Archive for February, 2009

TUNGGU DAN LIHAT???

24/02/2009

1. Rakyat terutama Orang Melayu sudah semakin jelak dan meluat dengan permainan politik sekarang. Sedang dunia sibuk berbicara mengenai krisis ekonomi, pencapaian kemajuan teknologi tinggi seperti nuklear, kecemerlangan sukan dan sebagainya tetapi kita pula di Malaysia asyik leka dengan cerita poltik, rasuah dan seks.

2. Parti-parti politik yang dikuasai Melayu sedang kemaruk bercakaran berebut kuasa dan harta. UMNO, PKR, PAS sedang berlumba menjadi jaguh kampung yang menang sorak kampung tergadai.

3. Sedangkan parti-parti politik bukan Melayu hanya tunggu dan lihat. Mereka sedang tunggu dan lihat sejauh manakah lagi Melayu-Melayu yang sedang bercakar sesama sendiri ini sanggup lakukan demi kuasa harta.

4. Mereka tunggu dan lihat sanggupkah Melayu-Melayu ini menggadaikan tanahnya untuk kekal berkuasa

5. Sanggupkah Melayu-Melayu ini menggadaikan agamanya demi kuasa?

6. Sanggupkah Melayu-Melayu ini mengenepikan kepentingan bangsanya demi kuasa?

7. Sanggupkah Melayu-Melayu ini menderhaka kepada Raja Melayu demi kuasa?

8. Sanggupkan Melayu-Melayu ini menggadaikan SEMUA milik mereka?

9. Sanggupkan Melayu-Melayu ini membuang Raja mereka?

8. Sanggupkah Melayu-Melayu ini buat APA SAHAJA demi kuasa kuasa dan harta?

MALAYSIA AKAN TERUS MAKMUR DAN MAJU!!!

TETAPI MELAYU AKAN TERUS KETINGGALAN, MUNDUR DAN MISKIN….

APAKAH KITA ORANG MELAYU HANYA PATUT TUNGGU DAN LIHAT SAHAJA?

Bangkitlah bangsaku. Marilah kita tumpu kepada memperkasakan agama dan bangsa. Berhentilah melayan kernah pemimpin politik menang sorak kampung tergadai ini. Bersatulah demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

PEMBELA.

PKR DAN SKANDAL MORAL

18/02/2009

1. Semenjak PKR diterajui oleh Anwar Ibrahim parti ini tak habis-habis dengan skandal moral.

2. Semasa Azizah jadi Presiden PKR tidak pernah pulak sebarang skandal moral timbul?

3. Mulanya Anwar Ibrahim sendiri didakwa dengan skandal seks liwat tak habis-habis.

4. Kemudian 2 exco PKR Perak didakwa dengan rasuah (“sedekah”) seks. 2 exco ini sekarang menjadi exco bebas dan menyokong UMNO Perak.

5. Perletakaan jawatan exco PKR di Kedah pula masih samar ceritanya. Tapi masih dikaitkan dengan salah-laku moral.

6. Terbaru 1 exco PKR Selangor pula dikaitkan dengan foto seksinya. Beliau telah membuat pengakuan dan menawarkan diri meletakkan jawatan.

PKR DIBAWAH PIMPINAN ANWAR SELALU DIKAITKAN DENGAN SKANDAL MORAL.

APAKAH INI SEMUA SERANGAN PARTI LAWAN SEPERTI UMNO?

ATAU PEREBUTAN KUASA SESAMA SENDIRI DALAM PKR?

ATAU BALASAN TUHAN KE ATAS PERBUATAN  TERKUTUK YANG DILAKUKAN!!!

PKR akan berkubur seperti juga Parti Negara pimpinan Datuk Onn dan Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh. Semua ahli PKR samada akan masuk UMNO, PAS atau parti-parti lain. Nasib Anwar Ibrahim tak tau lagi. Silap haribulan masuk penjara semula!

PEMBELA.

HANYA MUHYIDDIN SAHAJA LAYAK !!!

18/02/2009

HANYA MUHYIDDIN SAHAJA YANG LAYAK DIPILIH MENJADI TIMBALAN PRESIDEN UMNO DAN DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA!!!

Alasannya:-

1. AHLI PARLIMEN yang dipilih oleh rakyat.

2. BERPENGALAMAN luas sebagai Menteri Penuh Kerajaan Pusat

3. BERPENGALAMAN luas di peringkat antarabangsa.

4. BERANI menyatakan pendirian dan pendapat.

5. BERANI menerima kritikan dan teguran.


ALI RUSTAM TAK LAYAK!!!

Alasannya:-

1. BUKAN AHLI PARLIMEN. Hanya sekadar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

2. TIADA PENGALAMAN sebagai Menteri Penuh Kerajaan Pusat. Hanya pernah menjadi Timbalan Menteri sahaja.

3. TIADA PENGALAMAN luas di peringkat antarabangsa.

4. TIADA KEBERANIAN menyuarakan pendirian dan pendapat.

5. TIADA KEBERANIAN menerima teguran dan kritikan


MUHAMMAD TAIB LAGI TAK LAYAK!!!

1. BUKAN AHLI PARLIMEN yang dipilih oleh rakyat. Hanya Senator yang dilantik oleh Pak Lah

2. KURANG PENGALAMAN sebagai Menteri Penuh Kerajaan Pusat. Baru sahaja dilantik menteri oleh Pak Lah.

3. TIADA PENGALAMAN luas di peringkat antarabangsa.

4. TIADA KEBERANIAN menyuarakan pendirian dan pendapat.

5. TIADA KEBERANIAN menerima teguran dan kritikan.


HANYA MUHYIDDIN LAYAK MENJADI TIMBALAN PRESIDEN UMNO.

HANYA MUHYIDDIN LAYAK MENJADI TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.

MUHYIDDIN MESTI MENANG DEMI KESINAMBUNGAN DAN SURVIVAL UMNO.

MUHYIDDIN MESTI MENANG DEMI KEAMANAN DAN KEMAKMURAN MALAYSIA.

AHLI DAN PERWAKILAN UMNO MESTI MEMASTIKAN KEMENANGAN MUHYIDDIN.


UMNO pada hari ini amat memerlukan keyakinan dan sokongan rakyat khasnya Orang Melayu. Pemilihan Muhyiddin sahaja dilihat dapat mengembalikan semula era kegemilangan UMNO.

PEMBELA.

UNITED STATES OF MALAYS – U.S.M.

15/02/2009

1. Malaysia pada asalnya PERSEKUTUAN TANAH MELAYU atau “United States Of  Malays = USM”.

2. Semua pribumi dan anak negeri Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah RAKYAT ASAL Raja-Raja Melayu dikenali sebagai BANGSA MELAYU.

3. BANGSA MELAYU ini kemudiannya ditakrifkan “Bumiputera” selepas USM ditukar kepada Malaysia.

4. Bangsa-bangsa lain termasuk Cina, India, Ceylon, Arab, Inggeris, Portugis, Belanda  dan lain-lain samada masuk sendiri melalui urusan perniagaan atau dibawa masuk oleh Penjajah Portugis/Belanda/British adalah Kaum Pendatang.

5. Kaum Pendatang ini dibenarkan terus tinggal di USM selepas Merdeka setelah mereka berjanji  akan sentiasa patuh dan menghormati Kedaulatan dan Kehormatan Bangsa dan Raja Melayu.

7. Di atas kesetiaan mereka kepada Bangsa dan Raja Melayu Kaum Pendatang diiktiraf sebagai rakyat Bukan Bumiputera dan dijamin keselamatan mereka di USM.

8. Kaum Pendatang yang ingkar akan dihantar pulang ke negara asal atau ke negara ke-3 yang sanggup menerima mereka.

9. Kaum Pendatang yang biadap dan kurang ajar mesi dilucutkan kerakyatan dan dihalau keluar dari USM SERTA-MERTA

10. Kaum Pendatang yang ingkar TIDAK LAYAK menjadi warganegara USM


MALAYSIA adalah PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

MALAYSIA is United States Of Malays (U.S.M.)

TUKARKAN SEMULA NAMA MALAYSIA KEPADA NAMA ASAL NEGARA INI IAITU: PERSEKUTAN TANAH MELAYU (United States Of Malays – USM)

NEGARA INI ADALAH PERSEKUTUAN TANAH MELAYU!!!!

THIS NATION IS UNITED STATES OF MALAYS!!!

THIS NATION IS U.S.M.!!!


Orang Melayu mesti SEGERA bangkit BERSATU demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

PEMBELA

KEPUTUSAN ISTANA PERAK YANG AMAT BIJAK DAN ADIL!!!

06/02/2009

1. Takdir TUHAN Orang Melayu = (“KAUM MAJORITI PRIBUMI PERAK”),  melalui UMNO (“bukan BN”) telah kembali memerintah Perak.

2. TUHAN memberikan hidayah kepada DYMM SULTAN membuat keputusan yang secara tak langsung menyerahkan kembali Pentadbiran Negeri Perak kepada kaum MAJORITI.

3. Bukan rahsia lagi MB Pakatan Rakyat hanya boneka DAP (“kaum minoriti cina”) di Perak.

4. Tun Dr Mahanthir pernah mengatakan sesuatu negara atau negeri hanya akan stabil jika kepentingan MAJORITI terpelihara.

5. Perak selama ini tidak pernah stabil kerana Kerajaan Pakatan Rakyat lebih menjaga kepentingan minoriti dan mengambil mudah kepentingan MAJORITI. Keadaan huru-hara boleh tercetus pada bila-bila masa kerana kemarahan kaum MAJORITI semakin membara.

6. Selepas ini Pulau Pinang bakal bergolak. Cuma berbeza Pulau Pinang tidak mempunyai DYMM SULTAN. Kita tunggu dan lihat!

7. Adalah tidak benar dakwaan Pakatan Rakyat bahawa keputusan Istana membelakangkan kepentigan MAJORITI rakyat Perak.

8 Keputusan Istana sebenarnya telah mengambil kira kepentingan MAJORITI rakyat Perak iaitu ORANG MELAYU!

MB PERAK SILA UNDUR!!! JANGAN MENDERHAKA!!!

ALLAH PANJANGKAN USIA TUANKU!!!

TUANKU LAMBANG KEAGUNGAN KETUANAN MELAYU DI MALAYSIA !!!

DAULAT TUANKU!!! DAULAT TUANKU!!! DAULAT TUANKU!!!

Harap UMNO berubah selepas Tuhan memberikan kesempatan semula memerintah Perak. Pemimpin UMNO jangan sombong dan lupa diri. Jangan buat rakyat menyampah!

PEMBELA

SAMBUNGAN TEORI RAHMAN

04/02/2009

R= Rahman (Tengku Ab Rahman Al Haj)
A= Abdul Razak (Tun Ab Razak)
H= Hussien (Tun Hussien Onn)
M= Mahathir (Tun Dr Mahathir)
A= Abdullah (Pak Lah)
N= Najib

A = Anwar Ibrahim
L = Lim Guan Eng

H = Husam Musa
A = …belum dikenal-pasti dikalangan pelapis.
J = …belum dikenal-pasti dikalangan pelapis.

Wallahualam…..
PEMBELA.