KENAPA ORANG MELAYU MASIH MUNDUR DAN KETINGGALAN?

Posting ini telah disiarkan pada 6/1/2009. Disiarkan kembali untuk penilaian semula.

PEMBELA

———————————————————————————————–

PERSOALANNYA:-

1. Kenapa orang Melayu masih ketinggalan sedang kuasa pemerintahan berada ditangan orang Melayu selama ini?

2. Kenapa orang bukan-Melayu boleh maju dan semakin ke hadapan tetapi orang Melayu semakin ketinggalan di belakang walaupun dibantu? Betulkah orang Melayu benar-benar dibantu?

3. Tidakkah mungkin boleh pemimpin-pemimpin dan raja-raja Melayu mengubah keadaan ini dengan kuasa pemerintahan yang ada pada mereka selama ini? Apakah pemimpin dan raja Melayu terlampau takut kepada bukan Melayu? Kenapa harus takut kalau berkuasa?

4. Orang Melayu adalah penduduk yang paling ramai sepatutnya menjadi kuasa beli pengguna terbesar di negara ini. Tetapi kenapa peniagaan orang Melayu tiada sambutan dan terus muram? Apakah orang Melayu sendiri tidak membantu perniagaan bangsa mereka sendiri? Atau orang Melayu hanya memiliki kuasa beli pengguna yang kecil berbanding bukan Melayu?


DI MANA SILAP ORANG MELAYU?

1. Adakah agama Islam yang dianuti orang Melayu punca orang Melayu mundur?

2. Adakah adat dan budaya Melayu yang halus dan lembut punca orang Melayu lemah, mudah diperdaya dan ditindas?

3. Atau adakah sikap orang Melayu yang lemah lembut dan mudah bertolak-ansur punca orang Melayu mudah diambil kesempatan oleh bukan Melayu?

4. Atau adakah sikap orang Melayu yang patuh dan pemaaf suka diambil kesempatan oleh pemimpin Melayu sendiri menyebabkan orang Melayu terus ditekan supaya terus patuh tanpa membantah?


ORANG MELAYU SEPATUTNYA SUDAH LAMA MENJADI BANGSA YANG MAJU DENGAN NIKMAT KUASA DAN HARTA DI MALAYSIA YANG KAYA-RAYA YANG TELAH DIKURNIAKAN ALLAH SELAMA INI.

TAPI SEKARANG KUASA DAN HARTA SEMAKIN TERHAKIS SEDANGKAN ORANG MELAYU MASIH JAUH KETINGGALAN DAN SEMAKIN KEBELAKANG.

TIDAK HAIRANLAH SEKARANG ADA ORANG MELAYU SENDIRI MEMPERLEKEHKAN RAJA-RAJA, KESATUAN MELAYU(UMNO), KEPEMIMPINAN MELAYU, AGAMA ISLAM DAN KETUANAN MELAYU SENDIRI DAN MEREKA INI MENDAPAT SOKONGAN PADU TERUTAMA DARI BUKAN MELAYU!!!

ORANG MELAYU PERLUKAN SATU REVOLUSI UNTUK BERUBAH!!!

MALAY REVOLUTION!!! MALAY REVOLUTION!!! MALAY REVOLUTION!!!


Saya bukan rasis. Saya cuma sayangkan agama dan bangsa saya.

PEMBELA

4 Responses to “KENAPA ORANG MELAYU MASIH MUNDUR DAN KETINGGALAN?”

  1. anon Says:

    sebab melayu asyik ingin disuap.
    melayu malas beusaha,
    melayu tikam sesama sendiri,
    melayu kuat berdengki,
    melayu tidak membantu sesama sendiri,
    itulah melayu….
    asyik berdengki, salahkan orang bukan melayu,
    kita patut belajar dari mereka, macam mana nak berjaya,
    mereka tidak dibantu, mereka tidak disuap,
    hidup dalam keselesaan menyebabkan melayu lalai, revolusi melayu? revolusi diri diperlukan. tukar pemikiran, jangan asyik dengan semangat assabiah, hidup hormat menghormati sesama kaum, belajar dari yang pandai,…hidup susah, barulah dapat mengenal erti berjaya, bila berjaya fikirkan orang susah, tiada anak melayu india cina, hanya malaysia…bukankah kita patut bersatu?

  2. Pangait Says:

    Asyik nak kaya dengan NEP ja mana boleh maju? Dapat projek, jual dengan China, macam mana nak maju?
    Bapak kaya anak jadi rempt, macam mana nak maju?

  3. stickapoint Says:

    saya amat,amat,amat bersetuju dengan pandangan tuan.Anak melayu perlu BEREVOLUSI.

  4. Anonymous Says:

    salam pembela..

    selingan..
    just nak tanya, kenape komen tun tu kita x boleh nak entry pun..bila kita sign in ‘box’ untuk entry comment tu , box comment akan hilang…

    x mcm blog yang lama tu…
    kalau da suggest bley ke caprigee_06@yahoo.com

    tq…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: