Archive for November, 2009

POLITIK GILA PAS

09/11/2009

Parti Islam Se-Malaysia dalam Bahasa Melayu Rumi sepatutnya dibaca PIS

PAS lebih betul dibaca Parti Agama Se-Malaysia atau;

Mungkin lebih teruk lagi PAS = Parti Ajaran Sesat.

PAS tidak sudah-sudah mengamalkan POLITIK GILA dengan bermacam-macam fatwa dan ajaran bangang, menyesatkan dan memecah-belahkan Umat Melayu Islam Malaysia.


1. PAS sanggup mengkafirkan Umat Melayu Islam lain yang tidak menyokong pegangan ideologi mereka.

2. PAS sanggup mengkafirkan Umat Melayu Islam yang bekerjasama dengan orang kafir. Tetapi kemudian mereka sendiri bersekongkol dengan orang kafir untuk menumbangkan Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Umat Melayu Islam.

3. PAS menolak usaha penyatuan Umat Melayu Islam Malaysia yang bertujuan memelihara ketinggian dan kesucian Agama Islam di Malaysia. Kerana PAS mengangap pegangan Islam mereka sahaja betul manakala pegangan Islam orang lain semuanya tak betul. Macam mereka sahaja Islam tetapi orang lain tidak!

4. PAS mengangkat pemimpin mereka sendiri sebagai tok guru atau ulama. Tak ubah seperti masuk bakul angkat sendiri . Atau bolehlah dikatakan lantikan dan gelaran syok sendiri. Sedangkan mereka ini semua ahli politik biasa sahaja. Mereka ini semua berjuang kerana ideologi kepartian dan bukan kerana Agama Islam. Mereka tidak pernah diktiraf oleh keseluruhan Umat Melayu Islam atau pemimpin masyarat Islam Malaysia sebagai ulamak. Umat Islam lain di seluruh dunia langsung tak kenal mereka ini semua. Mereka hanya diangkat dan dipuja oleh ahli PAS sahaja.

5. PAS membutakan mata dan memekakkan telinga dengan gelagat penyokong tegar mereka sebelum ini seperti sembahyang dua imam, memulaukan masjid dan surau, majlis agama, kenduri dan bermacam-macam lagi perlakuan bangang, karut-marut dan meloyakan yang lain.

6. PAS mengangkat Ibrahim Libya yang menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai benteng manusia manakala dia sendiri dijumpai mati sedang menyorok di bawah katil sebagai pejuang yang mati syahid. Orang mati syahid sepatutnya mati di barisan hadapan. Orang mati syahid akan berani berjuang bermati-matian dan tidak takut mati. Orang yang mati sedang menyorok bawah katil atau dalam jamban macam Noordin Md Top bukan mati syahid tapi….MATI KATAK! Patutkah kita samakan katak dua ekor ini dengan para syuhadah sebenar yang mati syahid bermandikan keringat dan darah mempertahankan keamanan dan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara???

7. PAS sanggup menghalalkan apa sahaja untuk menjaga kepentingan politik dan meraih sokongan. Sehinggakan bekerjasama dengan IBLIS pun dihalalkan demi mencapai kejayaan perjuangan mereka.

8. PAS menawarkan syurga kepada mereka yang menyokong mereka macam syurga tu mak bapak diaorang yang punya.

9. PAS sanggup menyokong Anwar Ibrahim membuta-tuli kerana kepentingan politik. Anwar Ibrahim tak perlu bersumpah tidak pernah meliwat. Anwar Ibrahim seolah-olah maksum macam nabi. Bangang ke apa ni? Bersumpah pun jadi isu besar? Si Saiful bersumpah selamba saja. Kenapa Anwar tak boleh? Anwar dipuja secara melampau. Anwar Ibrahim tu siapa? Ulamak besar? Ahlul Bait? Pemimpin Islam Tersohor? Mujahid? Apa jasa beliau ke atas Islam? Mana perjuangan beliau membela dan mengangkat Islam? Tiada satupun negara Islam di dunia ini mengangap beliau pejuang negara Islam. Tetapi Amerika dan Yahudi mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Pemimpin Islam tersohor. Tak nampak-nampak lagikah apa yang sedang berlaku?  Apa yang bagus sangat Anwar Ibrahim hinggakan Akhbar Harakah pun dah jadi AKHBAR ANWAR!!!

10. Terbaru PAS dengan bangangnya mensyaratkan calon mereka yang bertanding berbai’ah jatuh talak tiga ke atas isteri jika lompat parti. Yang peliknya semua pemimpin politik PAS yang kononnya Tok Guru dan Ulama buat bodoh sahaja. Tok Guru PAS dah macam TOK MERAPU dan ulamak PAS dah jadi ULAMAK NASI LEMAK.

Rakyat Malaysia terutama Umat Melayu Islam ingin melupakan kisah lampau. Mereka mahu mengangkat PAS sebagai parti alternatif kepada UMNO. Umat Melayu Islam mahu  melupakan apa yang telah berlaku dulu dan memberikan sokongan mereka kepada PAS. Tetapi PAS masih tidak mahu berubah. PAS dengan bangangnya terus mencipta fatwa dan ajaran sesat baru untuk meneruskan POLITIK GILA mereka.


PAS PERLUKAN PEMIMPIN BARU!

NIK AZIZ DAN HADI SUDAH  TUA DAN PATUT BERUNDUR!

POLITIK GILA PAS MESTI DIHENTIKAN!

PAS MESTI BERUBAH!!!!!!

BERUBAH DEMI ISLAM!!!!!!

Orang yang mengaku diri mereka tok guru atau ulamak patutnya memberikan pertunjuk jalan yang benar dan lurus bukannya jalan yang bengkok dan sesat.

Ya ALLAH….lindungilah kami dan berikan kami petunjuk. Alfatihah….amin.

PEMBELA

Advertisements