Archive for October, 2008

Yang Berbahagia Datuk Shah Rukh Khan???

25/10/2008

.

1. Walaupun apa alasannya gelaran Datuk TIDAK PATUT dengan begitu mudah diberikan kepada orang luar.

2. Untuk itu saya TIDAK BERSETUJU Shah Rukh Khan (SRK) diberi gelaran Datuk.

3. Gelaran Datuk kepada orang luar mestilah dikaji dengan mendalam. Jangan sebab nak publisiti MURAHAN kita rendahkah taraf kita orang Melayu. Kita merendahkan taraf anugerah yang berkait rapat dengan adat dan budaya Melayu zaman berzaman.

4. Nampak seperti orang Melayu tidak pernah berubah. Terlalu mengagungkan orang luar tetapi amat sukar mengangkat kejayaan bangsa sendiri. Memperlekehkan adat dan bangsa sendiri.

5. Dengan penganugerahan Datuk kepada SRK mengesahkan Ali Rustam TIDAK LAYAK bertanding Timbalan Presiden UMNO.

6. Benar jugalah kata Yang Teramat Dikasihi Tun Dr Mahathir yang Ali Rustam dan Mohd Taib yang nak bertanding Timbalan Presiden UMNO hanya PELAWAK.

Y.Bhg. DATUK SHAH RUKH KHAN????

TERASA PAHIT DAN TERSEKAT DIKERONGKONG BILA MENYEBUTNYA!!!

PEMBELA

Advertisements

DEBAT?

17/10/2008

.

1. Kita anak-anak Malaysia ni debat sesama kita sahaja sudahlah. Anwar, Ibrahim Ali, Najib, Pak Lah dll yang di dalam Parlimen tu bukankah semuanya anak-anak Malaysia. Anak-anak BAPA MALAYSIA- TUN DR MAHATHIR MOHAMAD. Berdebatlah sampai terkeluar anak tekak!

2. Janganlah diajak BAPA kita berdebat. Tak molek. Tak manis. Kurang ajar.

3. BAPA tempat untuk meminta nasihat, pedoman, muhasabah diri, tunjuk-ajar dan sebagainya yang baik-baik. Bukannya untuk diajak berdebat.

4. Sedangkan Nabi Allah Ibrahim dilarang ALLAH berdebat dengan BAPAnya walaupun BAPA baginda seorang kafir.

5. Inikan pula BAPA kesayangan kita Tun Dr Mahathir seorang PEJUANG NEGARA, PEJUANG DUNIA ISLAM, PEJUANG NEGARA KE-3, PEJUANG NEGARA SELATAN-SELATAN, PEJUANG…..(tak tertulis sebab terlampau panjang)….. PEJUANG YANG AKAN DIKENANG SEPANJANG ZAMAN OLEH SEMUA ANAK MALAYSIA DAN SELURUH DUNIA ISLAM!!!!

6. Harap Tun jangan layan lawak-lawak bodoh ini semua.

7. Harap Tun terus menulis. Tulislah apapun. Tegur kami. Marah kami. Kami terima. Kami tak kisah. Kami tak ambil hati. Sebab Tun BAPA kami.

8. Anak-anak Malaysia memang dahagakan dan memerlukan nasihat dan tunjuk-ajar Tun. Sebab tu blog Tun bersesak-sesak macam orang-orang dulu nak tengok wayang filem P.Ramlee.

BILA TUN KATA MEREKA NI SEMUA “PELAWAK” TAU PULAK MARAH.

NAK MARAH BUAT APA? MEMANG BETUL “PAK LAWAK”!!!

PEMBELA

Aidil Fitri 1429 Hijrah: PENGHORMATAN UNTUK BAPA-BAPA MALAYSIA

11/10/2008

.

Untuk Renungan Semua Warga Malaysia,

1. Yang Teramat Dikasihi BAPA KEMERDEKAAN : Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj

2. Yang Teramat Dikasihi BAPA PEMBANGUNAN: Allahyarham Tun Abdul Razak

3. Yang Teramat Dikasihi BAPA PERPADUAN: Allahyarham Tun Hussein Onn

4. Yang Teramat Dikasihi BAPA PERMODENAN: Tun Dr Mahathir.

5. Mereka ini semua BAPA-BAPA Malaysia. BAPA kita semua rakyat Malaysia

6. Jangan disanggah teguran BAPA

7. Jangan melawan teguran BAPA

8. Jangan dihina BAPA

9. Semua negara bertamadun di dunia mengangkat BAPA mereka ditempat yang tinggi.

10. Tak payah pergi jauh. Lihat bagaimana Singapura menghormati BAPA mereka LKY. Kalau nak lebih jauh lihat macamana USA mengangkat BAPA mereka.

11. Walau apa teguran BAPA kita MESTI terima. Jangan bantah! Jangan ulas sekalipun!

12. Walau tak setuju dengan BAPA jangan ditunjukkan, jangan dihebahkan.

13. Kalau perlu jelaskan kepada BAPA secara sopan berhemah seperti seorang anak kepada BAPA. Kalau BAPA tak terima kita kena bersabar. Mungkin ada hikmahnya.

14. Menghormati dan sentiasa menjaga hati BAPA dituntut oleh semua agama, budaya dan tamadun di dunia.

15. Mempertahankan kehormatan dan maruah BAPA adalah JIHAD seorang anak mempertahankan BAPAnya. Mati kita mati SYAHID. (kalau ada yang tinggi ilmu agama di sini sila ulas)

16. Jangan kita menderhakan kepada BAPA. Takut azab TUHAN menanti.

17. Hormati dan sayangi BAPA semasa beliau masih hidup. Sentiasa menjaga hati dan persaannya. Jangan sampai terguris hati BAPA.

18. Panjatkan doa kepada BAPA-BAPA yang telah pergi. Ziarahi makam mereka di hari mulia ini.

19. Mari kita pertahankan kehormatan dan maruah BAPA kita supaya jangan dengan mudah diperkecilkan.

20. Marilah kita menjadi anak-anak Malaysia yang sentiasa menghormati dan menyayangi BAPA-BAPA kita.

SEMOGA SEMUA BAPA-BAPA MALAYSIA DIRAHMATI ALLAH S.W.T DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN. AMINNNNN.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI BAPAKU
Anakmu memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki.

Ikhlas daripada seorang daripada berjuta anak-anakmu

PEMBELA

PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2009 – CALON-CALON PILIHAN

09/10/2008

Presiden: YM TENGKU RAZALEIGH HAMZAH – dihormati, tegas, berpengalaman, berkarisma

Timbalan Presiden: TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN – jujur, tegas, berterus-terang

Naib-Naib Presiden:

1. DATUK SERI RAIS YATIM – jujur & berkaliber

2. DATO’ PADUKA RAFIDAH AZIZ – suara wanita berkaliber, kita pecah tradisi pemilihan.

3. DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN – suara pemimpin pelapis pembawa perubahan

4. Ketua Pemuda: DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR – suara generasi baru pemuda radikal yang amat diperlukan

5. Ketua Wanita & Puteri: Kita akur dan terima pilihan mereka kaum wanita.

MARI BERKEMPEN!!! TAPI JANGAN GUNA POLITIK WANG…NANTI KENA CEKUP.

AWAS!!! STRATEGI KOTOR MEREKA YANG TAKUT KEHILANGAN KUASA DAN GILAKAN PANGKAT.

MEREKA YANG TAK BERKEMAMPUAN JANGAN BUAT MALU MENCALONKAN DIRI SENDIRI . SILA BERUNDUR.

TOLAK PEMIMPIN YANG HANYA TAHU MENGAMPU DAN HANYA PANDAI MENGAMBIL KESEMPATAN BERLAGAK WIRA BANGSA BILA ADA PELUANG. TETAPI TAKUT MENYATAKAN KEBENARAN DAN HANYA PANDAI ANGGUK SEMATA-MATA MAHU MENJAGA KEPENTINGAN DAN PERUT MASING-MASING. MEREKA INI HANYA AKAN MERUGIKAN BANGSA. TOLAK MEREKA!!!!

TOLAK PEMIMPIN PAK TURUT YANG HANYA TAHU JADI YES MAN. TERAMAT TAKUT MENYATAKAN KEBENARAN SEBAB TAKUT KEHILANGAN KUASA DAN PANGKAT. SEMUA KITA TAHU SIAPA MEREKA INI SEMUA. TAMATKAN RIWAYAT POLITIK MEREKA DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!!!!

HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!!

YA ALLAH…Kami mohon petunjukMU dan kepadaMU kami berserah…Aminnnnnnn.

PEMBELA