Archive for August, 2009

SYABAS BUAT AWANG SELAMAT

24/08/2009


SYABAS AWANG SELAMAT!

TERUSKAN MEMBERI KESEDARAN KEPADA ORANG MELAYU!!

TERUSKAN PERJUANGAN!!!


1. Pemimpin Melayu/Islam (UMNO/PAS) perlu sedar bahawa kuasa ekonomi dan kekayaan Orang Melayu di TANAH MELAYU @ Malaysia  SEMAKIN TERUS MENYUSUT.

2. Orang Melayu TELAH JAUH KETINGGALAN dari segi ekonomi dan kekayaan dan akan SEMAKIN TERUS JAUH KETINGGALAN  dari masa kesemasa jika tiada tindakan PEMBETULAN SERTA-MERTA dari Pemimpin Melayu dan Orang Melayu sendiri.

3. Hakikatnya kekayaan negara telah DIBOLOT oleh Orang Cina berabad lamanya tanpa disedari Orang Melayu.

4. Hakikatnya EKONOMI DAN KEKAYAAN Malaysia sebenarnya telah HAMPIR DIKUASAI SEPENUHNYA oleh Orang Cina

5. Orang Melayu TERLALU LEKA dengan dendangan LAGU POLITIK Pemimpin Melayu.

6. Pemimpin Melayu YANG GILA GLAMOR terus mengkhayalkan dan membuai perasaan Orang Melayu dengan dendangan LAGU POLITIK yang mengasyikkan.

7. Pemimpin Melayu seperti terus membiarkan Orang Melayu berkeadaan mundur dan meminta-minta supaya senang untuk dikuasai dan digula-gula.

8. Orang Cina semakin kaya dan Orang Melayu semakin miskin. Orang Melayu akhirnya akan jadi PAPA KEDANA dan merempat.

9. Apa gunanya Pemimpin Melayu saling kutuk mengutuk MEMECAH BELAHKAN Orang Melayu/Islam manakala kaum lain sedang merapatkan barisan dan memperkuatkan kedudukan sosial dan ekonomi mereka masing-masing?

10. Apa gunanya kita orang Melayu sibuk bercakaran sedang orang lain sibuk mengumpul kekayaan dan membina kekuatan?

11. Apa gunanya ULAMA, TUAN GURU, CENDIKIAWAN dan PEMIMPIN MELAYU yang sepatutnya menyatukan orang Melayu/Islam tetapi mereka ini pula yang memecah belahkan Orang Melayu/Islam?

12. Apa gunanya Pemimpin Melayu yang hanya MENANG SORAK TETAPI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA TERUS TERGADAI?


EKONOMI MALAYSIA TELAH TERLALU LAMA DIKUASAI BUKAN MELAYU….

HARTA DI MALAYSIA HAMPIR SEMUA DIKUASAI BUKAN MELAYU….

KETINGGIAN ILMU TERUS DIKUASAI BUKAN MELAYU…

PERHUBUNGAN ANTARABANGSA TERUS DIKUASAI BUKAN MELAYU…..


APA PULA  YANG DIKUASAI ORANG MELAYU?

APA GUNA KUASA MEMERINTAH JIKA SEMUA HARTA DAN KEKAYAAN DIKUASAI ORANG LAIN?

APA MAKNA TUAN TANAH JIKA SEMUA TANAH DIMILIKI OLEH ORANG LAIN?

APA MAKNA TANAH MELAYU @ MALAYSIA JIKA ORANG MELAYU TIDAK MENJADI TUAN TANAH….?

BOLEHKAH SI MISKIN MEMERINTAH SI KAYA?

BOLEHKAH SI LEMAH MEMERINTAH SI KUAT?

INIKAH PENJAJAHAN BENTUK BARU?

APAKAH ORANG MELAYU MASIH DIJAJAH?

APAKAH ORANG MELAYU AKAN TERUS TERJAJAH???


Mungkin sesudah Orang Melayu/Islam merempat dan dihina di tanah sendiri baru Pemimpin Melayu akan sedar. Mungkin selepas ada Orang Melayu dimaki dan disepak terajang baru kita Orang Melayu akan sedar. Apakah hanya selepas Orang Melayu dilayan seperti hamba abdi seperti berlaku ke atas pribumi Afrika baru Orang Melayu/Islam mahu sedar???

Hak Orang Melayu yang telah terlepas tidak akan dikembalikan.

Saya bukan rasis. Saya cuma sayangkan agama, bangsa dan tanahair saya.

PEMBELA


Awang Selamat. UTUSAN MALAYSIA : 23/08/2009

Selepas kuasai ekonomi…

ANDAIAN sebelum ini bahawa kaum Cina hanya berminat untuk menguasai ekonomi sementara kuasa politik akan terus dipegang oleh orang Melayu, nampaknya tidak lagi begitu.

Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 membuktikan bahawa banyak pihak kaum Cina sedang mengasak habis-habisan untuk turut sama menguasai politik negara ini.

Makin banyak petunjuk ke arah itu termasuk menerusi laporan media tertentu khususnya berbahasa Cina yang mempromosi sentimen sedemikian. Mesej yang boleh dibaca ialah banyak kalangan kaum Cina sudah tidak berpuas hati dengan sekadar menguasai ekonomi?

Persoalannya apakah yang akan berlaku jika kaum Cina juga menguasai politik dan di mana kedudukan Melayu nanti? Awang lontarkan persoalan ini untuk renungan kita semua lebih-lebih lagi kedudukan Melayu kini makin kritikal.

Apa sahaja yang tinggal pada Melayu mahu dirungkai termasuk yang termaktub dalam perlembagaan negara. Realitinya walaupun Melayu menguasai politik tetapi yang lebih berkuasa di negara ini adalah kaum Cina disebabkan penguasaan dalam ekonomi yang amat ketara.

Di sebalik banyak rungutan terhadap dasar kerajaan, sebenarnya kaum Cina paling banyak mendapat nikmat. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sebelum ini hanya memberikan kouta 30 peratus kepada bumiputera tetapi penguasaan 70 peratus terus dinikmati oleh masyarakat usahawan Cina yang sudah membentuk kartel mega, selain berlaku gejala ali baba dan ketirisan dalam 30 peratus kouta bumiputera.

Jika Melayu dibantu dalam bidang perniagaan ia dianggap tongkat tetapi jika syarikat-syarikat Cina diselamatkan oleh kerajaan, ia didiamkan sahaja. Jika banyak usahawan bukan Melayu mendapat bisnes monopoli seperti gula, stesen televisyen satelit, stesen janakuasa bebas dan sebagainya sehingga menjadi kaya raya dan mengalihkan berbilion ringgit ke luar negara, ia juga tidak mengapa. Jika ada usahawan Melayu cuba menceburi bidang penguasaan usahawan Cina seperti membekalkan limau, ia akan diboikot sampai gagal. Namun jika ada usahawan bukan Melayu menguasai bisnes seperti pengedaran produk daging dan ayam halal, yang melibatkan pasaran orang Islam, itu dianggap biasa.

Penguasaan Cina dalam syarikat-syarikat swasta dan persendirian selain mengutamakan pekerja kaum itu juga bukan isu. Pada masa yang sama majoriti Melayu di sektor awam makin hebat dipersoalkan malah terus diperlekehkan.

Awang bukanlah mahu bersikap rasis. Apa yang disuarakan ini sekadar menyanggah gelombang fitnah, tohmahan dan persepsi liar banyak pihak terhadap usaha meningkatkan pencapaian bumiputera, yang masih jauh ketinggalan berbanding kaum Cina.

Begitulah kebijaksanaan banyak pihak kaum Cina berpercaturan. Dalam mereka mengeluh dan merintih, mereka terus kaya dan berkuasa. Kouta untuk bumiputera mahu dihapuskan tetapi ‘kouta khas’ bukan bumiputera seperti bisnes berkaitan pusat hiburan, arak, judi dan maksiat yang mereka kuasai selama ini, tidak boleh disentuh sama sekali.

Pada hari ini, kaum Cina yang merupakan 24 peratus penduduk negara ini menguasai ekonomi. Tradisi dan budaya niaga yang lama terpahat selain dasar kerajaan yang terbuka, membolehkan kaum Cina terus melonjak. Masyarakat Cina mempunyai simpanan wang yang banyak berbanding kaum lain dan itulah antara asas kekuatan ekonomi kaum itu. Sedangkan Melayu yang merupakan kaum majoriti terus keciciran. Bayangkan seketika jika Melayu lenyap kuasa politik?

Advertisements

PERINGATAN BUAT UMNO

14/08/2009

Posting ini adalah comment saya dalam posting “HOW TO MUZZLE YOUR CRITIC” blog Tun Dr Mahathir bertarikh July 31, 2009 12:36 PM.

Disiarkan disini untuk penilaian semula.

PEMBELA

————————————————————————————-

Assalammualaikum Tok Det,

KERAJAAN MALAYSIA SEKARANG MESTI BANGKIT SERTA-MERTA!

KERAJAAN MESTI TEGAS, BERANI DAN ADIL WALAUPUN TAMPAK ZALIM!

SINDROM KERAJAAN LEMBIK PAK LAH MESTI DIHENTIKAN!

SINDROM TAKUT KEPADA DESAKAN PEMBANGKANG MESTI DIHENTIKAN!

SINDROM TAKUT DENGAN MEDIA DAN INTERNET MESTI DIHENTIKAN!

SINDROM KERAJAAN FLIP-FLOP DAN PAK TURUT MESTI DIHAPUSKAN!

JIKA TIDAK MALAYSIA AKAN JADI REPUBLIK!

DAN PRESIDEN REPUBLIK MALAYSIA PERTAMA IALAH ANWAR IBRAHIM!!!!


TANDA-TANDA AWAL MALAYSIA AKAN JADI REPUBLIK:-

1. Keistimewaan dan hak peribumi bumiputera dipertikai.

2. Kedaulatan Raja Melayu dipersoal

3. Kedudukan Agama Islam dipertikai

4. Keluhuran undang-undang diperlekeh

5. Penguasa Undang-undang Polis, SPRM, Peguam Negara, Badan Kehakiman, dll dihina dan dicemuh dan sekarang dikatakan tidak professional dan bersifat perkauman.

6. Sejarah Kemerdekaan Negara ditafsir sesedap rasa sesuka hati

7. Pejuang Kemerdekaan tidak dihormati tetapi pengkhianat komunis pula cuba disanjung.

8. Sejarah asal Tanah Melayu cuba dinafi dan dipersenda.

9. Lagu kebangsaan dipermainkan tanpa sebarang hukuman.

10. Sekarang sejarah pemerintahan Tun selama 22 tahun diperlekeh. Semua kejayaan negara semasa pemerintahan Tun dipersenda. Seorang negarawan cuba diketepikan dan jasanya hendak dinafikan….


MANA PEMUDA UMNO YANG KATANYA GARANG DAN BERANI?

MANA KETUA PEMUDA UMNO YANG KATANYA SI PINTAR DARI OXFORD?

MANA PENDEKAR UMNO YANG TERJERIT-JERIT MENGHUNUS KERIS?

MANA PEMUDA UMNO YANG BERANI MATI MEMPERTAHANKAN HAK MELAYU??



HAKIKATNYA PEMIMPIN UMNO SENDIRI YANG MENGHANCURKAN UMNO:-

1. Orang melayu sendiri semakin ramai menjauhi UMNO.

2. Pemimpin UMNO telah lama lupa membela nasib Melayu

3. Pemimpin UMNO leka menjaga kepentingan diri sendiri, keluarga dan kroni.

4. Pemimpin UMNO lebih sibuk menjaga hati bukan melayu dari menjaga hati orang melayu bangsanya sendiri.

5. Pemimpin UMNO suka mengambil kesempatan ke atas bangsanya sendiri.

6. Pemimpin UMNO lebih sibuk mengumpul harta dari mengumpul jasa.

7. Pemimpin UMNO bila berkuasa jadi Gila Kuasa tetapi bila hilang kuasa jadi Gila Talak.

8. Satu demi satu tembelang pemimpin UMNO pecah.

9. Satu demi satu temberang pemimpin UMNO terdedah

10. Satu demi satu Pemimpin UMNO sedang dibogelkan

11. UMNO sendiri sedang ditelanjangkan

12. UMNO sedang menuju ke arah kehancuran!!!!


Orang Melayu semakin menjauhi UMNO. Rakyat semakin percaya Malaysia akan lebih baik tanpa UMNO. Kejatuhan UMNO semakin tidak boleh dielakkan. Sudah semakin terlambat untuk UMNO bangkit semula.

Rakyat semakin bersedia menerima Malaysia menjadi sebuah republik. Tetapi apakah orang melayu akan terbela bila Malaysia menjadi republik? Cuba lihat Republik Singapura dan cari jawapannya…

PEMBELA.

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

06/08/2009

Wasiat ini telah disiarkan dalam blog ini pada 6 Febuari 2009. Disiarkan semula sempena titah baginda Raja Muda Perak. Wasiat ini telah dibacakan semasa rancangan Berita Perdana TV1, 8 malam, 6/8/2009, Khamis malam Jumaat.


SEMOGA ALLAH PELIHARA TANAH MELAYU!

SEMOGA ALLAH PELIHARA UMAT MELAYU!

SEMOGA ALLAH PELIHARA HAK DAN KETUANAN MELAYU !!!

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHHUAKBAR!!


Tujuh Wasiat Untuk Rakyat Asal Raja-Raja Melayu


“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Tujuh perkara itu adalah:

Pertama – Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA )

Kedua – Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

Ketiga – Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

Keempat – Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Kelima – Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan,

Keenam – Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU, dan

Ketujuh – Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

——————————————————————–

BANGKITLAH BANGSAKU!!!

DEMI AGAMA BANGSA DAN TANAH MELAYU!

MELAYU MESTI BANGKIT BERSATU!!!

BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH.!

Jangan sampai Melayu merempat di tanah sendiri baru kita hendak bersatu. Kerana pada masa itu sudah terlambat. Hak orang Melayu yang terlepas tidak akan dikembalikan.

PEMBELA

UMNO SEMAKIN GOYAH

02/08/2009

Selepas PRU2008 UMNO dilihat goyah dan semakin parah

Persaraan Pak Lah sebagai Presiden UMNO tidak mendatangkan kesan

Penyertaan semula Tun Mahathir ke dalam UMNO masih juga tidak merubah apa-apa

Perlantikan Najib sebagai Presiden UMNO yang baru masih tidak menampakkan perubahan

Orang Melayu terutama golongan muda semakin menjauhi UMNO.

Semakin ramai pula orang bukan melayu menjauhi parti rakan UMNO dalam BN.


APA SEBABNYA???


Faktor Najib

1. Najib sebagai Presiden UMNO dan PM Malaysia BELUM BERJAYA  menyakinkan rakyat menolak tuduhan liar pembangkang ke atas beliau seperti pembabitan dalam komisen pembelian kapal selam, pembelian sukhoi, kes kematian warga monggolia dan bermacam-macam lagi.

2. Walaupun Najib telah menafikan semua tuduhan tetapi rakyat masih tidak dapat menerimanya. Rakyat semakin mempercayai tuduhan pembangkang . Keadaan ini berlaku kerana pembangkang tidak pernah berhenti  membangkit dan mensensasikan isu ini. Cerita-cerita berkaitan isu ini sentiasa panas, segar dan semakin terpahat ke dalam minda rakyat walaupun tanpa bukti sahih. Kerajaan juga BELUM BERJAYA memberikan jawapan atau alasan yang boleh diterima rakyat kerana rakyat telahpun beranggapan semua tuduhan pembangkang itu benar!

3. Peribadi Najib terus diserang bertubi-tubi. Isteri beliau juga diheret sama. Tetapi Najib masih BELUM BERJAYA menangkis serangan ini dengan berkesan.


Faktor Anwar

1. Walaupun Anwar sedang menghadapi satu tuduhan perbuatan jenayah yang paling jijik, mesum dan keji dalam sejarah peradaban manusia tetapi sebahagian besar rakyat masih menyokongnya. Sokongan ke atas Anwar semakin meningkat dari masa kesemasa. Rakyat semakin bersimpati dan memberi sokongan kepada Anwar.

2. Sokongan rakyat terutama dari kaum bukan melayu dan golongan muda melayu ke atas Anwar semakin meningkat dan meluap-luap.

3. Anwar TELAH BERJAYA menyakinkan rakyat beliau adalah seorang yang bersih, cekap dan amanah. Beliau juga BERJAYA menampilkan imej warak dan alim yang begitu disenangi oleh warga veteran dan agamawan terutamanya dari kalangan pemimpin dan ahli PAS.

4. Anwar TELAH BERJAYA menyakinkan rakyat beliau teraniaya. Anwar TELAH BERJAYA menyakinkan rakyat bahawa UMNO telah menganiaya beliau. Anwar juga TELAH BERJAYA menyakinkan ahli UMNO dan parti kompnen BN bahawa beliau telah dianiaya oleh pemimpin UMNO kerana cuba membersihkan UMNO dari rasuah.

5. Anwar TELAH BERJAYA mengalihkan perhatian rakyat daripada kes liwatnya kepada hal lain seperti kematian Teoh,  ISA, kekejaman Polis, MACC, rasuah dalam kerajaan  dan bermacam lagi.

6. Samada cerita Anwar cerita benar atau dongeng sensasi rakyat tetap mahu mendengar dan mempercayainya!


Faktor UMNO.

1. Pemimpin UMNO yang telah diamanahkan oleh orang melayu membuat kesalahan besar tidak menghukum mereka yang TELAH DIDAPATI BERSALAH mengamalkan rasuah.

2. Mereka yang TELAH DIDAPATI BERSALAH mengamalkan rasuah masih terus dilantik menjadi Ketua Pemuda, Ketua Menteri, Ketua Bahagian, Ketua Cawangan.

3. Rakyat semakin percaya UMNO penuh dengan rasuah dan perasuah. Rasuah dalam UMNO seperti sudah sebati dan tidak boleh dipisahkan lagi. Rasuah dalam UMNO seperti perkara rutin yang tidak menjadi kesalahan lagi. Rasuah seperti sudah menjadi darang daging UMNO. Rasuah seperti dihalalkan oleh UMNO!

4. Orang melayu pula melihat Pemimpin UMNO tidak lagi memperjuangkan nasib mereka. Pemimpin UMNO tidak lagi dilihat sebagai Pejuang Melayu. Pemimpin UMNO dilihat seperti golongan elit, mementingkan harta dan material serta mengkayakan diri sendiri, anak beranak, menantu dan saudara-mara sahaja. Pemimpin UMNO dilihat angkuh, bongkak, berlagak, besar kepala dan bermacam-macam lagi.

5. Orang melayu juga melihat Pemimpin UMNO seperti pengecut dan terlalu bersifat defensif. Pemimpin UMNO dilihat tiada keberanian mempertahankan orang melayu walaupun agama islam, hak orang melayu dan raja melayu dipersoal dan dipersenda. Manakala pemimpin Gerakan, MCA, MIC, DAP semakin lantang dan berani memperjuangkan hak kaum mereka masing-masing!

6. Natijahnya orang melayu semakin tidak mendengar seruan pemimpin UMNO. Seruan-seruan pemimpin UMNO dipandang sepi, dicebik dan tidak diendahkan. Seruan pemimpin UMNO tidak lagi bermakna dan memberikan kesan kepada orang melayu yang semakin marah dan kecewa.


Faktor Ekonomi.

1. UMNO telah menerajui pemerintahan negara selama 52 TAHUN tetapi tahap ekonomi melayu masih ditakuk lama. Malah taraf ekonomi orang melayu semakin merudum akhir-akhir ini. Kuasa beli orang melayu semakin menguncup. Harta dan kekayaan orang melayu semakin menyusut.

2. Perniagaan yang dikuasai oleh orang melayu semakin berkurangan. Majikan dikalangan melayu boleh dibilang dengan jari.

3. Kalau adapun perniagaan orang melayu yang NAMPAK BERJAYA ramai hanya di kalangan anak, menantu, saudara-mara dan kroni-kroni pemimpin-pemimpin UMNO sahaja.  Mereka ini semua kaya syok sendiri. Mereka kaya tetapi samada TIDAK MAMPU atau TIDAK MAHU menolong orang melayu lain untuk sama berjaya. Mereka suka melihat mereka sahaja kaya sebab boleh menunjuk-nunjuk kereta besar, harta dan lagak mereka kepada orang melayu lain. Mereka tidak sedar tindakan mereka menyebabkan orang melayu semakin menyampah dan membenci mereka!

4. Oleh itu orang melayu tiada pilihan samada bekerja dengan kerajaan atau bekerja dengan majikan bukan melayu.

5.  Bagi orang melayu yang bekerja dengan kerajaan sokongan mereka kepada UMNO mungkin agak sedikit teguh.

6. Tetapi bagi orang melayu yang bekerja dengan majikan bukan melayu sokongan mereka kepada UMNO amat goyah dan mungkin telah hilang terus. Sokongan mereka semakin terhakis samada dipengaruhi secara langsung atau tidak langsung oleh majikan bukan melayu mereka yang memberikan mereka gaji untuk menyara hidup, anak dan isteri!


Faktor Orang Muda

1. Orang muda mempunyai banyak masa terluang. Mereka memerhati gelagat orang tua terutamanya dikalangan orang atasan dan pemimpin.

2. Hampir 100% orang muda sekarang berpelajaran. Mereka boleh membaca, mengakses internet. Mereka semua celik IT. Mereka terdedah kepada segala macam maklumat. Mereka membuat pertimbangan mereka sendiri dari maklumat yang mereka perolehi dan apa yang mereka lihat.

3. Kebanyakkan orang muda tidak gemar melihat berita tv atau membaca surat khabar. Mereka lebih gemar samada membuat pemerhatian sendiri atau memperolehi sumber maklumat terus dari internet dan sms.

4. Bagi anak muda yang bekerja makan gaji dengan kerajaan mereka memerhatikan bos-bos atau pengarah-pengarah atau menteri mereka. Ramai dikalangan mereka semakin meluat dengan orang atasan ini yang hanya tahu mengarah tetapi tidak mahu ambil tahu masalah sebenar. Mereka memerhati orang atasan mereka yang mengamalkan rasuah dan kronisme. Mereka memerhati orang atasan mereka yang sudah tua tetapi masih terkejar-kejar pangkat dan harta tetapi berkira-kira dalam melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas dan sempurna. Akibatnya ramai yang kecewa dan akhirnya tidak menyokong kerajaan terutamanya UMNO. Kerana ramai yang bekerja dengan kerajaan adalah pemuda melayu!

5. Bagi orang muda melayu yang bekerja dengan swasta kebanyakkan mereka bekerja dengan majikan bukan melayu. Mereka dengan mudah terpengaruh samada secara langsung atau tak langsung dengan majikan mereka. Mereka lebih berterima kasih dan terhutang budi dengan majikan mereka. Mereka ini langsung tidak nampak apa yang disumbangkan oleh pemimpin UMNO kepada mereka. Mereka ini akhirnya akan menolak UMNO dan kerajaan bulat-bulat.


UMNO SEMAKIN GOYAH.

UMNO SEMAKIN REBAH.


Bolehkah PAS diharapkan membela nasib melayu islam di Malaysia jika UMNO tumbang? Semoga ALLAH sentiasa memberikan perlindungan dan petunjukNYA kepada kita semua Umat Melayu Islam Malaysia. Alfatihah…Amin.

PEMBELA