AMARAN BUAT ANWAR

Anwar Ibrahim dengan BANGANGNYA mencadangkan Si Penjenayah Perang Sial – Chin Peng diberikan keampunan dan dibenarkan pulang ke Malaysia.

Anwar Ibrahim sanggup mempermain dan memesongkan pemikiran Kaum Melayu – kaumnya sendiri semata-mata ingin memenuhi nafsunya hendak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Anwar Ibrahim sebagai rakyat Pulau Pinang perlu sedar Pulau Pinang adalah Singapura Ke-2 dalam pembikinan dengan nama barunya nanti Penang.

Anwar Ibrahim sanggup menghiris perasaan Para Pejuang dan Pahlawan Negara semata-mata ingin mendapatkan sokongan orang bukan Melayu di Malaysia terutamanya Kaum Cina dan bangsa-bangsa asing lain diseluruh dunia.

Anwar Ibrahim mesti memohon maaf kepada SEMUA ahli keluarga Pahlawan Negara yang telah terkorban dan semua anggota keselamatan yang telah berjuang membebaskan Malaysia dari Komunis yang diketuai Chin Peng – Si Penjenayah Perang Sial.

JIKA TIDAK???….Anwar Ibrahim adalah Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara!!!

PERISTIWA BERDARAH BUKIT KEPONG

PERISTIWA BERDARAH BUKIT KEPONG

PAHLAWAN YANG TERKORBAN

Anggota Polis

1. Sarjan Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)

2. Koperal Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)

3. Lans Koperal Jidin Omar

4. Konstabel Hassan Osman

5. Konstabel Hamzah Ahmad

6. Konstabel Jaafar Hassan

7. Konstabel Muhamad Jaafar

8. Konstabel Marin Ibrahim Adam

9. Konstabel Abu Mohd Ali

10. Konstabel Abu Kadir Jusoh

11. Konstabel Marin Awang Ali

12. Konstabel Marin Basiron Adam

13. Konstabel Tambahan Mohd Top Lazim

14. Konstabel Tambahan Jaafar Arshad

Polis Bantuan

1. AP Samad Yatim

2. AP Mahmood Saat

3. AP Ali Akop

4. AP Othman Yahya

Keluarga Anggota

1. Allahyarhammah Fatimah Yaaba – isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud

2. Hassan Abu Bakar – anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud

3. Allahyarhammah Saadiah – isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali

4. Allahyarhammah Simah Abu – anak kepada Konstabal Abu Mohd Ali

Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis

1. AP Redzuan Alias

2. Embong Lazim

3. Mendiang Koh Ah Cheng

Makam Pahlawan Melayu Bukit Kepong

Makam Pahlawan Melayu Bukit Kepong

RINGKASAN SEJARAH

Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun .

Pi hak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan.

Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.

Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.

14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

DENDAM KE ATAS CHIN PENG MASIH MEMBARA!

JANGAN MAIN API!!!

JANGAN MENGUNDANG PADAH!!!

——————————————————————————–

Demi nyawa, darah dan airmata pahlawan yang telah gugur. Membujur lalu melintang patah. Biar putih tulang jangan putih mata!!!

Anwar Ibrahim jangan jadi Muhammad Indera!!!

PEMBELA

11 Responses to “AMARAN BUAT ANWAR”

  1. burn kipli Says:

    ye x ye la bro bagi la komen yang membena jgn
    la mencarut plak macam orang x bertamadun jer
    kata orang melayu beragama islam..

  2. sudin Says:

    Anwar memang cilaka…halau si pengkhianat ini dari bumi malaysia..selagi darah melayu mengalir dlm diri saya…saya akan pertahankan maruah bangsa kita…bersatu lah kita hendaknya…demi bangsa dan tanah air kita…

  3. Azman Bin Hamzah Says:

    Assalamualaikum Pembela,

    Kita asyik bercakap je, kena turun padang dan sedarkan orang melayu supaya bersatu.

    • PEMBELA Says:

      Waalaikumsalam En Azman,

      Terima kasih di atas ingatan tuan.

      Saya memang telah lama menggerakkan misi saya menyatukan umat melayu islam seagama. Mulakan langkah dengan orang-orang disekeliling kita dikalangan keluarga, saudara-mara, pekerja kita, rakan sekerja, rakan taulan dan masyarakat setempat. InsyaALLAH usaha tuan akan berjaya. Aidilfitri ini amatlah sesuai bagi mengeratkan lagi ukhwah sesama kita umat melayu islam semasa kunjung mengunjung dan beramah mesra.

      Sesungguhnya kita umat melayu islam semakin ketinggalan dalam semua bidang. Marilah saling ingat-mengingati dan bantu-membantu sesama kita. BERSATULAH BANGSAKU DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

      SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

  4. Azman Bin Hamzah Says:

    Assalamualaikum,

    Kita semua kena bangun dari tidur, kena turun
    padang dan buktikan kepada pengkhianat bangsa k

  5. khairi ali Says:

    Kenapa ‘jika tidak’? Sekarang ni, dia ikut aliran agama mana?; dia ikut bangsa mana?; dan dia ikut negara mana?

    Tentunya bukan aliran Sunnah Wal Jamaah negara; tentunya bukan bangsa Melayu; dan tentunya bukan negara Melayu.

    Tak perlu sangsi lagi!

  6. sheikhrumi Says:

    Assalamualaikum Pembela,

    Gerakkan segera bangsa Melayu sekarang juga!Saya masih ingat dan nampak dengan jelas parut di paha ayah yang ditembak komunis,ayah terselamat dalam pertempuran itu(kini sudah meninggal).Demi keselamatan bangsa, perhitungan harus dilakukan segera terhadap petualang.Masa memberi amaran sudah lama berakhir.Kini masa untuk bertindak.Aku rela ke neraka demi agama,bangsa dan tanahair tercinta ini.

    • banana Says:

      Bapak kau mati syahid kau plak dgn rela berkata rela masuk neraka demi bangsa, apakejadah bodoh nya kau? malang sungguh bapakmu mndpt anak sepertimu. Kalau akal panjang sejengkal, jgn bertarung ikut nafsu, berlawan bawak parang, bukan arang. Bodoh sengal! ingat neraka tu cam air suam2 kuku ke, baru tercucuh rokok sudah mengaduh. knp la abah kau dpt anak sesengal kau ni, kau xbelajar dari dia ke?

      • PEMBELA Says:

        Assalammualaikum Tuan,

        Berilah nasihat dengan ikhlas dan berhemah kepada sesama kita Umat Melayu Islam. Nescaya tuan akan beroleh ganjaran pahala dan kita Umat Melayu Islam Malaysia beroleh kejayaan.

        Semoga ALLAH sentiasa memberikan petunjuk dan melindungi kita semua Umat Melayu Islam Malaysia.

        Selamat berpuasa dan Hari Raya Aidil Fitri. Alfatihah….Amin.

        PEMBELA

      • khairi ali Says:

        Alahai banana, bukan itu maksudnya. Neraka itu ialah ‘neraka’, bukannya neraka akhirat tu. Maknanya dia sanggup rintangi apa saja.

        Salam

  7. mil Says:

    satu blog yang bagus.
    saya suka pada ruang iklan utk melayu / islam.

    satukan malaysia supaya menjadi negara islam, diterajui oleh orang melayu yang mantap!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: