POLITIK GILA PAS

Parti Islam Se-Malaysia dalam Bahasa Melayu Rumi sepatutnya dibaca PIS

PAS lebih betul dibaca Parti Agama Se-Malaysia atau;

Mungkin lebih teruk lagi PAS = Parti Ajaran Sesat.

PAS tidak sudah-sudah mengamalkan POLITIK GILA dengan bermacam-macam fatwa dan ajaran bangang, menyesatkan dan memecah-belahkan Umat Melayu Islam Malaysia.


1. PAS sanggup mengkafirkan Umat Melayu Islam lain yang tidak menyokong pegangan ideologi mereka.

2. PAS sanggup mengkafirkan Umat Melayu Islam yang bekerjasama dengan orang kafir. Tetapi kemudian mereka sendiri bersekongkol dengan orang kafir untuk menumbangkan Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Umat Melayu Islam.

3. PAS menolak usaha penyatuan Umat Melayu Islam Malaysia yang bertujuan memelihara ketinggian dan kesucian Agama Islam di Malaysia. Kerana PAS mengangap pegangan Islam mereka sahaja betul manakala pegangan Islam orang lain semuanya tak betul. Macam mereka sahaja Islam tetapi orang lain tidak!

4. PAS mengangkat pemimpin mereka sendiri sebagai tok guru atau ulama. Tak ubah seperti masuk bakul angkat sendiri . Atau bolehlah dikatakan lantikan dan gelaran syok sendiri. Sedangkan mereka ini semua ahli politik biasa sahaja. Mereka ini semua berjuang kerana ideologi kepartian dan bukan kerana Agama Islam. Mereka tidak pernah diktiraf oleh keseluruhan Umat Melayu Islam atau pemimpin masyarat Islam Malaysia sebagai ulamak. Umat Islam lain di seluruh dunia langsung tak kenal mereka ini semua. Mereka hanya diangkat dan dipuja oleh ahli PAS sahaja.

5. PAS membutakan mata dan memekakkan telinga dengan gelagat penyokong tegar mereka sebelum ini seperti sembahyang dua imam, memulaukan masjid dan surau, majlis agama, kenduri dan bermacam-macam lagi perlakuan bangang, karut-marut dan meloyakan yang lain.

6. PAS mengangkat Ibrahim Libya yang menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai benteng manusia manakala dia sendiri dijumpai mati sedang menyorok di bawah katil sebagai pejuang yang mati syahid. Orang mati syahid sepatutnya mati di barisan hadapan. Orang mati syahid akan berani berjuang bermati-matian dan tidak takut mati. Orang yang mati sedang menyorok bawah katil atau dalam jamban macam Noordin Md Top bukan mati syahid tapi….MATI KATAK! Patutkah kita samakan katak dua ekor ini dengan para syuhadah sebenar yang mati syahid bermandikan keringat dan darah mempertahankan keamanan dan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara???

7. PAS sanggup menghalalkan apa sahaja untuk menjaga kepentingan politik dan meraih sokongan. Sehinggakan bekerjasama dengan IBLIS pun dihalalkan demi mencapai kejayaan perjuangan mereka.

8. PAS menawarkan syurga kepada mereka yang menyokong mereka macam syurga tu mak bapak diaorang yang punya.

9. PAS sanggup menyokong Anwar Ibrahim membuta-tuli kerana kepentingan politik. Anwar Ibrahim tak perlu bersumpah tidak pernah meliwat. Anwar Ibrahim seolah-olah maksum macam nabi. Bangang ke apa ni? Bersumpah pun jadi isu besar? Si Saiful bersumpah selamba saja. Kenapa Anwar tak boleh? Anwar dipuja secara melampau. Anwar Ibrahim tu siapa? Ulamak besar? Ahlul Bait? Pemimpin Islam Tersohor? Mujahid? Apa jasa beliau ke atas Islam? Mana perjuangan beliau membela dan mengangkat Islam? Tiada satupun negara Islam di dunia ini mengangap beliau pejuang negara Islam. Tetapi Amerika dan Yahudi mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Pemimpin Islam tersohor. Tak nampak-nampak lagikah apa yang sedang berlaku?  Apa yang bagus sangat Anwar Ibrahim hinggakan Akhbar Harakah pun dah jadi AKHBAR ANWAR!!!

10. Terbaru PAS dengan bangangnya mensyaratkan calon mereka yang bertanding berbai’ah jatuh talak tiga ke atas isteri jika lompat parti. Yang peliknya semua pemimpin politik PAS yang kononnya Tok Guru dan Ulama buat bodoh sahaja. Tok Guru PAS dah macam TOK MERAPU dan ulamak PAS dah jadi ULAMAK NASI LEMAK.

Rakyat Malaysia terutama Umat Melayu Islam ingin melupakan kisah lampau. Mereka mahu mengangkat PAS sebagai parti alternatif kepada UMNO. Umat Melayu Islam mahu  melupakan apa yang telah berlaku dulu dan memberikan sokongan mereka kepada PAS. Tetapi PAS masih tidak mahu berubah. PAS dengan bangangnya terus mencipta fatwa dan ajaran sesat baru untuk meneruskan POLITIK GILA mereka.


PAS PERLUKAN PEMIMPIN BARU!

NIK AZIZ DAN HADI SUDAH  TUA DAN PATUT BERUNDUR!

POLITIK GILA PAS MESTI DIHENTIKAN!

PAS MESTI BERUBAH!!!!!!

BERUBAH DEMI ISLAM!!!!!!

Orang yang mengaku diri mereka tok guru atau ulamak patutnya memberikan pertunjuk jalan yang benar dan lurus bukannya jalan yang bengkok dan sesat.

Ya ALLAH….lindungilah kami dan berikan kami petunjuk. Alfatihah….amin.

PEMBELA

3 Responses to “POLITIK GILA PAS”

  1. Nazrin Says:

    Salam PEMBELA,

    Saya amat tertarik dengan penulisan dan saranan terutamanya perjuangan ekonomi umat Islam dan Bumiputra.

    Anda mempunyai sifat perjuangan dan kepimpinan yang jelas. Di sini saya juga ingin mengajak anda melihat perjuangan HPA, Produk Halal Tanggungjawab Bersama.

    Sila lawati web saya utk mengetahui serta menyertai pelbagai aktiviti pembangunan ummah.
    http://myhpafamily.blogspot.com/

    Terima kasih and jumpa lagi!
    Nazrin

  2. adrie Says:

    salam saudara..bijak sungguh saudara menilai singkatan PAS..inilah terjadi hasil daripada dasar umno yang menghapuskan tulisan jawi..saudara..PAS adalah singkatan kepada PA-Alif-Sin..dalam jawi..jika ditukar kepada rumi akan terjadi PAS..sya tidak menyalahkan kebodohan saudara yang mungkin tidak tahu menahu tentang tulisan jawi..fikir dahulu sebelum berkata2..

    • PEMBELA Says:

      Assalammualaikum Adrie,

      Kalau dah begitu gunakanlah Tulisan Jawi pa-alif-sin (macam yang anda jelaskan) pada lambang atau logo Parti Islam Malaysia. Sebab kalau guna Tulisan Rumi “PAS” mana boleh eja “Parti Islam Se-Malaysia”. Budak Darjah 1 pun boleh tolong ajar anda mengeja dalam Tulisan Rumi dengan betul. Sekarang siapa yang bodoh?

      Tulisan Jawi adalah medium penulisan Bahasa Arab yang disesuaikan untuk Bahasa Melayu dengan ditambah huruf-huruf seperti cha, nga, pa dan nya. Namun begitu Tulisan Jawi tidak dapat memenuhi sepenuhnya ejaan dalam sebutan Bahasa Melayu dengan tepat. Contohnya dalam Tulisan Jawi tiada huruf-huruf vokal “a,e,i,o,u” yang yang memenuhi kehendak sebutan dan nahu Bahasa Melayu dengan tepat dan jelas. Banyak lagi sebab kenapa Tulisan Jawi tidak sesuai digunakan sebagai medium penulisan Bahasa Melayu. Buatlah kajian dan anda akan dapati kebenarannya.

      Seperkara lagi tahukah anda siapa Menteri Pelajaran UMNO semasa Tulisan Jawi dimansuhkan? Cuba tanya Anwar Ibrahim yang sekarang menjadi artis pujaan PAS.

      Fikir dulu sebelum mengatakan orang lain bodoh. Kerana akhirnya diri sendiri yang nampak bangang.

      PEMBELA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: