MEREKA YANG TIDAK BOLEH BERADA DALAM KABINET NAJIB

1. KJ

TELAH DIDAPATI BERSALAH terlibat dalam RASUAH POLITIK WANG oleh Lembaga Disiplin UMNO. Sebagai Ketua Pemuda Umno KJ merupakan satu LIABILITI BESAR kepada UMNO dan BN tetapi akan menjadi ASSET BESAR kepada PR!!!

 

2. Ali Rustam

TELAH DIDAPATI BERSALAH terlibat dalam RASUAH POLITIK WANG oleh Lembaga Disiplin UMNO.  “Kekalahan sebelum bertanding”  amat menghampakan penyokongnya terutama rakyat Negeri Melaka yang menaruh harapan tinggi kepada beliau. Mengekalkan beliau samada sebagai Ketua Menteri Melaka atau sebarang jawatan dalam kabinet akan menjejaskan kredibiliti kabinet dan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN. Kerajaan BN khasnya di Melaka akan TUMBANG  jika pemimpin macam ini dibenarkan terus berkuasa.

 

3. Md Taib.

Telah ditolak oleh perwakilan UMNO. Pengsabitannya dalam bermacam kes sensasi dan mendapat liputan meluas dalam dan luar negara akan menjejaskan kredibiliti kabinet dan menjadi modal politik paling ampuh PR. Jelas perwakilan UMNO telah menolak beliau walaupun cuba dipromosi semula oleh Pak Lah ke jawatan menteri. Jelas sekali rakyat juga tidak pernah melupakan kes-kes beliau. Beliau sepatutnya kekal dalam “cold storage” untuk selama-lamanya!

 

4. Shahrir Samad.

Jelas beliau tidak lagi mendapat tempat dalam UMNO. Perwakilan menolaknya menganggotai ahli MT walaupun Pak Lah cuba mempromosi beliau dengan dilantik menjadi menteri. Mengekalkan beliau dalam kabinet akan meningkatkan lagi rasa tidak puas hati di peringkat akar umbi UMNO sendiri. Rakyat pula telah hilang keyakinan dan harapan kepada beliau menjadi Menteri Pengguna yang sepatutnya menjaga kepentigan rakyat bukannya para peniaga yang sudah kaya-raya!

 

5. Shahrizat.

Walaupun beliau diperlukan dalam Wanita UMNO untuk mencetuskan perubahan, beliau tidak boleh dilantik terus dalam kabinet. Beliau mesti diberikan tugas memperkemaskan semula Wanita UMNO dalam mendekati dan membina keyakinan semula rakyat ke atas perjuangan UMNO terutamanya kepada pengundi wanita. Perlantikan beliau dalam kabinet akan menyebabkan harapan merakyatkan UMNO tidak tercapai. Keanggotan beliau dalam kabinet juga akan dipertikai kerana belaiu bukan YB yang dipilih rakyat. Beliau kena membina semula personaliti beliau sebagai pemimpin berwibawa sebelum dilantik semula ke kabinet lebih-lebih lagi setelah dikalahkan oleh budak hingusan seperti Nurul Izzah di gelanggang rakyat!

 

6. Azalina

Jelas sekali beliau ditolak perwakilan. Beliau cuba berlaku tegas dalam pendekatan beliau tetapi sebaliknya dilihat seperti ego, sombong dan tidak memenuhi aspirasi Wanita UMNO. Keyakinan rakyat ke atas beliau juga semakin terhakis berikutan cakap-cakap mengenai rasuah yang dikaitkan dengan beliau walaupun belum terbukti beliau terlibat. Noraesah iaitu satu-satunya wanita dalam MT yang sepatutnya MESTI diberikan peluang menganggotai kabinet.

 

7. Khir Toyo

Beliau telah gagal menjaga Selangor. Kepimpinan beliau telah ditolak oleh rakyat Negeri Selangor sendiri. Bagaimana pula rakyat Malaysia boleh menerima beliau? Beliau perlu muhasabah diri dan membina semula kredibiliti beliau sebagai pemimpin yang boleh diterima semula oleh ahli UMNO khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

 

NAJIB MESTI AMBIL TINDAKAN BJIAK TIDAK MELANTIK MEREKA INI DALAM KABINET.

UMNO AKAN KALAH DALAM SEMUA PRK JIKA MEREKA INI BERADA DALAM KABINET

UMNO AKAN DITOLAK OLEH ORANG MELAYU!!!

BN AKAN TUMBANG DAN PR AKAN MEMERINTAH SELEPAS PRU13!!!

BERUBAH ATAU REBAH!!!

 

Pisau dan mentimun ditangan Najib sekarang…..berubahlah…..

PEMBELA

One Response to “MEREKA YANG TIDAK BOLEH BERADA DALAM KABINET NAJIB”

  1. PARPUKARI Says:

    SALAM TUAN, SAYA AMAT BERSETUJU DENGAN PANDANGAN TUAN NI….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: