SYABAS BUAT AWANG SELAMAT


SYABAS AWANG SELAMAT!

TERUSKAN MEMBERI KESEDARAN KEPADA ORANG MELAYU!!

TERUSKAN PERJUANGAN!!!


1. Pemimpin Melayu/Islam (UMNO/PAS) perlu sedar bahawa kuasa ekonomi dan kekayaan Orang Melayu di TANAH MELAYU @ Malaysia  SEMAKIN TERUS MENYUSUT.

2. Orang Melayu TELAH JAUH KETINGGALAN dari segi ekonomi dan kekayaan dan akan SEMAKIN TERUS JAUH KETINGGALAN  dari masa kesemasa jika tiada tindakan PEMBETULAN SERTA-MERTA dari Pemimpin Melayu dan Orang Melayu sendiri.

3. Hakikatnya kekayaan negara telah DIBOLOT oleh Orang Cina berabad lamanya tanpa disedari Orang Melayu.

4. Hakikatnya EKONOMI DAN KEKAYAAN Malaysia sebenarnya telah HAMPIR DIKUASAI SEPENUHNYA oleh Orang Cina

5. Orang Melayu TERLALU LEKA dengan dendangan LAGU POLITIK Pemimpin Melayu.

6. Pemimpin Melayu YANG GILA GLAMOR terus mengkhayalkan dan membuai perasaan Orang Melayu dengan dendangan LAGU POLITIK yang mengasyikkan.

7. Pemimpin Melayu seperti terus membiarkan Orang Melayu berkeadaan mundur dan meminta-minta supaya senang untuk dikuasai dan digula-gula.

8. Orang Cina semakin kaya dan Orang Melayu semakin miskin. Orang Melayu akhirnya akan jadi PAPA KEDANA dan merempat.

9. Apa gunanya Pemimpin Melayu saling kutuk mengutuk MEMECAH BELAHKAN Orang Melayu/Islam manakala kaum lain sedang merapatkan barisan dan memperkuatkan kedudukan sosial dan ekonomi mereka masing-masing?

10. Apa gunanya kita orang Melayu sibuk bercakaran sedang orang lain sibuk mengumpul kekayaan dan membina kekuatan?

11. Apa gunanya ULAMA, TUAN GURU, CENDIKIAWAN dan PEMIMPIN MELAYU yang sepatutnya menyatukan orang Melayu/Islam tetapi mereka ini pula yang memecah belahkan Orang Melayu/Islam?

12. Apa gunanya Pemimpin Melayu yang hanya MENANG SORAK TETAPI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA TERUS TERGADAI?


EKONOMI MALAYSIA TELAH TERLALU LAMA DIKUASAI BUKAN MELAYU….

HARTA DI MALAYSIA HAMPIR SEMUA DIKUASAI BUKAN MELAYU….

KETINGGIAN ILMU TERUS DIKUASAI BUKAN MELAYU…

PERHUBUNGAN ANTARABANGSA TERUS DIKUASAI BUKAN MELAYU…..


APA PULA  YANG DIKUASAI ORANG MELAYU?

APA GUNA KUASA MEMERINTAH JIKA SEMUA HARTA DAN KEKAYAAN DIKUASAI ORANG LAIN?

APA MAKNA TUAN TANAH JIKA SEMUA TANAH DIMILIKI OLEH ORANG LAIN?

APA MAKNA TANAH MELAYU @ MALAYSIA JIKA ORANG MELAYU TIDAK MENJADI TUAN TANAH….?

BOLEHKAH SI MISKIN MEMERINTAH SI KAYA?

BOLEHKAH SI LEMAH MEMERINTAH SI KUAT?

INIKAH PENJAJAHAN BENTUK BARU?

APAKAH ORANG MELAYU MASIH DIJAJAH?

APAKAH ORANG MELAYU AKAN TERUS TERJAJAH???


Mungkin sesudah Orang Melayu/Islam merempat dan dihina di tanah sendiri baru Pemimpin Melayu akan sedar. Mungkin selepas ada Orang Melayu dimaki dan disepak terajang baru kita Orang Melayu akan sedar. Apakah hanya selepas Orang Melayu dilayan seperti hamba abdi seperti berlaku ke atas pribumi Afrika baru Orang Melayu/Islam mahu sedar???

Hak Orang Melayu yang telah terlepas tidak akan dikembalikan.

Saya bukan rasis. Saya cuma sayangkan agama, bangsa dan tanahair saya.

PEMBELA


Awang Selamat. UTUSAN MALAYSIA : 23/08/2009

Selepas kuasai ekonomi…

ANDAIAN sebelum ini bahawa kaum Cina hanya berminat untuk menguasai ekonomi sementara kuasa politik akan terus dipegang oleh orang Melayu, nampaknya tidak lagi begitu.

Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 membuktikan bahawa banyak pihak kaum Cina sedang mengasak habis-habisan untuk turut sama menguasai politik negara ini.

Makin banyak petunjuk ke arah itu termasuk menerusi laporan media tertentu khususnya berbahasa Cina yang mempromosi sentimen sedemikian. Mesej yang boleh dibaca ialah banyak kalangan kaum Cina sudah tidak berpuas hati dengan sekadar menguasai ekonomi?

Persoalannya apakah yang akan berlaku jika kaum Cina juga menguasai politik dan di mana kedudukan Melayu nanti? Awang lontarkan persoalan ini untuk renungan kita semua lebih-lebih lagi kedudukan Melayu kini makin kritikal.

Apa sahaja yang tinggal pada Melayu mahu dirungkai termasuk yang termaktub dalam perlembagaan negara. Realitinya walaupun Melayu menguasai politik tetapi yang lebih berkuasa di negara ini adalah kaum Cina disebabkan penguasaan dalam ekonomi yang amat ketara.

Di sebalik banyak rungutan terhadap dasar kerajaan, sebenarnya kaum Cina paling banyak mendapat nikmat. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sebelum ini hanya memberikan kouta 30 peratus kepada bumiputera tetapi penguasaan 70 peratus terus dinikmati oleh masyarakat usahawan Cina yang sudah membentuk kartel mega, selain berlaku gejala ali baba dan ketirisan dalam 30 peratus kouta bumiputera.

Jika Melayu dibantu dalam bidang perniagaan ia dianggap tongkat tetapi jika syarikat-syarikat Cina diselamatkan oleh kerajaan, ia didiamkan sahaja. Jika banyak usahawan bukan Melayu mendapat bisnes monopoli seperti gula, stesen televisyen satelit, stesen janakuasa bebas dan sebagainya sehingga menjadi kaya raya dan mengalihkan berbilion ringgit ke luar negara, ia juga tidak mengapa. Jika ada usahawan Melayu cuba menceburi bidang penguasaan usahawan Cina seperti membekalkan limau, ia akan diboikot sampai gagal. Namun jika ada usahawan bukan Melayu menguasai bisnes seperti pengedaran produk daging dan ayam halal, yang melibatkan pasaran orang Islam, itu dianggap biasa.

Penguasaan Cina dalam syarikat-syarikat swasta dan persendirian selain mengutamakan pekerja kaum itu juga bukan isu. Pada masa yang sama majoriti Melayu di sektor awam makin hebat dipersoalkan malah terus diperlekehkan.

Awang bukanlah mahu bersikap rasis. Apa yang disuarakan ini sekadar menyanggah gelombang fitnah, tohmahan dan persepsi liar banyak pihak terhadap usaha meningkatkan pencapaian bumiputera, yang masih jauh ketinggalan berbanding kaum Cina.

Begitulah kebijaksanaan banyak pihak kaum Cina berpercaturan. Dalam mereka mengeluh dan merintih, mereka terus kaya dan berkuasa. Kouta untuk bumiputera mahu dihapuskan tetapi ‘kouta khas’ bukan bumiputera seperti bisnes berkaitan pusat hiburan, arak, judi dan maksiat yang mereka kuasai selama ini, tidak boleh disentuh sama sekali.

Pada hari ini, kaum Cina yang merupakan 24 peratus penduduk negara ini menguasai ekonomi. Tradisi dan budaya niaga yang lama terpahat selain dasar kerajaan yang terbuka, membolehkan kaum Cina terus melonjak. Masyarakat Cina mempunyai simpanan wang yang banyak berbanding kaum lain dan itulah antara asas kekuatan ekonomi kaum itu. Sedangkan Melayu yang merupakan kaum majoriti terus keciciran. Bayangkan seketika jika Melayu lenyap kuasa politik?

One Response to “SYABAS BUAT AWANG SELAMAT”

  1. Don Alfian Says:

    Situasi yang membimbangkan ini sebenarnya sudah lama disematkan di hati dan minda anak-anak Cina. Memang itulah matlamat muktamad bangsa itu, menguasai ekonomi, politik dan menjadikan negara Tanah Melayu ini seperti Singapura. Org Melayu pula asyik leka dibuai mimpi, tak ingat langsung nak bangun dari tidur. Yang peliknya dalam bermimpi tu boleh pulak bergaduh sesama sendiri. UMNO, PAS, PKR bergaduh, DAP, MCA dan Gerakan senyum aje. Kalaula dapat satu hari nanti, ketiga-tiga parti melayu ni bersatu, alangkah indahnya. Tapi alangkah takutnya, alangkah gelapnya dunia ni, kalau pucuk pimpinan negara ini bukan lagi orang Melayu, dan bukan lagi Seri Paduka Baginda, tapi digantikan dengan Presiden sebagai ketua negara. Bayangkahlah di dalam mimpi anda semua, wahai sedara mara ku, orang2 Melayu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: