MALAY DILEMMA – 2ND EDITION (Part 1)

Penulisan ini telah disiarkan dalam blog ini pada 17/09/2008. Disiarkan semula untuk penilaian.

PEMBELA

______________________________________________________

(DEDICATED TO: YANG AMAT DIKASIHI DAN DIKAGUMI TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMED)

PANDANGAN TIPIKAL KENAPA ORANG MELAYU MASIH MUNDUR.

1. Orang Melayu Pemalas?

2. Orang Melayu Suka Membazir?

3. Orang Melayu hanya suka berhibur dan membuang masa?

4. Orang Melayu mudah berpuashati?

5. Orang Melayu mudah lupa?

6. Orang Melayu hanya suka berpolitik?

7. Orang Melayu rasis?

8. Dan bermacam-macam lagi tanggapan negatif ke atas Orang Melayu sebab dan punca Melayu masih lemah dan mundur.

9. Orang Melayu masih mundur? Jawapannya TIDAK! Kalau orang melayu masih mundur mereka tidak akan berusaha menghantar anak mereka belajar menimba ilmu untuk memperbaiki taraf hidup mereka. Mereka tidak akan berusaha memajukan diri mereka. Bukankah buktinya semakin ramai professional di kalangan Melayu. Begitu juga professor, sarjana dan graduan di kalangan Melayu. Dan bilangan ini semakin bertambah dari masa kesemasa. Banyak lagi boleh dibuktikan berada di depan mata!

10. Orang Melayu Pemalas? Jawapannya TIDAK! Bukankah majoriti orang Melayu bekerja makan gaji di peringkat bawahan di sektor swasta dan kerajaan. Bukankah kebanyakkan pekerja operator kilang, buruh dan lain-lain pekerja bawahan terdiri daripada orang Melayu? Bukankah pasukan-pasukan keselamatan berpangkat rendah terdiri daripada majoriti Melayu. Jika mereka pemalas produktiviti negara akan menurun. Kestabilan negara pun akan terjejas. Keselamatan negara akan terancam. Pendapatan swasta juga sudah tentu menurun. Tapi ini tidak berlaku! Kenapa? Sebab majoriti orang Melayu TIDAK PEMALAS. Majoriti Orang Melayu berdedikasi dan komited melaksanakan kerja mereka!

11. Kesimpulannya semua tanggapan negatif ke atas Orang Melayu tidak benar sama sekali! Memang terdapat segelintir Orang Melayu yang bersifat begitu. Tetapi bukan semua! Majoriti orang Melayu sedang berusaha memajukan diri dan keluarga masing-masing dan seterusnya membangunkan bangsa Melayu itu sendiri.

12. Majoriti orang Melayu sedang berusaha memperbaiki taraf mereka untuk keluar dari terus dianggap bangsa yang mundur.

13. Bukankan keadaan yang sama juga terdapat pada bangsa-bangsa lain di Malaysia dan di seluruh dunia. Apakah tiada orang-orang Cina atau India atau orang-orang barat atau bangsa maju lain di dunia yang mempunyai sifat-sifat negatif seperti yang dilemparkan keatas orang Melayu? Apakah dikalangan mereka juga tiada yang pemalas, ingin cepat kaya, suka membazir, rasis dan sebagainya?

14. Mungkin ada di antara Melayu yang mudah lupa seperti yang diluahkan oleh Yang Amat Dikasihi Tun Dr Mahathir. Tetapi yang dimaksudkan oleh TDM bukanlah majoriti Melayu. Yang dimaksudkan TDM ialah segelintir orang Melayu yang telah diberikan kuasa dan peluang untuk mereka menjadi kaya, maju dan berjaya bertujuan supaya mereka boleh membantu majoriti bangsa Melayu lain keluar dari kemunduran. Tetapi Melayu jenis ini mudah lupa! Mereka lupa pada asal-usul mereka. Mereka lupa tanggungjawab kepada bangsa mereka!!!

MASA

15. Apa yang orang Melayu perlukan sebenarnya adalah MASA.

16. Orang Melayu memerlukan MASA untuk terus memperbaiki taraf hidup mereka.

17. Orang Melayu perlukan MASA untuk memperbetulkan kelemahan mereka.

18. Orang Melayu memerlukan MASA untuk membina tamadun mereka.

19. Orang Melayu perlukan MASA untuk terus melahirkan lebih ramai professional, sarjana, saintis,ahli perniagaan, korporat dikalangan mereka.

20. Orang Melayu memerlukan MASA untuk mematangkan diri mereka dalam berpolitik, mentadbir negara dan menghadapi cabaran politik dan ekonomi global.

21. Orang Melayu perlukan MASA untuk mempelajari dan menguasai bidang-bidang ekonomi dan perniagaan.

22. Orang Melayu memerlukan MASA untuk menjadi bangsa yang maju.

23. Orang Melayu memerlukan MASA untuk menafsirkan dan meterjemahkan ISLAM sebagai asas pembinaan tamadun bukannya digunakan untuk tujuan meraih kepentingan sendiri atau dijadikan komoditi politik semata-mata seperti yang berlaku sekarang.

24. MASA yang dimaksudkan adalah satu jangka waktu yang mana semua keistmewaan dan bantuan kepada orang Melayu seperti yang ada sekarang terus dikekalkan sehingga Orang Melayu telah benar-benar mencapai matlamat menjadi bangsa maju setaraf dengan bangsa-bangsa lain sepert Cina, India, Yahudi dan Eropah.

25. Tetapi MASA yang diperlukan oleh Orang Melayu samada:-
a) MASA yang Telah Dirampas .
b) MASA yang Tidak Mahu Diberikan
c) MASA yang tidak dapat diterima oleh “Pejuang” Melayu .
d) MASA yang dibazirkan oleh “Pemimpin” Melayu

MASA YANG TELAH DIRAMPAS

26. Masa Orang Melayu telah dirampas oleh Penjajah beratus tahun
lamanya.

27. Orang Melayu kehilangan hak dan maruah sebagai tuan di Tanah Melayu sendiri. Jati diri mereka telah luntur, terhakis dan lemah setelah dikongkong dengan sistem penjajahan berabad lamanya.

28. Bangsa Melayu yang sebelum itu terkenal sebagai saudagar, pedagang,pahlawan dan penakluk telah berjaya “dibentuk” oleh penjajah menjadi hanya sebagai petani yang miskin dan hanya pandai meminta-minta dari tuannya (penjajah) dan hampir hilang maruah dan harga diri secara total!.

29. Tetapi ALLAH MAHA BESAR. DIA membuka pintu hati dikalangan Bangsa Melayu itu sendiri bahawa mereka sebenarnya adalah bangsa bermaruah. Orang Melayu bangkit merampas semula MASA yang amat berharga yang telah dikuasai penjajah berabad lamanya.

MASA YANG TIDAK MAHU DIBERIKAN

30. Bangsa-bangsa lain yang telah lama maju seperti Cina dan India di dalam Malaysia seperti tidak mahu memberikan lagi MASA kepada Bangsa Melayu.

31. Bangsa –bangsa maju lain di luar Malaysia seperti Eropah (termasuk US, Australia dan lain-lain yang merupakan susur galur berasal dari bangsa Eropah) juga tidak mahu memberikan MASA itu.

32. Mungkinkah mereka takut jika Bangsa Melayu terus diberikan MASA akan menjadi bangsa yang maju dan sukar untuk dikawal dan seterusya menjejaskan kepentingan-kepentigan mereka?

33. Mungkinkah juga mereka khuatir Bangsa Melayu yang maju akan mengambil tempat mereka?

34.Mungkingkah mereka mahu Bangsa Melayu terus mundur supaya mudah mereka mengambil kesempatan dan kepentingan mereka terus terjamin?

35. Bagi yang anti ISLAM mungkinkah mereka tidak mahu Bangsa Melayu maju kerana khuathir menjadi pendorong atau pencetus semangat kebangkitan ISLAM. Mungkinkah……?

MASA YANG TIDAK DAPAT DITERIMA OLEH PEJUANG MELAYU.

36. Seperti dalam posting saya sebelum ini Pejuang berbeza dengan Pemimpin. ( Lihat posting saya sebelum ini untuk memahami perbezaan diantara kedua ini karektor ini).

37. Seorang Pejuang sememangnya memperjuangkan matlamat yang suci dan terpuji. Tetapi semua Pejuang terbatas dari segi usia dan MASA.

38. Saya ambil contoh seorang Pejuang yang masih hidup seperti Tun Dr Mahathir sendiri.

39. Perjuangan Tun masih belum selesai. Dan ianya mungkin tidak akan selesai untuk 10 atau 20 tahun lagi. Atau mungkin 50 atau 100 tahun lagi. Jika itu MASA yang Bangsa Melayu perlukan untuk menjadi bangsa yang maju!

40. Tetapi Pejuang seperti Tun dibatasi usia dan MASA. Tun takkan hidup selamanya untuk dapat melihat Bangsa Melayu menjadi bangsa yang maju.

41. Sebab itu Tun tidak dapat menerima pemimpin kerajaan sekarang yang bagi beliau membazirkan masa dengan membiarkan pembanguan tamadun bangsa Melayu terhenti dan kaku. Lebih buruk lagi menuju ke belakang!

42. Jadi dengan MASA (usia) yang Tun rasakan semakin terbatas ini beliau tidak dapat menerima pemimpin-pemimpin melayu yang beliau lihat dan rasakan terus membazirkan MASA.

43. Tun tidak dapat terima pemimpin-pemimpin yang membatalkan projek-projek pembangunan atau perancangan-perancangan yang telah dirancang kerana banyak MASA dan WANG yang telah banyak digunakan sebelum ini untuk merancang pembangunan projek itu telah dibazirkan.

44. Tun bangkit mengkritik dan akhir-akhir ini mengutuk pemimpin-pemimpin kerajaan sekarang yang beliau lihat telah mensia-siakan MASA yang semakin suntuk kepada Bangsa Melayu dan dirinya sendiri yang semakin dimakan usia.

45. Sebagai Pejuang Tun ingin melihat apa yang diperjuangkan membuahkan hasil. Atau setidak-tidaknya sedang bergerak kearah itu. Tetapi bagi beliau apa nampak yang sedang berlaku sekarang terjadi sebalikya!

46. Tetapi malang pemimpin sekarang meminggirkan Pejuang Negara seperti Tun.

47. Apa sepatutnya mereka lakukan ialah meneruskan perjuangan Tun dan terus mendengar nasihat, keluhan dan teguran Tun secara positif.

48. Sepatutnya kritikan-kritikan Tun diambil dan dijadikan azimat dan pembakar semangat. Tetapi keadaan ini tidak berlaku!!!

MASA YANG DIBAZIRKAN PEMIMPIN MELAYU.

49. Mungkin pemimpin melayu tidak akan mengaku atau menerima hakikat kebanyakkan dari mereka sekarang hanya membazirkan masa sahaja.

50. Tetapi jika dilihat tahap pencapaian Bangsa Melayu dalam semua bidang sekarang yang masih ditakuk lama dan dilihat semakin ke kebelakang menjustifikasi pembaziran MASA ini.

51. Ada pemimpin Melayu membazirkan MASA mementingkan diri sendiri dan hanya mengumpulkan kekayaan keluarga, anak dan menantu daripada memikirkan survival bangsa mereka.

52. Ada Pemimpin Melayu membazirkan MASA dengan menjadi ego dan sombong hingga lupa kepada tanggungjawab kepada bangsa mereka sendiri. Mereka malah memperkecilkan atau tidak percaya kepada kemampuan bangsa mereka sendiri!

53. Ada pemimpin yang membazirkan masa menjadi pak turut, pengampu dan pembodek semata-mata ingin terus kekal popular kepada pucuk pimpinan dan terus berkuasa.

54. Ada pemimpin Melayu yang membazikian MASA untuk terus berkuasa sedang hakikatnya diri sendiri tidak berupaya mengubah atau menyumbang lagi kepada pembangunan bangsa sendiri.

55. Ada pemimpin masih mengangap dirinya masih dikehendaki tapi hakikatnya Bangsa Melayu telah menolak kepimpinannya.

56. Ada pemimpin Melayu yang terus membazirkan MASA memainkan perasaan orang Melayu untuk kekal berkuasa.

57. Ada pula pemimpin melayu cuba menggadaikan MASA yang sepatutnya terus diberikan kepada orang Melayu semata-mata untuk mendapat sokongan daripada bangsa-bangsa minoriti lain untuk merampas kuasa pada 16 September 2008!!!!

LANGKAH SEGERA YANG PATUT BANGSA MELAYU LAKUKAN

58. Pada Disember ini akan ada satu perhimpunan terbesar di kalangan pemimpin-pemimpin Bangsa Melayu seluruh Negara iaitu Perhimpunan Agung Umno.

59. Inilah platform dan masa terbaik untuk Orang Melayu untuk muhasabah diri dan kembali semula ke landasan perjuang asal iaitu “Perjuangan Yang Belum Selesai”. Perjuangan untuk memartabatkan Bangsa Melayu menjadi Bangsa Maju menjelang Wawasan 2020.

60. Kepada pemimpin yang dilihat membazirkan MASA hendaklah meletakkan jawatan atau disingkirkan terus tanpa rasa ragu-ragu dan bimbang.

I) Melayu mesti bersatu!!! Kesatuan Bangsa Melayu melayu mesti diperkasakan semula untuk meneruskan“Perjuangan Yang Belum Selesai!!!

II) Melayu pasti akan bangkit semula bergerak pantas membina tamadun bangsanya kerana MASA berlalu sangatpantas

III) MASA itu pula telah banyak dirampas dan dibazirkan dan sekarang semakin berani dipersoalkan oleh bangsa-bangsa lain.

IV) Melayu pasti bangkit semula demi Agama, Bangsa dan Tanahair (alif’ ba’ ta’)

PROTECT OUR MALAY SUPREMACY!!!

WE NEED MORE TIME!!!

OUR TIME IS OUR OWN DECISION!!!

NOBODY CAN QUESTION ABOUT THIS!!!

MALAYSIA IS TANAH MELAYU

MALAYSIA IS OUR LAND!!!

MALAYSIA IS OUR BLOOD AND SOUL!!!

DI ATAS NAMA PAHLAWAN DAN PEJUANG MELAYU YANG TELAH GUGUR KAMI AKAN TERUS MEMPERTAHAN BUMI TERCINTA INI DAN KEDAULATAN BANGSA MELAYU HINGGA KE AKHIR ZAMAN.

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

“DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA (TERUTAMANYA UMAT MELAYU ISLAM SEKARANG) SENTIASA BERADA DI DALAM KERUGIAN”

ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!

Ya ALLAH berikanlah petunjukmu. Al-Fatihah…. Amin

PEMBELA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: