Archive for September, 2009

PEMIMPIN POLITIK DENGAN IMEJ TERCALAR HARUS BERUNDUR SECARA SENYAP

30/09/2009

ISA SAMAD sepatutnya sudah mengundurkan diri secara senyap contohnya seperti Shahril Samad dan lain-lain jika benar-benar jujur dalam perjuangan UMNO/BN memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara.

Isa Samad sepatutnya tidak boleh mencalon dan dicalonkan untuk bertanding mewakili UMNO/BN jika masih sayangkan UMNO/BN.

Isa Samad dilihat seorang pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri dan sanggup memperjudikan survival dan maruah UMNO/BN kerana tamakkan kuasa dan pangkat.

Semakin jelas UMNO/BN akan ditolak rakyat dalam PRU13.

Langkah Anwar Ibrahim ke Putrajaya semakin laju!!!

Selamat Tinggal UMNO…Selamat Tinggal BN….

PEMBELA


‘Tainted politicians should exit quietly’

The STAR: Wednesday, September 30, 2009

PETALING JAYA: Politicians with a “tainted image” should leave quietly, said Kuala Lumpur-Selangor Chinese Assembly Hall Wanita chief Alice Lee.

“Leaders must know when to step down,” she said.

Politicians, apart from being capable and talented, must also uphold morality, she added.

Suspended MCA deputy president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, with a tainted image, should not lead the party, Lee said.

Citing an example, she said Jeffery Archer, a member of the British Parliament and deputy chairman of the Conservative Party, had to resign after he reportedly paid for the services of a prostitute in 1986.

“Even though his wife said that he was a good husband, Archer still had to leave to prevent him from becoming the burden of the Conservative Party,” she said.

Lee said Dr Chua had admitted he was the one in the sex video clip.

“With such baggages, can he still lead MCA?

“Do you think Dr Chua can still bring glory to the party with such an introduction?” she asked.

RASUAH DALAM UMNO

30/09/2009

Posting di bawah ini telah disiarkan di blog ini pada 3 Februari 2009. Disiarkan kembali untuk penilaian semula selepas terdapat cadangan baru-baru ini supaya YBhg Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Penasihat Kerajaan.

Mungkin ramai Pemimpin UMNO yang tak bersetuju sebab takut balasan TUHAN ke atas  dosa mereka mencaci, menghentam, mengejek dan membiarkan Tun keseorangan semasa pemerintahan Pak Lah. Mereka takut dengan balasan TUHAN ke atas dosa yang mereka lakukan ke atas seorang Negarawan yang juga Pejuang Negara-Negara Islam.Mereka takut kehilangan jawatan, pangkat dan harta dunia yang hanya sementara.Siapa mereka itu?

Sudah ramai sekarang Pemimpin Umno/BN yang kembali menempel dan mencium tangan Tun semula. Mereka ini semua boleh dilihat di Rumah Terbuka Tun baru-baru ini.Begitulah manusia yang suka berpura-pura. Semasa Tun senang dan berkuasa ramai yang datang mencium tangan tetapi bila Tun tiada apa-apa mereka membiarkan Tun keseorang dan lebih buruk lagi mencaci dan menghina Tun.

Semoga YBhg Tun Dr Mahathir sentiasa dipanjang umur dan dimurahkan rezeki. Alfatihah….Amin.

PEMBELA


RASUAH DALAM UMNO (3 Feb 2009)

1. RASUAH adalah BARAH.

2. UMNO semakin tenat kerana BARAH RASUAH.

3. Sebab itu Ku Din cadangkan semua sayap UMNO dibubarkan bagi membendung RASUAH yang semakin PARAH.

4. Tapi Pak Lah segera menolak cadangan Ku Din tanpa sebarang analisis mendalam mengapa Ku Din mengeluarkan cadangan drastik sedemikian.

5. Bukankah Ku Din orang yang paling mengetahui indeks RASUAH dalam UMNO kerana beliaulah yang memantau disiplin UMNO selama ini?

6. Ku Din berniat ikhlas untuk “menyelamatkan” UMNO kerana beliau sedar UMNO hanya tinggal “nyawa-nyawa ikan” disebabkan RASUAH.

7. Ku Din sedar rakyat sudah menyampah dan amat meluat dengan UMNO kerana RASUAH yang berleluasa.

8. Kalau cadangan dari orang yang begitu mengetahui seperti Ku Din ditolak mentah-mentah, cadangan siapa lagi UMNO nak pakai? Cadangan Khairy? Ali Rustam? Mohd Taib? Muhyidin? Najib? Musa Hitam? Pak Lah???!!!

9. Semua ahli UMNO dari ahli biasa hingga pemimpin tertinggi telah terlalu biasa atau “lali” dengan RASUAH.

10. RASUAH di dalam UMNO disamakan dengan “hadiah” atau “upah” yang DIHALALKAN.

11. RASUAH diberi dengan “niat atau balasan tertentu”. “Hadiah” pula diberi tanpa sebarang “niat atau balasan”.

12. “Upah” diberi di atas “kerja” yang dilakukan. Tetapi bukan “upah” untuk “mengundi”. Kerana “mengundi” BUKAN “kerja”. “Mengundi” adalah AMANAH dan TANGGUNGJAWAB perwakilan kepada ahli yang memilihnya.

13. Dari “hadiah” atau “upah” kain pelikat hingga projek dan wang berjuta yang diberi dengan “niat atau balasan” adalah RASUAH.

14. RASUAH telah menjadi BUDAYA yang telah sebati dalam UMNO.

15. Rakyat semakin menjauhi UMNO kerana RASUAH.

16. UMNO akan hancur kerana RASUAH.

17. Rakyat akan tolak UMNO dalam PRU13.

UMNO AKAN BERKUBUR JIKA PEMIMPIN YANG MENGAMAL DAN MELINDUNGI RASUAH TERUS DIPILIH OLEH PERWAKILAN UMNO.

PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK PERLU LAGI BEKERJA KERAS MENGALAHKAN UMNO KERANA UMNO AKAN DIHANCURKAN DARI DALAM OLEH PEMIMPIN DAN AHLINYA SENDIRI.

UMNO perlu keazaman yang tinggi untuk membersihkan dirinya dari RASUAH. Langkah pertama yang MESTI diambil oleh UMNO adalah segera memujuk  Tun Dr Mahathir kembali semula ke pangkuan UMNO dan menjadi “PENASIHAT TETAP SEUMUR HIDUP”. Langkah seterusnya menyingkirkan terus pemimpin yang mengamalkan rasuah!!!

PEMBELA

3 Feb 2009