RASUAH DALAM UMNO

Posting di bawah ini telah disiarkan di blog ini pada 3 Februari 2009. Disiarkan kembali untuk penilaian semula selepas terdapat cadangan baru-baru ini supaya YBhg Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Penasihat Kerajaan.

Mungkin ramai Pemimpin UMNO yang tak bersetuju sebab takut balasan TUHAN ke atas  dosa mereka mencaci, menghentam, mengejek dan membiarkan Tun keseorangan semasa pemerintahan Pak Lah. Mereka takut dengan balasan TUHAN ke atas dosa yang mereka lakukan ke atas seorang Negarawan yang juga Pejuang Negara-Negara Islam.Mereka takut kehilangan jawatan, pangkat dan harta dunia yang hanya sementara.Siapa mereka itu?

Sudah ramai sekarang Pemimpin Umno/BN yang kembali menempel dan mencium tangan Tun semula. Mereka ini semua boleh dilihat di Rumah Terbuka Tun baru-baru ini.Begitulah manusia yang suka berpura-pura. Semasa Tun senang dan berkuasa ramai yang datang mencium tangan tetapi bila Tun tiada apa-apa mereka membiarkan Tun keseorang dan lebih buruk lagi mencaci dan menghina Tun.

Semoga YBhg Tun Dr Mahathir sentiasa dipanjang umur dan dimurahkan rezeki. Alfatihah….Amin.

PEMBELA


RASUAH DALAM UMNO (3 Feb 2009)

1. RASUAH adalah BARAH.

2. UMNO semakin tenat kerana BARAH RASUAH.

3. Sebab itu Ku Din cadangkan semua sayap UMNO dibubarkan bagi membendung RASUAH yang semakin PARAH.

4. Tapi Pak Lah segera menolak cadangan Ku Din tanpa sebarang analisis mendalam mengapa Ku Din mengeluarkan cadangan drastik sedemikian.

5. Bukankah Ku Din orang yang paling mengetahui indeks RASUAH dalam UMNO kerana beliaulah yang memantau disiplin UMNO selama ini?

6. Ku Din berniat ikhlas untuk “menyelamatkan” UMNO kerana beliau sedar UMNO hanya tinggal “nyawa-nyawa ikan” disebabkan RASUAH.

7. Ku Din sedar rakyat sudah menyampah dan amat meluat dengan UMNO kerana RASUAH yang berleluasa.

8. Kalau cadangan dari orang yang begitu mengetahui seperti Ku Din ditolak mentah-mentah, cadangan siapa lagi UMNO nak pakai? Cadangan Khairy? Ali Rustam? Mohd Taib? Muhyidin? Najib? Musa Hitam? Pak Lah???!!!

9. Semua ahli UMNO dari ahli biasa hingga pemimpin tertinggi telah terlalu biasa atau “lali” dengan RASUAH.

10. RASUAH di dalam UMNO disamakan dengan “hadiah” atau “upah” yang DIHALALKAN.

11. RASUAH diberi dengan “niat atau balasan tertentu”. “Hadiah” pula diberi tanpa sebarang “niat atau balasan”.

12. “Upah” diberi di atas “kerja” yang dilakukan. Tetapi bukan “upah” untuk “mengundi”. Kerana “mengundi” BUKAN “kerja”. “Mengundi” adalah AMANAH dan TANGGUNGJAWAB perwakilan kepada ahli yang memilihnya.

13. Dari “hadiah” atau “upah” kain pelikat hingga projek dan wang berjuta yang diberi dengan “niat atau balasan” adalah RASUAH.

14. RASUAH telah menjadi BUDAYA yang telah sebati dalam UMNO.

15. Rakyat semakin menjauhi UMNO kerana RASUAH.

16. UMNO akan hancur kerana RASUAH.

17. Rakyat akan tolak UMNO dalam PRU13.

UMNO AKAN BERKUBUR JIKA PEMIMPIN YANG MENGAMAL DAN MELINDUNGI RASUAH TERUS DIPILIH OLEH PERWAKILAN UMNO.

PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK PERLU LAGI BEKERJA KERAS MENGALAHKAN UMNO KERANA UMNO AKAN DIHANCURKAN DARI DALAM OLEH PEMIMPIN DAN AHLINYA SENDIRI.

UMNO perlu keazaman yang tinggi untuk membersihkan dirinya dari RASUAH. Langkah pertama yang MESTI diambil oleh UMNO adalah segera memujuk  Tun Dr Mahathir kembali semula ke pangkuan UMNO dan menjadi “PENASIHAT TETAP SEUMUR HIDUP”. Langkah seterusnya menyingkirkan terus pemimpin yang mengamalkan rasuah!!!

PEMBELA

3 Feb 2009

One Response to “RASUAH DALAM UMNO”

  1. AZIF Says:

    Sokong 100% kalau UMNO muhu memulihkan maruahnya dan mendapat sokongan olih Rakyat, Tun Dr. Mahathir perlu dilantik sebagai Penasihat UMNO seumor Hidup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: