Archive for July, 2009

UMNO DAN PAS MESTI BERSATU!!! UMAT MELAYU ISLAM MALAYSIA MESTI BERSATU!!! BERSATULAH DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!!!

30/07/2009

BERSATULAH Umat Melayu!!!

BERSATULAH demi Agama, Bangsa dan Negara!!!

Janganlah diungkit PERBEZAAN di antara kita.

Marilah kita cari PERSAMAAN di antara kita dalam mencari PENYATUAN MELAYU ISLAM.


PERSAMAAN KITA UMAT MELAYU ISLAM.

1. Kita bersaksi dengan syahadah yang sama. Dua kalimah syahadah

2. Kita menganut Agama dan Akidah yang sama. Islam

3. Kita berpandu kepada kalam yang sama. Al Quran

4. Kita merujuk rujukan yang sama. Al Hadis

5. Kita menyembah Tuhan yang SAMA. ALLAH yang satu.

6. Kita mengahadap kiblat yang SAMA. Kaabah.

7. Kita menjunjung Nabi yang SAMA. Nabi Muhammad.

8. Kita mempunyai kulit yang SAMA. Sawo matang

9. Kita bercakap bahasa yang SAMA. Bahasa Melayu

10. Kita tinggal di tempat yang SAMA. Tanah Melayu@Malaysia

11. Kita angkat Raja yang SAMA. Raja Melayu.

12. Kita mempunyai Pahlawan yang SAMA. Ribuan Pahlawan Melayu Terbilang yang telah gugur mempertahankan tanah air.

13. Kita mempunyai darah dan keturunan yang SAMA. Darah yang sama juga telah banyak tertumpah demi mempertahankan Tanah Melayu@Malaysia.

14. Kita makan makanan yang SAMA. Masakan Melayu.

15. Kita memakai pakaian yang sama. Baju Melayu


BANYAK LAGI PERSAMAAN ANTARA KITA UMAT MELAYU!

KENAPA PERBEZAAN PULA PERLU KITA CARI???

BANGKITLAH PARA PEMIMPIN MELAYU!!!

BANGKITLAH PARA CENDIKIAWAN MELAYU!!!

BANGKITLAH PARA ULAMA MELAYU!!!

BANGKITLAH RAJA-RAJA MELAYU!!!


BERSATULAH BANGSAKU SEBELUM KITA DIPIJAK!!!

BERSATULAH BANGSAKU SEBELUM KITA DIINJAK!!!


“Kami (ALLAH) tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan¬† jika kaum itu mengubah nasib mereka sendiri”


Demi masa depan anak cucu keturunan kita. Jangan sampai mereka menyumpah kita kemudian hari. Bersatulah sebelum terlambat…..

PEMBELA

BABI MEMANG BABI

24/07/2009

Posting ini telah disiarkan sebelum ini pada 24/5/2009. Disiarkan semula bagi mengalu-alukan saranan Datuk Seri Utama Rais Yatim, Menteri Penerangan Malaysia supaya semua media tempatan tidak lagi menggunakan terma H1N1 atau Influenza A bagi merujuk kepada wabak yang sedang mengancam kesihatan manusia diseluruh dunia. Sebaliknya menggunakan terma lebih jelas iaitu SELSEMA BABI.

———————————————————————————————–

BABI satu haiwan ciptaan TUHAN yang sepatutnya tidak boleh dimakan oleh manusia kecuali jika terpaksa atau “darurat”. Setiap ciptaan TUHAN mempunyai tujuan yang tertentu. Hakikatnya babi tidak jauh beza seperti haiwan-haiwan lain yang tidak boleh dimakan oleh manusia seperti buaya, cicak, harimau, singa, badak, kucing dan sebagainya.

Semua agama samawi mengharamkan memakan babi. Sebagai contoh Israel salah sebuah negara di dunia yang mengharamkan ternakan dan import babi. Tidak pula terdengar rakyat mereka menjadi kebulur atau tidak cukup zat sebab tak makan babi! Bahkan terdapat ramai bijak pandai di Israel dan negara mereka begitu tinggi pencapaian dalam hampir semua bidang teknologi.

Singapura pula bijak tidak membenarkan ternakan babi di negara mereka kerana ingin menjaga ekologi dan alam sekitar pulau mereka yang sekangkang kera. Tetapi khabarnya mereka juga dengan bijak melabur dalam ternakan babi di Malaysia untuk “diimport dan kemudian dieksport semula” untuk buat untung atas angin . Benarkah?

1. Di Malaysia bila bercakap pasal isu babi semuanya jadi sensitif. Tak taulah siapa yang lebih sensitif. Orang yang memakan babi atau orang yang diharamkan memakan babi.

2. Parti politik Cina samada dari pembangkang atau kerajaan amat pantang dengan isu babi dan akan dengan pantas cuba mengaitkan isu babi ini dengan isu perkauman untuk menjadi jaguh bagi meraih sokongan kaum Cina.

3. Apabila orang Islam terutamanya di kalangan majoriti Melayu meluahkan rasa tidak puas hati dan marah dengan isu ternakan babi yang tidak berkesudahan, ianya tak semena-mena menjadi isu sensitf. Kononya tidak boleh dibincangkan secara terbuka kerana bimbang akan mewujudkan ketegangan kaum.

4. Tetapi hak ketuanan Melayu, Raja-Raja Melayu, Tanah Melayu boleh pulak dibincangkan secara terbuka. Sampai ada yang cuba menyamakan orang Melayu seperti kaum pendatang Cina dan India. Tak pulak risau pasal ketegangan kaum. Mungkin orang Melayu ini penyabar dan mudah dipujuk agaknya.

5. Sebenarnya tiada yang sensitf dalam isu babi ini. Orang Cina pun tak ambil kisah sangat kalau penternakan babi ini diharamkan terus di Malaysia atas sebab-sebab kesihatan dan keselamatan negara.

6. Tetapi malangnya parti-parti politik Cina memang bijak mencari peluang menggunakan isu babi ini bagi memainkan sentimen perkauman untuk meraih sokongan.

7. Di Malaysia sekarang semua nak dipolitikkan. Hinggakan perlakuan sumbang jijik seperti homoseksual dan kesalahan meliwat pun nak dijadikan isu politik. Cerita liwat yang memualkan ini telah berlarutan terlampau lama tidak dibicarakan. Yang peliknya boleh ditangguh-tangguh sekian lama. Sistem perundangan negara seperti dipermainkan dan diolok-olokkan oleh barisan peguam Si Peliwat yang licik putar-belit. Si Peliwat pula semakin terkenal dan mendapat simpati seluruh dunia!

8. Hakikatnya penternakan babi telah banyak mengundang padah kepada kehidupan manusia. Virus Nipah, JE dan sekarang Influenza A(H1N1) semuanya berpunca daripada babi.

9. Diberitakan lagi kajian menunjukkan ternakan babi ini akan melahirkan virus mutan baru yang lebih berbahaya dan sukar untuk dibendung dalam masa terdekat.

10. Sudah sampai masanya Kerajaan Malaysia yang terlalak-lalak berbangga dengan status Negara Islam Toleran menangani isu babi ini dengan serius.

11. Mungkin sampai masanya penternakan babi diharamkan terus dibumi Malaysia.

12. Pengimportan daging babi juga dikawal ketat dan dicatu untuk memenuhi permintaan domestik sahaja.

13. Atau tidak bolehkah digunakan sebahagian pulau-pulau di Malaysia dibangunkan untuk ternakan babi berpusat. Ini lebih baik daripada pulau-pulau yang terbiar tidak dibangunkan ini diambil orang seperti yang terjadi kepada Pulau Batu Putih!

14. Apakah penternakan babi menyumbang begitu besar kepada KDNK dan ekonomi negara sehingga ianya tidak boleh diharamkan langsung?

15 Apakah dengan pengharaman ternakan babi ekonomi negara akan merudum dan banyak yang akan mengganggur? Banyak sangatkah rakyat Malaysia yang menternak babi?

16. Begitu besarkah sumbangan ternakan babi kepada ekonomi negara???

17. Apa pulak gunanya slogan 1 MALAYSIA jika hanya kepentingan perut satu puak minoriti sahaja dipertahankan manakala rintihan puak majorti diketepikan.

18. Apakah wajar kita membiarkan ekologi dan alam sekitar negara tercemar dan hancur hanya disebabkan ingin menjaga hati satu puak minoriti?


KENAPA KERAJAAN MALAYSIA SEPERTI PENGECUT?

APA YANG SANGAT DITAKUTKAN?

BERKUASA SANGATKAH TAUKEH-TAUKEH BABI DI MALAYSIA?

ATAU WANG RASUAH HASIL DUIT BABI JADI REBUTAN?

APA KATA PEMIMPIN AGAMA DAN MASYARAKAT?

APA PULA KATA PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM?

APA KATA RAJA-RAJA MELAYU?

APA KATA ULAMAK UMNO?

APA KATA ULAMAK PAS?

ATAU SEMUA ULAMAK DI MALAYSIA HANYA ULAMAK NASI LEMAK?

APAKAH ULAMAK DI MALAYSIA HANYA BERTOPENGKAN GELARAN¬† “TUAN GURU”,¬† “MURSYIDUL”, “SAHIBUL SAMAAH”, “USTAZ” DAN LAIN-LAIN GELARAN KARUT-MARUT YANG LAIN TAPI TAKUT UNTUK MENGATAKAN YANG BENAR DAN HAK KERANA TAKUT KEHILANGAN PENGARUH POLITIK DAN JAWATAN?


ALLAH sedang memberikan petunjukNYA untuk kita berfikir.

PEMBELA.