7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat ini telah disiarkan dalam blog ini pada 6 Febuari 2009. Disiarkan semula sempena titah baginda Raja Muda Perak. Wasiat ini telah dibacakan semasa rancangan Berita Perdana TV1, 8 malam, 6/8/2009, Khamis malam Jumaat.


SEMOGA ALLAH PELIHARA TANAH MELAYU!

SEMOGA ALLAH PELIHARA UMAT MELAYU!

SEMOGA ALLAH PELIHARA HAK DAN KETUANAN MELAYU !!!

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHHUAKBAR!!


Tujuh Wasiat Untuk Rakyat Asal Raja-Raja Melayu


“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Tujuh perkara itu adalah:

Pertama – Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA )

Kedua – Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

Ketiga – Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

Keempat – Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Kelima – Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan,

Keenam – Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU, dan

Ketujuh – Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

——————————————————————–

BANGKITLAH BANGSAKU!!!

DEMI AGAMA BANGSA DAN TANAH MELAYU!

MELAYU MESTI BANGKIT BERSATU!!!

BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH.!

Jangan sampai Melayu merempat di tanah sendiri baru kita hendak bersatu. Kerana pada masa itu sudah terlambat. Hak orang Melayu yang terlepas tidak akan dikembalikan.

PEMBELA

3 Responses to “7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU”

  1. khairi ali Says:

    Sebagai muslim, orang Melayu perlu lihat pada sejarah Islam, khususnya para anbiya. Mereka membangun kaum atau tamadun hanya dengan seorang Nabi. Kalau ada 2 pun, satu lagi adalah kawannya, seperti Nabi Musa as dan Harun as. Begitu juga dengan kisah Nabi Ibrahim as dan Ismail as. Salah seorang mesti menjadi tunjang.

    Melayu kini mungkin dalam keadaan jahiliyyah moden : wang jadi kuasa, keadilan hanya pada yang berkuasa, nasib orang ramai dikesampingkan berbanding kuasa, dll. Semua ini pula ditambah dengan perlumbaan mendapatkan kuasa dengan menggunakan pelbagai jenama, demokrasi,keadilan, kesaksamaan, dan termasuklah Islam sendiri! dalam senario sebegini, nampaknya Melayu semakin tenat, semakin kehilangan kuasa ke atas wilayahnya…

    Jadi apa yang boleh menjamin pengembalian kuasa mereka? Dari kisah anbiya di atas, hanya seorang saja yang dikehendaki, yang jelas dan jujur ingin berjuang menegakkan Islam di buminya. Orang Melayu-Islam ini perlu dicari!

    Dalam kontek Melayu kini, maka Melayu-Islam perlu mengasaskan perpaduan pada Islam, bukan demokrasi. Berikan demokrasi, keadilan, hak asasi manusia dll itu semua kepada bukan Islam… dan Melayu-Islam seterusnya membuat persefahaman dengan mereka.

    InsyaAllah, Allah bersama Melayu-Islam, yang menjejaki sunnah Nabi saw. sebagai landasan kehidupan mereka.

    • ANAK GAYONG REMBAU Says:

      KITA TIADA PILIHAN,KUASA MENENTUKAN BANGSA
      MASA SEMANGKIN SUNTUK UNTUK UNTUK MENUNDING
      JARI…RENUNG2 KAN LAH.AKU BUKAN BERKEMPEN
      UNTUK UMNO TAPI DEMI BANGSA AKU.
      KALAU ENGKAU BUKAN SEBANGSA AKU JANGAN
      CUBA JAWAB ISI HATI YANG TERBUKU DALAM
      SETIAP DIRI ANAK BANGSA AKU…………..

  2. artdeep Says:

    salam hormat..
    mmg respect kat blog tuan..

    saya kurang senang dengan blog sapa punya ntah bawah ini..hmmm mungkin ada kaitan ngan provoke kecil2an yg boleh menjadi besar tak? ..radio xfresh ada jer buat ayat mcam provoke anti lagu indon

    http://id-top.blogspot.com/

    adib
    p/s; jumpe blog ini di blog tun mahathir =] salam hormat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: