PERTARUNGAN BERMULA!!!

Posting dibawah telah dipaparkan diblog ini sebelum ini pada 3/4/2009. Dipaparkan semula setelah Najib mula memalu gendang perang ke atas Anwar.

Semoga Allah melindungi Malaysia daripada dipimpin oleh pemimpin yang penipu, pembelit, bodoh, bermuka-muka, talibarut kristian/yahudi dan rendah moralnya serta akhlaknya.

Alfatihah………Amin

PEMBELA

19/10/2009

PERTARUNGAN NAJIB VS ANWAR

Dengan perlantikan Najib secara rasmi sebagai PM maka bermulalah pertarungan 2 panglima melayu yang amat dinantikan oleh seluruh UMAT MELAYU ISLAM MALAYSIA.

Pertarungan ini mesti PERTARUNGAN KALAH MATI.

Yang  MENANG AKAN DIJULANG!!!

Yang KALAH MESTI “MATI” dan “DIKUBURKAN”!!!!!!

Jika tidak UMAT MELAYU selamanya TERBELAH DUA….


ANWAR

1. Gendang perang telah mula dipalu oleh Anwar sebelum pertarungan sebenar semula. Tuduhan pembabitan Najib dalam rasuah komisen, pembunuhan gadis Mongolia telah dikompang oleh Anwar ke serata pelusuk dunia. Tidak cukup dengan itu Rosmah juga telah diheret sama dalam usaha Anwar membunuh karektor Najib (“charactor assasination”).

2. Anwar dengan hulubalang-hulubalang perangnya yang ramai dikalangan PEGUAM memanipulasi undang-undang negara bagi melengah-lengahkan perbicaraan LIWATnya. HULUBALANG PEGUAM Anwar telah mula menggempur intitusi raja dan kehakiman negara. Perlembagaan negara, hak keistimewaan bumiputera menjadi sasaran tombak dan panahan mereka.

3. HULUBALANG PERANG SARAF Anwar menyelinap melalui internet menggerakkan perang psikologi memburukkan Najib. Perang saraf ini telah berjaya menarik ramai HULUBALANG MUDA menyertai bala tentera Anwar. HULUBALANG MUDA ini telah dengan ganas menggempur dengan menunjukkan kebangkitan semangat mereka yang berkobar-kobar pada setiap kali PRK dan PRU. Semangat mereka yang membara berjaya menggerunkan pihak lawan dan mempengaruhi pemikiran rakyat ketika mengundi.

4. Asakan bertali arus Anwar berjaya mengalihkan perhatian rakyat dari tuduhan JENAYAH LIWAT ke atas beliau. Hulubalang Anwar dikalangan ilmuan, agamawan dan ULAMAK NASI LEMAK mempertahankan Anwar TIDAK PERLU BERSUMPAH untuk membersihkan diri beliau. Seolah Anwar seorang MAKSUM macam nabi. Terpelihara dari melakukan dosa-dosa besar!!!


NAJIB

1.  Najib yang sebelum ini belum dilantik sebagai Panglima hanya bersifat defensif. Beliau seperti seorang panglima yang hanya mampu merenung keris sambil merangka strategi serangan balas ke atas Anwar yang selama ini menyerang beliau TANPA BELAS KASIHAN.

2. Dengan kesediaan PEJUANG NEGARA- Tun Dr Mahathir memberikan pedoman, Najib semakin bersedia menyusun strategi perang yang paling berkesan menumpas dan melenyapkan terus Anwar.

3. Serangan balas Najib ke atas Anwar dijangka KERAS TANPA BELAS dan terus TEPAT KE SASARAN.

4. Dengan barisan hulubalang UMNO yang baru dibentuk, bala tentera Najib akan bangkit menggerakkan gelombang besar dan ganas yang akan menbentuk TSUNAMI POLITIK KE-2.


TSUNAMI PERTAMA – BN HAMPIR TUMBANG…

TSUNAMI KEDUA – PR KARAM…?

GENDANG PERANG ANWAR TELAH LAMA BINGIT MEMEKAKKAN TELINGA

GENDANG PERANG NAJIB TELAH MULA GEGAK GEMPITA MEMECAH KESUNYIAN

PERANG ANTARA DUA PANGLIMA TELAH BERMULA

BUKAN PERTARUNGAN ANTARA DUA DARJAT

BUKAN PERKELAHIAN ANTARA TUAH DAN JEBAT

TETAPI…..

PERPERANGAN ANTARA YANG HAK DAN BATIL !!!!

PERTEMBUNGAN KEBENARAN DAN KEPALSUAN !!!!

PERTARUNGAN DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA !!!!


Ya ALLAH…..lindungilah kami dan berikanlah kami petunjuk.

PEMBELA.

One Response to “PERTARUNGAN BERMULA!!!”

  1. Nadine Says:

    Not sure that this is true:), but thanks for a post.
    Nadine

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: