UMNO SEMAKIN GOYAH

Selepas PRU2008 UMNO dilihat goyah dan semakin parah

Persaraan Pak Lah sebagai Presiden UMNO tidak mendatangkan kesan

Penyertaan semula Tun Mahathir ke dalam UMNO masih juga tidak merubah apa-apa

Perlantikan Najib sebagai Presiden UMNO yang baru masih tidak menampakkan perubahan

Orang Melayu terutama golongan muda semakin menjauhi UMNO.

Semakin ramai pula orang bukan melayu menjauhi parti rakan UMNO dalam BN.


APA SEBABNYA???


Faktor Najib

1. Najib sebagai Presiden UMNO dan PM Malaysia BELUM BERJAYA  menyakinkan rakyat menolak tuduhan liar pembangkang ke atas beliau seperti pembabitan dalam komisen pembelian kapal selam, pembelian sukhoi, kes kematian warga monggolia dan bermacam-macam lagi.

2. Walaupun Najib telah menafikan semua tuduhan tetapi rakyat masih tidak dapat menerimanya. Rakyat semakin mempercayai tuduhan pembangkang . Keadaan ini berlaku kerana pembangkang tidak pernah berhenti  membangkit dan mensensasikan isu ini. Cerita-cerita berkaitan isu ini sentiasa panas, segar dan semakin terpahat ke dalam minda rakyat walaupun tanpa bukti sahih. Kerajaan juga BELUM BERJAYA memberikan jawapan atau alasan yang boleh diterima rakyat kerana rakyat telahpun beranggapan semua tuduhan pembangkang itu benar!

3. Peribadi Najib terus diserang bertubi-tubi. Isteri beliau juga diheret sama. Tetapi Najib masih BELUM BERJAYA menangkis serangan ini dengan berkesan.


Faktor Anwar

1. Walaupun Anwar sedang menghadapi satu tuduhan perbuatan jenayah yang paling jijik, mesum dan keji dalam sejarah peradaban manusia tetapi sebahagian besar rakyat masih menyokongnya. Sokongan ke atas Anwar semakin meningkat dari masa kesemasa. Rakyat semakin bersimpati dan memberi sokongan kepada Anwar.

2. Sokongan rakyat terutama dari kaum bukan melayu dan golongan muda melayu ke atas Anwar semakin meningkat dan meluap-luap.

3. Anwar TELAH BERJAYA menyakinkan rakyat beliau adalah seorang yang bersih, cekap dan amanah. Beliau juga BERJAYA menampilkan imej warak dan alim yang begitu disenangi oleh warga veteran dan agamawan terutamanya dari kalangan pemimpin dan ahli PAS.

4. Anwar TELAH BERJAYA menyakinkan rakyat beliau teraniaya. Anwar TELAH BERJAYA menyakinkan rakyat bahawa UMNO telah menganiaya beliau. Anwar juga TELAH BERJAYA menyakinkan ahli UMNO dan parti kompnen BN bahawa beliau telah dianiaya oleh pemimpin UMNO kerana cuba membersihkan UMNO dari rasuah.

5. Anwar TELAH BERJAYA mengalihkan perhatian rakyat daripada kes liwatnya kepada hal lain seperti kematian Teoh,  ISA, kekejaman Polis, MACC, rasuah dalam kerajaan  dan bermacam lagi.

6. Samada cerita Anwar cerita benar atau dongeng sensasi rakyat tetap mahu mendengar dan mempercayainya!


Faktor UMNO.

1. Pemimpin UMNO yang telah diamanahkan oleh orang melayu membuat kesalahan besar tidak menghukum mereka yang TELAH DIDAPATI BERSALAH mengamalkan rasuah.

2. Mereka yang TELAH DIDAPATI BERSALAH mengamalkan rasuah masih terus dilantik menjadi Ketua Pemuda, Ketua Menteri, Ketua Bahagian, Ketua Cawangan.

3. Rakyat semakin percaya UMNO penuh dengan rasuah dan perasuah. Rasuah dalam UMNO seperti sudah sebati dan tidak boleh dipisahkan lagi. Rasuah dalam UMNO seperti perkara rutin yang tidak menjadi kesalahan lagi. Rasuah seperti sudah menjadi darang daging UMNO. Rasuah seperti dihalalkan oleh UMNO!

4. Orang melayu pula melihat Pemimpin UMNO tidak lagi memperjuangkan nasib mereka. Pemimpin UMNO tidak lagi dilihat sebagai Pejuang Melayu. Pemimpin UMNO dilihat seperti golongan elit, mementingkan harta dan material serta mengkayakan diri sendiri, anak beranak, menantu dan saudara-mara sahaja. Pemimpin UMNO dilihat angkuh, bongkak, berlagak, besar kepala dan bermacam-macam lagi.

5. Orang melayu juga melihat Pemimpin UMNO seperti pengecut dan terlalu bersifat defensif. Pemimpin UMNO dilihat tiada keberanian mempertahankan orang melayu walaupun agama islam, hak orang melayu dan raja melayu dipersoal dan dipersenda. Manakala pemimpin Gerakan, MCA, MIC, DAP semakin lantang dan berani memperjuangkan hak kaum mereka masing-masing!

6. Natijahnya orang melayu semakin tidak mendengar seruan pemimpin UMNO. Seruan-seruan pemimpin UMNO dipandang sepi, dicebik dan tidak diendahkan. Seruan pemimpin UMNO tidak lagi bermakna dan memberikan kesan kepada orang melayu yang semakin marah dan kecewa.


Faktor Ekonomi.

1. UMNO telah menerajui pemerintahan negara selama 52 TAHUN tetapi tahap ekonomi melayu masih ditakuk lama. Malah taraf ekonomi orang melayu semakin merudum akhir-akhir ini. Kuasa beli orang melayu semakin menguncup. Harta dan kekayaan orang melayu semakin menyusut.

2. Perniagaan yang dikuasai oleh orang melayu semakin berkurangan. Majikan dikalangan melayu boleh dibilang dengan jari.

3. Kalau adapun perniagaan orang melayu yang NAMPAK BERJAYA ramai hanya di kalangan anak, menantu, saudara-mara dan kroni-kroni pemimpin-pemimpin UMNO sahaja.  Mereka ini semua kaya syok sendiri. Mereka kaya tetapi samada TIDAK MAMPU atau TIDAK MAHU menolong orang melayu lain untuk sama berjaya. Mereka suka melihat mereka sahaja kaya sebab boleh menunjuk-nunjuk kereta besar, harta dan lagak mereka kepada orang melayu lain. Mereka tidak sedar tindakan mereka menyebabkan orang melayu semakin menyampah dan membenci mereka!

4. Oleh itu orang melayu tiada pilihan samada bekerja dengan kerajaan atau bekerja dengan majikan bukan melayu.

5.  Bagi orang melayu yang bekerja dengan kerajaan sokongan mereka kepada UMNO mungkin agak sedikit teguh.

6. Tetapi bagi orang melayu yang bekerja dengan majikan bukan melayu sokongan mereka kepada UMNO amat goyah dan mungkin telah hilang terus. Sokongan mereka semakin terhakis samada dipengaruhi secara langsung atau tidak langsung oleh majikan bukan melayu mereka yang memberikan mereka gaji untuk menyara hidup, anak dan isteri!


Faktor Orang Muda

1. Orang muda mempunyai banyak masa terluang. Mereka memerhati gelagat orang tua terutamanya dikalangan orang atasan dan pemimpin.

2. Hampir 100% orang muda sekarang berpelajaran. Mereka boleh membaca, mengakses internet. Mereka semua celik IT. Mereka terdedah kepada segala macam maklumat. Mereka membuat pertimbangan mereka sendiri dari maklumat yang mereka perolehi dan apa yang mereka lihat.

3. Kebanyakkan orang muda tidak gemar melihat berita tv atau membaca surat khabar. Mereka lebih gemar samada membuat pemerhatian sendiri atau memperolehi sumber maklumat terus dari internet dan sms.

4. Bagi anak muda yang bekerja makan gaji dengan kerajaan mereka memerhatikan bos-bos atau pengarah-pengarah atau menteri mereka. Ramai dikalangan mereka semakin meluat dengan orang atasan ini yang hanya tahu mengarah tetapi tidak mahu ambil tahu masalah sebenar. Mereka memerhati orang atasan mereka yang mengamalkan rasuah dan kronisme. Mereka memerhati orang atasan mereka yang sudah tua tetapi masih terkejar-kejar pangkat dan harta tetapi berkira-kira dalam melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas dan sempurna. Akibatnya ramai yang kecewa dan akhirnya tidak menyokong kerajaan terutamanya UMNO. Kerana ramai yang bekerja dengan kerajaan adalah pemuda melayu!

5. Bagi orang muda melayu yang bekerja dengan swasta kebanyakkan mereka bekerja dengan majikan bukan melayu. Mereka dengan mudah terpengaruh samada secara langsung atau tak langsung dengan majikan mereka. Mereka lebih berterima kasih dan terhutang budi dengan majikan mereka. Mereka ini langsung tidak nampak apa yang disumbangkan oleh pemimpin UMNO kepada mereka. Mereka ini akhirnya akan menolak UMNO dan kerajaan bulat-bulat.


UMNO SEMAKIN GOYAH.

UMNO SEMAKIN REBAH.


Bolehkah PAS diharapkan membela nasib melayu islam di Malaysia jika UMNO tumbang? Semoga ALLAH sentiasa memberikan perlindungan dan petunjukNYA kepada kita semua Umat Melayu Islam Malaysia. Alfatihah…Amin.

PEMBELA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: