MENGHITUNG LEGASI KEBANGKITAN MELAYU

Umat Melayu Islam Malaysia mempunyai sifat-sifat yang amat terpuji seperti cakap berkias dan berpantun, nasihat berlapik, menghormati dan menjaga orang lain, lemah lembut, berbudi-bahasa, sopan beradab dan pelbagai lagi adat budaya dan kehalusan budi Melayu yang amat tinggi dan tiada tolok bandingnya.

Agama Islam pula mengajar Umat Melayu, beramal-soleh, sentiasa bersabar, bersopan-santun, menjaga kebersihan hati, menjauhi dosa, menjaga hati umat lain sesama manusia dan pelbagai aturan hidup, ketertiban yang tiada tolok bandingnya kerana Agama Islam itu sendiri AMAT SEMPURNA.

Entah dimana silapnya Umat Melayu menjadi pasif, tiada keyakinan diri, hilang jati diri, terlalu menjaga hati orang lain, memendam rasa dan menyisihkan diri daripada arus pembangunan negara. Akibatnya Umat Melayu terus ketinggalan dalam hampir semua bidang pencapaian akademik, pembangunan negara dan perniagaan.

Ramai yang berpendapat SIFAT  TERLALU BAIK Umat Melayu inilah menjadikan Malaysia sentiasa aman damai selama ini. Tetapi malangnya Umat Melayu menjadi mangsa kepada SIFAT TERLALU BAIK mereka ini. Status Tanah Melayu diperleceh, hak pribumi Melayu dipertikai, Raja Melayu diperlekeh dan pelbagai lagi cabaran dan asakan. Seperti biasa Umat Melayu tidak cepat melatah dan mengamok. Umat Melayu tetap sabar dan Malaysia akan terus aman damai dan terhindar dari kekacauan…insyaALLAH.

Namun Umat Melayu telah membuktikan mereka mampu bangkit bersatu menjadi bangsa peneraju dalam semua bidang kehidupan dan ekonomi di Malaysia.

Kebangkitan Umat Melayu telah dibuktikan oleh 2 orang Pemimpin Melayu terdahulu yang berjaya menggerakkan dan mewariskan kepada kita Umat Melayu Islam Malaysia “LEGASI KEBANGKITAN MELAYU”.


PERDANA MENTERI KE-2 – TUN RAZAK

1.  Gerakan besar-besaran mengubah minda Umat Melayu telah dilaksanakan dengan amat berkesan dan jayanya oleh Tun Razak.  Tun Razak telah membuka mata dan membuka minda Umat Melayu yang mundur supaya sentiasa berfikiran untuk maju dan keluar dari kemunduran, kemiskinan dan kedhaifan.

2. Gagasan pembangunan pertanian sistematik dan terancang seperti Felda, Felcra dan sebagainya telah berjaya mengeluarkan Umat Melayu dari terus dihimpit kemunduran yang hanya bergantung kepada sistem pertanian yang tidak tersusun, berterabur, berpuak-puak dan senang untuk dimanipulasi oleh orang tengah. Unit amanah dan pelaburan seperti Tabung Haji dan PNB pula telah berjaya meningkatkan ekuiti Umat Melayu dalam pemilikan harta di Tanah Melayu, negara warisan dan tumpah darah Umat Melayu sendiri.

3. Tun Razak telah membawa satu pembaharuan ke Umat Melayu secara besar-besaran. Umat Melayu telah dipimpin keluar dari kemunduran dan kedhaifan kearah pembangunan yang lebih menjamin masa depan mereka serta anak cucu keturunan mereka kemudian hari.

PERDANA MENTERI KE-4 – TUN MAHATHIR

1. Perdana Menteri Ke-4,  Tun Mahathir meneruskan agenda pembangunan Melayu dengan melahirkan ramai usahawan dan professional Melayu yang berjaya. Ramai Melayu professional dan peniaga Melayu yang bergelar jutawan dilahirkan. Ada diantara mereka ini mempunyai jet peribadi, kapal layar serta harta dan istana di dalam dan luar negara bernilai berjuta-juta ringgit.

2. Malangnya ada diantara usahawan dan professional Melayu ini menjadi “Melayu Elite”. Mereka lupa diri, lupa kepada asal-usul mereka. Mereka lupa tanggungjawab mereka kepada agama bangsa dan negara. Mereka leka mengumpul harta dan berpoya-poya membazirkan harta kekayaan masing-masing. Mereka lupa membantu bangsa mereka yang majoriti masih lagi mundur. Mereka lupa bahawa mereka berjaya dengan bantuan kerajaan. Mereka lupa mereka masih bergantung kepada kerajaan. Maka apabila krisis kewangan pada 1998 melanda dan kerajaan terpaksa menarik balik bantuan, jutawan-jutawan Melayu ini berterabur seperti bunga lalang ditiup angin. Mereka menyelamatkan harta-benda mereka yang tinggal dan melepaskan diri masing-masing. Harapan kerajaan melihat jutawan-jutawan Melayu ini akan dapat membantu Umat Melayu hancur berkecai.

3. Tun Mahathir telah berjaya mencetuskan pembaharuan minda secara besar-besaran supaya Umat Melayu mampu menceburi bidang-bidang professional dan teknologi tinggi serta perniagaan-perniagaan berskala besar. Ramai professional dan peniagan Melayu berjaya menjadi jutawan. Walaupun kebanyakkan mereka kemudian menjadi lupa daratan tetapi hakikatnya Umat Melayu membuktikan mereka boleh bangkit untuk berjaya!


PERDANA MENTERI KE-6 – NAJIB

1. Najib dijangka akan mencetus kebangkitan semula Umat Melayu. Tetapi masih terlalu awal untuk memberikan ulasan apa yang akan dilakukan oleh Najib.

2. Namun langkah seorang pemimpin yang bakal meneruskan LEGASI KEBANGKITAN MELAYU semakin kemas dan tersusun.

3. Semoga ALLAH SWT memberkati segala usaha beliau memimpin Malaysia khasnya Umat Melayu Islam kearah masa depan yang lebih cerah.

PM DILANTIK PADA ANGKA GENAP ( PM KE-2 & 4) MENCETUS KEBANGKITAN MELAYU

NAJIB PM KE-6 AKAN MENERUSKAN LEGASI KEBANGKITAN MELAYU!!!

SEJARAH MEMBUKTIKAN UMAT MELAYU MAMPU BANGKIT MENJADI BANGSA BERJAYA

SEJARAH MEMBUKTIKAN PEMIMPIN MELAYU MAMPU MEMIMPIN KEARAH KEBANGKITAN

DEMI AGAMA, BANGSA & NEGARA …..HIDUP NAJIB!!!

DEMI KETINGGIAN AGAMA ISLAM……HIDUP NAJIB!!!

DEMI KEBANGKITAN BANGSA MELAYU…..HIDUP NAJIB!!!

DEMI WARISAN TANAH MELAYU…..HIDUP NAJIB

Semoga Malaysia terus aman damai dan Umat Melayu Islam akan bangkit semula dibawah pemerintaha PM Ke-6 – Datuk Seri Najib Bin Tun Razak. Alfatihah…..Amin

Patutlah Anwar Ibrahim takut kalau Najib jadi PM. Macam-macam fitnah dibuatnya. Rupanya dia dah nampak Najib akan bangkit menjulang dan dia akan terus tenggelam dalam kelentong dan putar-alam.

PEMBELA.

2 Responses to “MENGHITUNG LEGASI KEBANGKITAN MELAYU”

  1. Rizal Hero Says:

    InsyaAllah Melayu Perlu Berubah tanpa meninggalkan hal2 warisan Melayu

  2. rezad Says:

    kepada semua umat islan dan berbangsa melayu…
    sedarlah apa yang engkau buat….
    sedarlah dari berangankan pangkat dan harta…
    semua itu adalah permainan dunia…..
    tiada jalan untuk kembali…
    jika tersesak di pertengahan jalan…
    tidak akan diterima kembali ape jua yang kau lakukan….
    tolonglah wahai bangsa ku sedarlah…
    segala kesilapan itu akan musnah segalanya…..
    dam kita semua tidak akan dapat kehidupan yang sebenar…
    seperti pengemis di negara sendiri……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: