TUNGGU DAN LIHAT???

1. Rakyat terutama Orang Melayu sudah semakin jelak dan meluat dengan permainan politik sekarang. Sedang dunia sibuk berbicara mengenai krisis ekonomi, pencapaian kemajuan teknologi tinggi seperti nuklear, kecemerlangan sukan dan sebagainya tetapi kita pula di Malaysia asyik leka dengan cerita poltik, rasuah dan seks.

2. Parti-parti politik yang dikuasai Melayu sedang kemaruk bercakaran berebut kuasa dan harta. UMNO, PKR, PAS sedang berlumba menjadi jaguh kampung yang menang sorak kampung tergadai.

3. Sedangkan parti-parti politik bukan Melayu hanya tunggu dan lihat. Mereka sedang tunggu dan lihat sejauh manakah lagi Melayu-Melayu yang sedang bercakar sesama sendiri ini sanggup lakukan demi kuasa harta.

4. Mereka tunggu dan lihat sanggupkah Melayu-Melayu ini menggadaikan tanahnya untuk kekal berkuasa

5. Sanggupkah Melayu-Melayu ini menggadaikan agamanya demi kuasa?

6. Sanggupkah Melayu-Melayu ini mengenepikan kepentingan bangsanya demi kuasa?

7. Sanggupkah Melayu-Melayu ini menderhaka kepada Raja Melayu demi kuasa?

8. Sanggupkan Melayu-Melayu ini menggadaikan SEMUA milik mereka?

9. Sanggupkan Melayu-Melayu ini membuang Raja mereka?

8. Sanggupkah Melayu-Melayu ini buat APA SAHAJA demi kuasa kuasa dan harta?

MALAYSIA AKAN TERUS MAKMUR DAN MAJU!!!

TETAPI MELAYU AKAN TERUS KETINGGALAN, MUNDUR DAN MISKIN….

APAKAH KITA ORANG MELAYU HANYA PATUT TUNGGU DAN LIHAT SAHAJA?

Bangkitlah bangsaku. Marilah kita tumpu kepada memperkasakan agama dan bangsa. Berhentilah melayan kernah pemimpin politik menang sorak kampung tergadai ini. Bersatulah demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

PEMBELA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: