PEJUANG NEGARA.

Yang Amat Dihormati Dan Dikasihi Tun Dr Mahathir Bin Mohamed.


1. Saya amat mengkagumi Tun. Tahun 2006 saya membawa isteri dari selatan tanah air ke rumah Tun di Alor Setar untuk melihat sendiri bagaimana seorang pemimpin besar Malaysia dilahirkan dan dibesarkan. Hampir setengah hari saya melayan perasaan sayu, kagum bercampur bangga di rumah Tun.

2. Saya bermalam di Regal Hotel(tolong betulkan kalau silap). Hotel ini terletak di sebelah sungai tapi saya dah lupa nama sungai itu. Dalam hotel penuh dengan gambar Tunku Abdul Rahman. Tak sangka pula dibelakang hotel itu ada pula Rumah Tunku. Keesokkan saya menghabiskan pula setengah hari di Rumah Tunku untuk mengenali lebih dekat Bapa Kemerdekaan negara ini. Sekali lagi perasaan sayu, kagum dan bangga bercampur baur.

3. Hari ini di dalam keadaan politik negara yang kelam-kabut ini saya teringat kembali lawatan saya.

4. Sekarang saya sedar Tunku dan Tun bukan sahaja pemimpin tapi sebenarnya Pejuang Negara!!!.

5. Tunku sebagai Pejuang Kemerdekan dan Tun sebagai Pejuang Pembangunan(Mengisi Kemerdekaan) .

6. Tiada pemimpin lain setakat ini bagi saya yang boleh memenuhi kreteria sebagai Pejuang Negara selain dari Tunku dan Tun.

7. Pejuang berbeza dengan pemimpin. Pejuang akan memastikan matlamat perjuangan tercapai walau terpaksa berkorban dan harga diri tergadai, dicerca dan dihina.

8. Pejuang tidak akan berhenti berjuang selagi nyawa dikandung badan.

9. Pemimpin pula hanya mementingkan apa yang dipimpinnya sahaja. Tiada keberanian untuk berkorban.

10. Bagi saya seorang Pejuang mesti dihormati, dikasihi dan disanjung tinggi.

11. Bagi saya seorang Pejuang adalah Ikon:- Menjadi idola pemuda pemuda-pemudi dan menjadi panduan dan pedoman pemimpin-pemimpin terkemudian. Menjadi kajian di semua Institusi Pengajian Tinggi. Menjadi lagenda sepanjang zaman.

12. Tun seorang Pejuang yang menjadikan Tunku (juga seorang Pejuang) sebagai ikon.

13. Seingat saya Tun tidak pernah menyanggah Tunku walaupun apapun tindakan Tunku lakukan ke atas Tun.

14. Kerana seorang Pejuang sejati tidak akan sekali menyanggah Pejuang yang terdahulu kerana matlamatnya sama cuma cara dan pendekatan sahaja berbeza.

15. Tetapi pemimpin-pemimpin yang ada sekarang bukan Pejuang.

16. Kerana mereka menyanggah Pejuang terdahulu seperti Tun.

17. Dalam hal ini pemimpin Singapura lebih baik daripada pemimpin kita. Mereka menyanjung tinggi Pejuang mereka Lee Kuan Yew.

18. Biar apapun nasihat dan teguran LKY mereka akan tetap terima dengan hormat dan terbuka. Kerana bagi mereka LKY seorang Pejuang.

19. Bagi saya apa yang sekarang ini berlaku adalah balasan Tuhan ke atas pemimpin kita kerana menyanggah Pejuang Negara mereka.

20. Saya amat sedih seorang Pejuang seperti Tun disanggah dan lebih teruk lagi dihina.

21. Teruskan perjuanganmu Tun – Pejuang Negaraku.

22. Ramai pengikutmu sedang merapatkan barisan menyahut seruan perjuanganmu dengan hati yang semakin membara dan berkobar-kobar

23. Bila tiba masanya seorang Pejuang hanya perlu berseru.

24. Pasti pengikut-pengikutnya akan bangkit berjihad menggempur terus tanpa rasa takut dan ragu-ragu.

25. Yang Dikashi Tun, matlamat perjuanganmu pasti akan tercapai. Kerana sesungguh kamu memang benar-benar seorang Pejuang Negara dan kami pengikutmu akan sentiasa disisimu mendoakan moga ALLAH memberikan kejayaan kepadamu dalam apa saja kamu perjuangkan.

Aminnnnnnn….

Semoga terus diberikan kekuatan untuk meneruskan “Perjuangan Yang Belum Selesai”.


Ikhlas dari salah seorang dari berjuta pengikut setiamu di Malaysia dan di seluruh dunia.

Dari negeri dimana segalanya bermula, Melaka.

PEMBELA

One Response to “PEJUANG NEGARA.”

  1. Anonymous Says:

    Syabas saudara!artikel yg menarik..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: