di dalam Al Quran tidak sama atau tidak terpakai dengan syariat Islam. Ingat!!! Al-Quran itu menjadi panduan kepada SELURUH UMAT MANUSIA khasnya Umat Islam HINGGA HARI KIAMAT!. Al Quran adalah MUKJIZAT, kata-kata/firman ALLAH = KALAM ALLAH. Bukan sahaja ayatnya mempunyai maksud, bahkan huruf-hurufnya, susunan ayatnya, dimana ayat diturunkan, bagaimana wahyu diturunkan, gaya bahasanya, dsb juga mempunyai maksud jika kita/manusia benar-benar mahu mengkajinya.

        2. ALLAH tidak menurunkan suatu wahyu/ayat kepada Rasulullah itu sekadar bahan bacaan seperti buku cerita. Kalam ALLAH adalah sebagai perintah/peringatan/petunjuk kepada seluruh umat manusia HINGGA HARI KIAMAT. Apa taraf kita manusia yang hina, lemah dan bodoh ini mengatakan sebahagian kalamNYA bukan panduan syariat ISLAM. Kenapa dengan berani kita mengatakan kalam ALLAH ini hanya terpakai sebelum kedatangan ISLAM yang dibawa oleh Muhammad saw?

        3. Seperti saya katakan sebelum ini kita mesti tahu makna dan maksud KESELURUHAN Al Quran terlebih dahulu dengan berpandukan Hadis Sahih dan takfsiran-tafsiran ulama muktabar sebelum kita mahu membincangkan atau berhujah mengenai sesuatu fakta/perkara/kes. Kerana hanya dengan mengkaji KESELURUHAN Al Quran terlebih dahulu barulah kita akan tahu apa POKOK SEBENARNYA yang dituntut oleh SYARIAT ISLAM = PERINTAH ALLAH= HUKUM ALLAH. Oleh itu apabila berhujah kita mesti berasaskan kepada KESELURUHAN perintah/petunjuk/peringatan ALLAH yang terkandung di dalam AL Quran dengan berpandukan kepada hadis sahih dan pandangan ulama muktabar supaya kita mendapat RUMUSAN YANG BENAR-BENAR TEPAT….tiada percanggahan dan pertikaian…InsyaALLAH.

        4. Secara ringkasnya dalam kes Anwar/Saiful kita mestilah berpandukan KESELURUHAN petunjuk dan sebarang firman ALLAH yang berkaitan di dalam Al Quran sebelum membuat rumusan berpandukan Hadis Sahih dan pandangan ulama muktabar.Kita mesti mengambil kira kesemua petunjuk dan keterangan yang terkandung dalam Al Quran yang berkaitan/bersangkutan dengan hukum/kes/permasalahan yang dibincangkan. Kerana apabila kita mengambil sekerat-sekerat dan separuh-separuh kita sebenarnya menafsirkan sesuatu mengikut kehendak kita dan bukannya mengikut kehendak/perintah KESELURUHAN PERINTAH ALLAH YANG SEBENAR!

        5. Atau dengan contoh lebih mudah…..untuk seorang menjadi ahli pakar/professional cth:-jurutera, peguam, doktor, dsb seseorang mestilah mempelajari KESELURUHAN bab pembelajaran berpandukan kajian/teori/praktikal pakar-pakar terdahulu dalam professionalisma berkaitan sebelum layak digelar atau diiktiraf sebagai bertauliah dan boleh mendapatkan lesen professionalisma berkaitan. Walaubagaimanapun sebagai manusia seorang pakar/professional pun masih juga tidak lari membuat kesilapan yang boleh menyebabkan musibah kemusnahan dan kehilangan nyawa. Kerana manusia itu sendiri tidak sempurna.

        6. Saya juga menasihatkan tuan/puan lebih berhati-hati bila mengatakan hanya Muhammad saw yang membawa SYARIAT ISLAM. Apakah agama Ibrahim, Musa, Yusuf, Isa….bukan ISLAM. Bukankah ISLAM yang dibawa oleh Muhammad adalah SAMA dengan ajaran agama yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu? Buatlah kajian MENYELURUH terlebih dahulu sebelum mengeluarkan pendapat….jangan main hentam sahaja atau dengar cakap orang tanpa berfikir dan membuat kajian sendiri…sesat dihujung jalan baliklah kepangkal jalan. Jangan sampai kita diketawakan oleh bukan Islam yang lebih banyak mengkaji Islam berbanding kita sendiri.

        7. Berhati-hatilah membandingkan pendapat/ijtimak/fatwa Ulama Tersohor/popular/termasyur dengan Ulama Muktabar. Terdapat perbezaan besar antara ulama tersohor dengan ULAMA MUKTABAR. Ulama Muktabar adalah ulama perwaris nabi yang tidak berganjak dan teguh fatwa/pendiriannya walaupun seluruh keluarganya dibunuh dan beliau sendiri disiksa hinggakan kulit dan dagingnya disiat-siat hisup-hidup sampai nampak tulang sekali-kali beliau tidak akan ubah pendiriannya.

        8. Sudahkah saudara bertanya kepada diri saudara bepandukan fakta apa Sheikh Qardawi memberikan pandangan beliau mengenai kes Anwar/Saiful. Sudahkah dia merujuk KESELURUHAN fakta latarbelakang kes? siasatan polis, bukti pertuduhan dan perbicaraan? Sudahkah dIa mengkaji teks keputusan perbicaraan Anwar terdahulu. Sudahkan membuat kajian mendalam mengenai peribadi Anwar/Saiful. Sudahkah dia mendapatkan fakta KESELURUHAN dari kedua belah pihak dan dari badan-badan professional merdeka (“independent professional body”) sebelum mengeluarkan pandangan? Atau Sheikh Qardawi hanya berpandukan sebelah pihak saja dalam membuat pandangan? Kalau dia hanya mengeluarkan fatwa berpandukan kepada fakta dari sebelah pihak atau tanpa kajian mendalam…beliau tergolong dalam ulama apa? Ulama Tersohor atau Ulama Muktabar? Atau sekadar Ulama Politik macam Nik Aziz atau Haji Hadi?

        9. Anwar sepatutnya mempercepatkan perbicaraannya untuk membersihkan namanya dan keluarganya dan menghentikan budaya fitnah-memfitnah yang sedang melanda negara kita Malaysia. Mari kita berdoa semoga perbicaraan dapat dilaksanakan dengan segera, lancar dan adil bagi meleraikan segala kemusykilan. Semoga ALLAH akan tunjukkan kebenaran dan menghukum mereka yang benar-benar berdusta atau melakukan dosar besar.

        10. Harap saudara memahami apa yang cuba saya sampaikan. Marilah kita tingkatkah ukhwah dan tali persahabatan semasa kita Umat Melayu Islam kerana kita semuanya bersaudara. Janganlah kita berpecah-belah disebabkan percanggahan pendapat atau dakyah/pembohongan/pertuduhan oleh seseoran individu yang belum tentu taraf ketakwaan di sisi ALLAH.

        Saya tidak menyebelahi sesiapa….saya hanya mahukan KEBENARAN & KEADILAN…seluruh rakyat Malaysia pun mahukan yang sama….

        SESUNGGUHNYA HANYA ALLAH SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUI.

        WALLAHUALAM.

        Salam hormat…..PEMBELA

  7. mth_29 Says:

    TUN ADALAH IDOLAKU DARI KECIL LAGI.HIDUP TUN!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: