REVOLUSI MELAYU: Asas Revolusi Melayu

ASAS UTAMA dalam kejayaan mencetuskan REVOLUSI MELAYU adalah:-

I. AGAMA ISLAM.

II. ADAT DAN BUDAYA MELAYU.


AGAMA ISLAM

1. Semua orang Melayu beragama ISLAM adalah BERSAUDARA dan wajib membantu antara satu sama lain contohnya:-

a)MEMBANTU perniagaan atau perusahaan sesama Melayu dengan mengutamakan berbelanja di kedai atau perusahaan kepunyaan orang Melayu terlebih dahulu.

b)MENGUTAMAKAN MEMBELI BARANGAN BUATAN MELAYU supaya perniagaan usahawan Melayu terus maju dan berkembang dan kekayaan dikalangan orang Melayu bertambah.

c)Bagi Melayu yang kaya akan MENDERMA pembinaan sekolah, masjid, dewan orang ramai, kompleks sukan, kompleks kedai dengan sewa murah, kompleks seni budaya, taman asuhan kanak-kanak dan sebagainya.

d)Sentiasa bersedia MENOLONG saudara sebangsa dan seagama yang dalam kesusahan atau yang memerlukan pertolongan dengan niat yang suci dan ikhlas.

2. ISLAM mengajar orang Melayu perkara BAIK & BURUK / PAHALA & DOSA / HARAM & HALAL, antaranya supaya:-

a)MEMBEZAKAN perbuatan buruk(dosa/haram) dan perbuatan baik(pahala/halal).

b)MEGHAPUSKAN hasad-dengki (dosa/haram) dan saling sayang-menyayangi dan menghormati sesama Melayu dan manusia.(pahala/halal).

c)MEMILIH pemimpin dikalangan Melayu yang jujur, bijak, suka membuat baik dan beramal (pahala/halal) bukannya pemimpin yang suka makan rasuah, bodoh, bangang, pak turut dan buruk (dosa/haram).

d)MEMBELI barangan buatan Melayu sahaja yang dijamin HALAL (baik/pahala) dengan niat membantu usahawan dan peniaga Melayu untuk terus maju dan berkembang (baik/pahala).

e)MENDIDIK peniaga dan usahawan Melayu supaya JUJUR dengan sentiasa memberikan yang TERBAIK(pahala/halal) kepada SEMUA PELANGGAN samada dari segi mutu harga dan servis/layanan dan sebagainya

3.BANYAK LAGI ketinggian ilmu dalam Agama Islam yang akan membawa kebaikan dan kejayaan kepada bangsa Melayu jika dihayati dan diamalkan dengan tertib dan sempurna.

4. KESIMPULAN:- ISLAM adalah satu agama yang LENGKAP yang mencakupi keseluruhan bidang kehidupan manusia termasuk sosio ekonomi, perniagaan, sains, politik dan lain-lain yang sepatutnya menjadi asas kepada REVOUSI MELAYU!!!


ADAT DAN BUDAYA MELAYU

1. Adat dan budaya adalah asas kepada JATI DIRI bangsa Melayu.

2. Adalah TIDAK BENAR dan AMAT BODOH sama sekali pandangan bahawa adat dan budaya menyebabkan Melayu mundur. Tetapi yang peliknya ada dikalangan Melayu sendiri yang mengaku bijak pandai (TAPI BANGANG SEBENARNYA) mengatakan Melayu akan mundur bila dikongkong adat. Katakan kepada mereka yang cerdik tapi BANGANG ini bahawa orang Melayu hanya MENGAMALKAN adat dan budaya mereka BUKANNYA DIKONGKONG oleh adat dan budaya. Orang Melayu SEBENARNYA yang MENGAWAL adat dan budaya itu BUKANNYA DIKAWAL oleh adat dan budaya!

3. Sebaliknya adat dan budaya akan menjadikan orang Melayu lebih mengenali JATI DIRI bangsanya dan meyemarakkan semangat KEKITAAN yang amat kuat untuk BERSATU mengangkat martabat dan mengeluarkan bangsa dari kemunduran dan kedaifan.

4. Contohnya amalan GOTONG-ROYONG di dalam adat perkahwinan Melayu mencetuskan semangat tolong-menolong, saling menghormati, sopan-santun, dan KEHALUSAN BUDI yang amat tinggi yang tiada tolok bandingnya di dunia ini.

5. Adat dan budaya Melayu yang KAYA juga merupakan asas kepada fesyen, sukan, tarian, masakan, kuih-muih, ulam-ulaman, perubatan herba, nyanyian, lakonan, kraftangan dan banyak lagi khazanah dan karya agung yang amat unik, warna-marni dan indah serta amat dikagumi oleh seluruh dunia.

6. Contohnya SUKAN SEPAK RAGA Melayu menjadi asas kepada permainan SEPAK TAKRAW yang kini telah bertaraf dunia.

7. SILAT MELAYU juga telah dipertandingkan hingga ke taraf dunia. Malangnya di dalam majlis keramaian Melayu pertunjukkan silat hampir pupus. Jika orang Cina dengan Tarian Naga/Singa sering dimainkan ketika Tahun Baru atau pembukaan kedai mereka, kenapa SILAT MELAYU tidak boleh dipersembahkan ketika Hari Raya atau pembukaan kedai orang Melayu? Salah di segi undang-undang ke? Berdosa ke? Kenapa tae-kwan-do dan karate begitu popular di ajar di sekolah tetapi SILAT MELAYU tidak?

8. FESYEN baju kurung melayu (lelaki/perempuan), kurung kedah, kebaya, songket, batik, cekak musang, teluk belanga dan lain-lain. Itu belum masuk lagi fesyen-fesyen suku kaum Melayu seperti Jawa, Minangkabau, Bugis, Pattani, Riau, Champa dan lain-lain yang masih banyak belum diterokai dan diketengahkan/digubah ke dalam dunia fesyen moden dan kontemporary lagi!!!

9. MASAKAN, KUIH-MUIH dan ULAMAN Melayu telah lama diterima dunia dan sekarang menjadi sajian di hotel-hotel bertaraf antarabangsa!!!!

10. BIOTEKNOLOGI? Orang Melayu telah mendahului bangsa lain di dunia dalam penemuan tapai! Mungkin lebih dulu dari orang Arab yang menemui keju!

11. UBATAN HERBA? Bangsa Melayu setanding atau mungkin lebih baik dari orang China dan India dalam perubatan herba!! Cuma orang Melayu masih belum menerokai sepenuhnya.

12. BANYAK lagi ketinggian, kehalusan dan kepelbagaian di dalam adat dan budaya Melayu yang akan membawa kepada penyatuan dan ketinggian tamadun Melayu.

13. KESIMPULAN: Adat dan Budaya Melayu yang TINGGI, KAYA, HALUS, BERHEMAH dan PELBAGAI adalah asas yang amat diperlukan oleh orang Melayu dalam membentuk JATI DIRI dan SEMANGAT KEKITAAN dalam memacu kejayaan REVOLUSI MELAYU!!!


RAMAI BERANGGAPAN ORANG BUKAN MELAYU MENJADI MAJU KERANA MEREKA TIDAK MENGAMAL ADAT DAN BUDAYA MEREKA…..BETUL KE????

SEBENARNYA ORANG BUKAN MELAYU AMAT BERPEGANG TEGUH DALAM MENGAMAL ADAT DAN BUDAYA MEREKA. SEBAB ITULAH JATI DIRI DAN SEMANGAT KEKITAAN MEREKA AMAT KUAT DIKALANGAN SESAMA MEREKA. DENGAN JATI DIRI DAN SEMANGAT KEKITAAN YANG KUAT INILAH MEREKA BERSATU MEMAJUKAN BANGSA MEREKA DI MALAYSIA DAN DI SELURUH DUNIA!

KITA BANGSA MELAYU MESTI BERPEGANG KUAT KEPADA AGAMA, ADAT DAN BUDAYA SEBAGAI ASAS KEPADA JATI DIRI DAN PENYATUAN BANGSA MELAYU UNTUK MEWUJUDKAN SEMANGAT PERSAUDARAAN DAN KEKITAAN YANG KUAT SEPERTI YANG DITUNTUT OLEH AGAMA, ADAT DAN BUDAYA KITA!!!

DENGAN PENYATUAN, JATI DIRI DAN SEMANGAT KEKITAAN YANG KUAT SAHAJALAH BANGSA MELAYU AKAN BANGKIT MENJADI BANGSA YANG MAJU DAN BERMARUAH!!!

AGAMA ISLAM, ADAT DAN BUDAYA MELAYU MESTI MENJADI ASAS KEPADA REVOLUSI MELAYU!!!

REVOLUSI MELAYU!!! REVOLUSI MELAYU!!! REVOLUSI MELAYU!!!

MALAY REVOLUTION!!! MALAY REVOLUTION!!! MALAY REVOLUTION!!!


Bangkitlah bangsaku.

Bangkitlah demi Agama, Bangsa dan Tanahair (Alif, Ba, Ta)

PEMBELA

2 Responses to “REVOLUSI MELAYU: Asas Revolusi Melayu”

  1. sheikhrumi Says:

    Assalamualaikum,

    Melalui blog Che Det saya bertemu dengan blog anda.Sekali sekala saya ada juga menghantar pandangan ke Che Det, tapi yang dihantar petang semalam tidak disiarkan dan ini adalah biasa pada saya kerana sebelum ini pun ada yang tidak disiarkan.Malah tulisan saya yang tidak disiarkan itu adalah yang paling pendek pernah dihantar ke Che Det, lebih kurang begini bunyinya:

    “menang jadi abu, kalah jadi arang”

    kepada semua bukan Melayu yang tidak sukakan Melayu, tolong keluar dari negara ini secara aman.Anda bebas ke tempat yang lebih baik dari Tanah Melayu ini.

    Walaupun tidak disiarkan tetapi Tun sebenarnya tetap memberi perhatian.Apabila membaca tulisan PEMBELA ianya menyamai semangat saya.Sungguh terharu membaca kisah Leftenan Adnan.Sepatutnya dibina billboard gergasi ke pintu masuk daerah Kajang dengan gambar Lt. Adnan terpampang megah.Sedang orang cina secara sengaja berani merobek dan melukai hati bangsa Melayu, kita masih tidur, tidak berani berbuat apa-apa,mana Pemuda UMNO?Saya tidak nampak pun usaha secara fizikal oleh mereka memperjuangkan bangsa, sedangkan di kedai-kedai buku penuh dengan tulisan yang mengagung-agungkan chin peng.Pengganas komunis sekarang sudah berada didalam Parlimen Malaysia.Demokrasi lembik ini akan merugikan bangsa Melayu.Kita bukan sahaja ketandusan Awang Bakar,Ghani Minhat,Mokhtar Dahari,Shukur Salleh,Isa dan Ali Bakar,malah Melayu sekarang teramat ketandusan Dato Bahaman,Mat Kilau,Dato Maharaja Lela, Rosli Dobi dan yang terakhir Tun Mahathir.Mereka ini amat diperlukan.

    PEMBELA seorang yang bersemangat dan rajin.Langkah seorang pejuang itu bermula dengan tidak ada pengikut.Saya ingin melihat anda mengumpul Melayu bersemangat seramai mungkin,apa kata 50 ribu orang sasaran?Terima Kasih.

    • PEMBELA Says:

      Terima kasih di atas komen dan sokongan tuan/puan. Semua Umat Islam adalah bersaudara. Air dicincang takkan putus. InsyaALLAH.

      Semoga seluruh Umat Melayu Islam Malaysia sentiasa diberikan petunjuk dan dilindungi Allah hingga akhir zaman.

      PEMBELA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: