MALAY DILEMMA – 2ND EDITION (Part 2)

Penulisan ini telah disiarkan dalam blog ini pada 17/09/2008. Disiarkan semula untuk penilaian.

PEMBELA

__________________________________________________________________


ORANG MELAYU DAN KERAJAAN

1. Kebanyakkan bijak pandai Melayu lebih suka memilih makan gaji dengan sektor kerajaan atau awam.

2. Ada pula mengejar kerja-kerja dengan GLC (yang sebenarnya juga adalah milik kerajaan).

3. Sebahagian yang lain memilih bidang akademik dengan berkampung di universiti awam atau pusat-pusat penyelidikkan awam sampai pencen.

4. Sebahagian besarnya pula mengejar tempat dalam politik yang mana juga akan berakhir di sektor awam samada menjadi menteri, setiausaha parlimen, pengarah-pengarah atau pengurus GLC, PBT dan sebagainya yang berkaitan dengan kerajaan.

5. Tak cukup dengan itu mereka meminta atau diminta perkhidmatan disambung lagi secara kontrak!

6. Selepas tamat perkhidmatan atau pencen mereka samada lebih suka menghabiskan masa tua mereka untuk beribadat atau beramal sebagai bekalan akhirat. Lagipun apa nak difikirkan lagi. Pencenkan ada.

7. Sebahagian yang lain pula mencuba nasib dalam politik menjadi YB yang sebenarnya akan membuka laluan untuk mereka masuk semula ke dalam kerajaan!

8. Bukan untuk menyanggah. Tetapi putaran kehidupan yang membelenggu kehidupan orang Melayu ini perlu diubah sebelum ianya menjadi satu budaya kekal.

9. Memanglah tidak adil untuk menutup peluang bijak pandai Melayu yang cemerlang ini dari berebut-rebut dan bersesak-sesak memasuki sektor awam.

10. Tetapi menempatkan hampir keseluruhan Melayu cemerlang dalam sektor awam menyebabkan Melayu cemerlang disektor swasta boleh dibilang dengan jari.

11. Akibatnya terlalu sedikit orang Melayu yang benar-benar maju dalam apa bidang ekonomi pun tanpa ada kaitan atau bergantung kepada kerajaan.

12. Memang ada usaha kerajaan cuba memberikan insentif dalam bentuk pinjaman atau geran kepada graduan-graduan muda terutamanya Melayu.

13. Tetapi malangnya hasilnya amat mendukacitakan. Difahamkan insentif yang ditawarkan juga tidak mendapat sambutan.

14. Kalau adapun graduan yang menyahut cabaran peratus kejayaannya amat kecil. Lebih ramai yang gagal dan akhirnya terpaksa cari kerja makan gaji dan sudah tentu sektor awam menjadi pilihan utama.

15. Menteri, pemimpin politik dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan mula menyelar graduan-graduan ini mengatakan mereka tidak cukup berusaha, pemalas, memilih kerja dan sebagainya.

16. Tetapi tidak terfikirkah mereka graduan-graduan ini amat mentah di dalam mengharungi dunia luar yang begitu mencabar.

17. Tidak terfikirkah macamana graduan ini nak mengharungi kehidupan mereka dalam mereka tiada punca pendapatan lain dan bergantung 100% pada perusahaan atau perniagaan mereka.

18. Bahkan untuk memperolehi pinjaman tambahan amat sukar kerana graduan baru ini tidak mempunyai pendapatan tetap dan perniagaan mereka masih baru dan belum menunjukkan keuntungan yang boleh diterima oleh bank atau institusi kewangan.

19. Itu belum termasuk keyakinan pelanggan, permintaan pasaran dan sebagainya.

20. Disamping itu graduan-graduan ini juga ada kehidupan peribadi mereka sendiri. Mereka ingin juga berumah tangga, berkahwin dan mempunyai keluarga.

21. Tidak terfikirkah mereka (Menteri, pemimpin politik dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan) sesebuah perniagaan baru memerlukan purata 3 tahun untuk stabil. Itupun belum tentu! Bagaimana kalau tempoh yang lebih lama diperlukan. Bagaimana graduan ini hendak teruskan kehidupan meereka?

22. Itu tidak termasuk faktor-faktor ekonomi luar yang mempengaruhi perniagaan mereka seperti kos operasi yang tidak stabil dipengaruhi contohnya faktor kos seperti minyak yang tidak menentu. Keadaan pasaran yang tidak menentu. Perubahan dalam kepenggunaan dan seribu macam faktor lain!

23. Kenapa menteri-menteri, pemimpin-pimimpin, pegawai-pegawai tinggi, pengarah-pengarah yang hanya pandai mengutuk para graduan ini sendiri keluar dari kepompong kerajaan mereka dan mengahadapi dunia luar sendiri kalau mereka benar-benar pandai?

24. Sebenarnya mereka juga takut dan tidak mampu seperti graduan itu juga. Mereka (orang-orang kerajaan ) ini juga tidak jauh bezanya dengan graduan tersebut dari segi kemahiran dan semangat dalam menempuh realiti dunia luar iaitu dunia perniagaan. Mereka amat kerdil dan lemah seperti graduan itu sendiri!

25. Yang mereka pandai marah-marah, mengeluh, mengarah dan bercakap. Macam tin kosong. Isinya tiada!

26. Tempoh perkhidmatan dengan sektor awam pula terlalu panjang sehingga orang-orang tua yang tidak lagi produktif samada terpaksa atau dipaksa terus bekerja.

27. Lebih teruk lagi ada yang masih meminta-meminta untuk terus bekerja dengan kerajaan walaupun tidak mampu lagi menyumbang apa-apa tetapi menjadi beban pula kepada kerajaan.

28. Apabila menteri-menteri, pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan ini pencen mereka tidak lagi produktif sebab faktor usia.

29. Ini merupakan satu pembaziran ketara dalam mengeksploitasi intelektual dan professional Melayu meningkatkan taraf ekonomi Melayu itu sendiri.

30. Keadaan menjadi bertambah parah apabila semakin ramai bijak pandai Melayu hanya menjadi “Jaguh Kampung” iaitu amat cemerlang semasa di dalam sektor awam tetapi langsung tiada keupayaan dan akhirnya tewas dalam menempuhi dunia luar.

PENDEKKAN JANGKA MASA SERVIS DALAM KERAJAAN.

31. Tempoh servis atau perkhimatan dalam kerajaan mesti ditetapkan pada tempoh maksimum 18tahun atau pada usia mencapai 45tahun yang mana lebih dulu bagi semua kakitangan berijazah.

32. Bagi menteri pula tempoh perkhimatan dihadkan kepada maksimum dua penggal sahaja. Ini termasuk Perdana Menteri!

33. Pendeknya tempoh perkhidmatan orang Melayu dalam sektor awam adalah hanya merupakan tempoh latihan sahaja sebelum mereka menempuh cabaran sebenar di sektor swasta, di dunia luar, di dunia global!!!

34. Selepas tamat tempoh perkhidmatan menteri, pengarah atau pegawai tinggi kerajaan ini diberikan tanggungjawab untuk keluar membantu orang Melayu di luar sana.

35. Mereka akan diberikan bantuan sama seperti skim yang diberikan kepada graduan-graduan yang baru tamat belajar atau lebih daripada itu kerana mereka ini orang-orang yang sepatutnya lebih bepengalaman dan peratus kejayaan sepatutnya lebih tinggi!

36. Mereka ini sepatutnya lebih berkeyakinan dan berpengalaman dalam membangunkan perniagaan-perniagaan atau perusahaan-perusahaan baru berdasarkan pengalaman, pengaruh dan kenalan-kenalan mereka semasa menjawat jawatan awam dalam kerajaan

37. Mereka juga tak perlu gusar tiada pendapatan tetap kerana mereka ada pencen yang akan membantu mereka sekiranya perniagaan mereka lambat mencapai kemajuaan atau gagal dan terpaksa dibangunkan semula.

38. Mereka juga tak perlu risau dari segi kos perubatan kerana sebagai seorang yang pencen kerajaan, kos perubatan mereka ditanggung sepenuhnya oleh hospital kerajaan. Bukan mereka sahaja bahkan keseluruhan ahli keluarga mereka!

39. Jadi mereka ini tidak mempunyai sebab untuk mengelak daripada tanggungjawab untuk membantu bangsa Melayu mereka!

PENGANGGURAN DI KALANGAN GRADUAN MELAYU DIKURANGKAN (DI HAPUSKAN?)

40. Apabila tempoh perkhidmatan dalam kerajaan dipendekkan dengan sendirinya akan wujud peluang-peluang kerja yang tinggi dalam sektor awam

41. Dengan sendirinya pengganguran di kalangan graduan Melayu akan berkurang.

42. Ditambah lagi peluang-peluang pekerjaan dalam sektor swasta yang baru dibangunkan oleh menteri-menteri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang pencen tadi.

43. Pengangguran graduan akan berada di tahap minimum. Taraf hidup orang Melayu juga akan meningkat dan seterunya meningkat kuasa beli orang Melayu.

44. Apabila kuasa beli orang Melayu meningkat maka dengan sendiri perniagan orang Mrlayu akan meningkat!

45. Gejala rasuah dalam sektor awam juga akan dapat dikurangkan. Kerana mengikut kajian rasuah selalunya dilakukan mereka yang telah lama berkhidmat dalam sektor awam. Orang baru samada takut atau tak tahu macamana nak makan rasuah.

46. Pegawai kerajaan pula akan terdiri daripada golongan muda yang sentiasa bertenaga dan mampu melaksanakan tanggungjawab dengan pantas dan bekesan.

47. Pekhidmatan sektor awam akan lebih dinamik dengan tenaga muda yang agresif dan bersemangat untuk turun padang melaksanakan tanggungjawab mereka.

48. Jadi tidaklah pegawai-pegawai yang dah tua dan nak pencen yang dah malas nak bergerak kena pergi turun padang !

49. Kaunter-kaunter perkhimatan kerajaan juga akan diisi oleh gadis-gadis muda dan manis yang sedap mata memandang. Bukannya makcik-makcik atau mungkin nenek-nenek yang dah nak pencen yang kadang-kadang nak bertanya pun kita takut!!!

BOLEHKAH KITA?

50. Umat Melayu adalah bangsa yang paling dinamik yang sentiasa menerima perubahan dengan hati yang terbuka

51. Bangsa Melayu terkenal sebagai bangsa yang paling toleran dan pemaaf dengan pemuafakatan yang kuat sesama kaum dan agama.

52. Agama ISLAM juga mewajibkan kita umatnya melakukan hijrah (perubahan) daripada tidak baik kepada baik dan daripada baik kepada yang lebih baik.

53. Kesimpulan hijrah perubahan) ini memang BOLEH dilakukan dengan KADAR SEGERA!!!

MARILAH SAHABATKU UMAT MELAYU ISLAM KITA MELAKUKAN HIJRAH (PERUBAHAN)

HIJRAH DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

MASA BERLALU BEGITU PANTAS DAN KITA UMAT MELAYU ISLAM AKAN KETINGGALAN KALAU MASIH TIDAK MAHU BERUBAH!!!

“SESUNGGUHNYA KAMI (ALLAH) TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SATU KAUM ITU (DALAM KONTEKS INI UMAT MELAYU ISLAM) JIKA KAUM ITU SENDIRI TIDAK MAHU MENGUBAH NASIB MEREKA SENDRI”

ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA!!!

2 Responses to “MALAY DILEMMA – 2ND EDITION (Part 2)”

  1. Patricia Says:

    Thanks for writing this.

  2. AloQStaQ Says:

    Salam Berani Berubah!

    Semoga dengan keberambusan AbDolah akan mengembalikan kekuatan parti kita! InsyaAllah! … JOM KITA KEMBALIKAN MARUAH UMNO! ….

    AloQStaQ
    http://AloQStaQBlog.blogspot.com
    http://www.MyKMUtara.net
    http://www.Dare2Change.net

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: