PENGHORMATAN KEPADA BAPA-BAPA MALAYSIA

1. Tunku Abd Rahman: BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA


2. Tun Razak: BAPA PEMBANGUNAN MALAYSIA


3. Tun Hussien: BAPA PERPADUAN MALAYSIA


4. Tun Mahathir: BAPA PERMODENAN MALAYSIA


5. “Tun” Abdullah: BAPA PEMBAHARUAN MALAYSIA.

a) Pak Lah mengamalkan PENTADBIRAN BAIK iaitu yang lebih terbuka, sabar dan bertoleransi.

b) Tetapi sikap keterbukaan dan kesabaran beliau yang AMAT TERPUJI telah diambil kesempatan oleh orang-orang disekeliling beliau termasuk anak, menantu, saudara-mara, menteri-menteri kabinet dan lain-lain terutamanya dikalangan mereka yang rapat dan pembodek beliau.

c) Pihak pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim mengambil kesempatan sepenuhnya dengan sikap tolak-ansur dan kesabaran Pak Lah dengan memanupulasi keadaan, memutar-belitkan fakta, memburuk-burukkan kerajaan di luar negara,  mencetuskan perbalahan antara kaum, memesongkan pemikiran dan hati rakyat.

d) Akibatnya timbul PERSEPSI BURUK ke atas pentadbiran Pak Lah. Persepsi buruk ini menjalar kepada sifat dan diri Pak Lah sendiri. Semua tingkah-laku Pak Lah yang tidak elok dirakam dan diburukkan secara besar-besaran. Hingga gambar Pak Lah sedang berehat atau TERTIDUR  secara tak sengaja menjadi modal kutukan dan cacian. Pentadbiran Pak Lah menjadi bahan cemuhan. Pak Lah sendiri digelar pelbagai gelaran buruk oleh media tempatan dan asing seperti “outgoing prime minister”, flip-flop, kaki tidur, bapa mertua mithali dan sebagainya.

e) Natijahnya rakyat HILANG KEPERCAYAAN kepada Pak Lah untuk mentadbir negara. Rakyat bangkit diketuai oleh Tun Mahathir mendesak Pak Lah berubah atau meletakkan jawatan.

f) Pak Lah cuba membetulkan keadaan tetapi TIDAK SANGGUP BERUBAH membuang DURI DALAM DAGING yang menjadi punca kepada kelemahan beliau dan membangkitkan kemarahan rakyat ke atas beliau selama ini.

g) Akhirnya ahli UMNO sendiri mendesak beliau berundur. Pemimpin dan ahli UMNO bangkit melaungkan BERANI BERUBAH untuk mengikis semua tanggapan buruk dan mendekati semula rakyat bagi mengelakkan KETUANAN MELAYU terus dipermainkan dan akhirnya pupus ditelan zaman.


PAK LAH TELAH BERJAYA MENCETUS PEMBAHARUAN DALAM PEMIKIRAN RAKYAT DAN PEMIMPIN TERUTAMANYA DI KALANGAN UMAT MELAYU ISLAM DI MALAYSIA.

PAK LAH BERJAYA MENCETUS PEMBAHARUAN DI KALANGAN RAKYAT DARI SEGI CARA BERFIKIR DAN MEMILIH PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR JUJUR, IKHLAS  DAN BIJAKSANA!

PAK LAH BERJAYA MENCETUS PEMBAHARUAN DI KALANGAN PEMIMPIN SUPAYA  BERANI BERUBAH DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT ATAU REBAH DI TOLAK RAKYAT!

PAK LAH: BAPA PEMBAHARUAN MALAYSIA

PAK LAH: BAPA PEMBAHARUAN MALAYSIA

PAK LAH BAPA PEMBAHARUAN MALAYSIA!!!


Selamat bersara Pak Lah. Kami akan tetap menghormatimu sebagai seorang Bapa Malaysia.  Budi dan jasamu tetap dikenang sepanjang zaman.

PEMBELA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: