BERHENTI SEBELUM KENYANG………………….. >>>MELAYU MUDAH LUPA

24/08/2011

UMNO kalau mahu terus berkuasa …ingat pesan Tun…

Pemimpin yang dah lama berkuasa…sila berundur segera…

Yang dah terlalu lama memegang jawatan….sila berundur….

Dah lama jadi menteri, ketua menteri, menteri besar…beri laluan…

Sebelum rakyat suruh kamu merambus!!!

UBAH ATAU REBAH>>UBAH! >>HIJRAH!>>CHANGE!!!

MELAYU MUDAH LUPA

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai…

Oleh: TUN DR MAHATHIR

BELASUNGKAWA KARPAL (1940-2014)

22/04/2014

BELASUNGKAWA KARPAL (1940-2014)

Terima kasih Karpal…

HIDUP MELAYU !!!

30/07/2013

NAJIB PILIHAN TERBAIK RAKYAT MALAYSIA

06/02/2013

Image

Kalau kita jadi penumpang kenderaan, kita akan cari driver atau pilot yg TERBAIK dengan markah tertinggi dalam pemanduan untuk kita selamat dalam perjalanan.

Kita akan pilih kapten yg TERBAIK supaya kapal atau kapalterbang yang kita naiki tidak karam atau terhempas.

Rakyat Malaysia patut tahu siapa yg mesti dipilih jadi Kapten/Pilot Malaysia

PILIH PEMIMPIN YG TERBAIK..!!

NAJIB PEMIMPIN TERBAIK BUAT RAKYAT MALAYSIA..!!!

SUARA ANAK MUDA!!!

15/01/2012

Jangan Salah Pilih Kuasa……KAH! KAH! KAH!!

 

Nota:-

  • ini baru cool
  • ini baru tak skema
  • ini baru bukan mat belia
  • ini baru bukan mahasewel…Kah! Kah! Kah!

SELAMAT TAHUN BARU 2012

03/01/2012

SALAM PERPADUAN !

SALAM 1 MALAYSIA !!!

SIAPA PENGKHIANAT MELAYU?

14/12/2011

Pemimpin UMNO/BN  kata Pemimpin PKR & PAS/PR Pengkhianat Melayu Islam. Pemimpin PKR & PAS pulak mengata Pemimpin UMNO sebenarnya Pengkhianat Melayu Islam. Di Malaysia Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan. Di Malaysia Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam. Siapa hina Melayu, dia hina Islam!… Pengkhianat Melayu juga Pengkhianat Islam!!!

Jadi siapa sebenarnya Pengkhianat Melayu? Pengkhianat Melayu adalah Pemimpin Melayu yang tidak melaksanakan amanah yang diberikan kepada mereka oleh rakyat yang memilih mereka, khasnya amanah kepada Umat Melayu yang merupakan majoriti rakyat Malaysia. Mereka inilah sebenarnya Pengkhianat Melayu.

SIAPA PENGKHIANAT MELAYU? INI JAWAPANNYA:-

1. Pemimpin Melayu yang telah didapati bersalah melakukan rasuah politik wang tetapi masih terus dibenarkan berkuasa. Kerana wang yang digunakan adalah wang rakyat. Rakyat disuruh berjimat cermat mengikat perut tetapi Pemimpin menabur wang untuk membeli kuasa. Rakyat yang majoritinya Umat Melayu terpaksa memakan makanan yang murah dan tidak berkhasiat tapi pemimpin bersenang-lenang makan di hotel dan majlis keraian. Rakyat hidup berhimpit-himpit dalam rumah murah tetapi pemimpin duduk di rumah bagaikan istana. Anak rakyat mendapat pendidikan kelas ketiga tetapi anak pemimpin semua dihantar ke luar negara untuk pendidikan kelas pertama!!!

2. Pemimpin Melayu yang tidak mahu melepaskan jawatan walaupun telah berpuluh tahun ditampuk kuasa. Mereka ini tidak memberikan peluang orang lain memimpin. Hanya mementingkan tembolok sendiri, kroni dan keluarga. Mereka leka bermain dengan kuasa dan mengumpul harta. Mereka mengangap diri mereka saja yang layak dan pandai memimpin. Tiada Orang Melayu lain yang layak dan sepandai dia. Mereka menjadi ego, sombong dan bongkak.

3. Pemimpin Melayu yang mengangkat pemimpin-pemimpin di bawah mereka dari kalangan kroni dan Pak Angguk saja. Siapa yang pandai akan dicantas. Siapa yang melawan ditendang keluar. Hanya tukang bodek, tukang kipas dan tukang cium tangan sahaja akan kekal. Mereka yang berpotensi menggugat akan disuruh diam, dihina dan diherdik atau dilayan seperti anjing atau  pengemis di dalam bangsa dan tanahairnya sendiri.

4. Pemimpin Melayu yang mengongkong minda anak muda supaya sentiasa menyokong mereka. Mereka menyembunyikan fakta kebenaran dan mempamerkan lakonan sandiwara kepada anak muda. Anak muda dimasukkan ke dalam acuan yang mereka sediakan. Suara mereka disekat, minda mereka dibekukan, mulut mereka dibisukan, mata mereka dibutakan dan telinga mereka dipekakkan. Anak muda digula-gulakan supaya mereka tidak melawan, tidak mampu berfikiran kritis dan akhirnya menjadi seperti katak bawah tempurung, tidak produktif dan tiada jati diri!

5. Pemimpin Melayu yang membiarkan taraf sosial, ekonomi, pendidikan dan pemikiran Umat Melayu tidak meningkat. Supaya Umat Melayu kekal kurang cerdik dan suka meminta-minta. Supaya senang digula-gulakan dan dicucuk hidung. Supaya Umat Melayu terus dengan mudah boleh dikelentong, diugut atau diperdaya.

6. Pemimpin Melayu yang memakai topeng agama seperti ulama, tok guru, ustaz, wali dan sebagainya. Hingga ada pengikut taksub mengangkat mereka ini seperti nabi. Mereka ini tak boleh dibantah dan ditegur. Kalau ditegur akan berdosa sebab mereka bertaraf wali dan maksum macam nabi!!!

7. Pemimpin Melayu yang tidak membawa Orang Melayu ke depan menjadi lebih maju, dinamik, berkebolehan dan berketerampilan. Pemimpin Melayu yang tidak merasa apa-apa melihat Umat Melayu terus ketinggalan dan semakin terkebelakang. Tidak memikirkan masa depan Umat Melayu. Hanya kuasa, harta dan pangkat terpahat dibenak mereka.

Melayu itu Islam….Islam itu Melayu….

Pengkhianat Melayu ada dalam Kepimpinan Umat Melayu…

Pengkhianat Melayu adalah dari Pemimpin Melayu Sendiri!!!

PEMBELA

UMNO: GAME OVER !!!

30/11/2011

UMNO akan tumbang pada PRU13 kerana “UMNO TIDAK MAHU BERUBAH”

7 dalil UMNO pasti tumbang:-

  1. Ketua Menteri dan Menteri Besar di negeri-negeri diperintah UMNO sudah berpenggal-penggal lamanya memegang kuasa. Mereka menjadi ego, sombong dan bongkak. Mereka menganggap hanya diri mereka sahaja yang layak memerintah. Rakyat semakin benci dan meluat. Pemimpin pelapis menjauhkan diri manakala mereka yang berputus-asa samada berundur atau diam-diam menyertai pembangkang.
  2. Pemimpin UMNO samada telah gagal atau langsung tidak memberikan jawapan kepada rakyat berkaitan isu-isu besar yang dibangkitkan seperti komisen pembelian kapal selam, PKFZ, MAS, FELDA dan terbaru sekali NFC walaupun terdapat fakta sahih tercatat di dalam Laporan Audit Negara!!! Kenaikan kos sara hidup dan penawaran gaji rendah di sektor swasta menyebabkan kehidupan rakyat marhain semakin tertekan. Pendatang asing dibiarkan rakus mengaut kekayaan di bumi Malaysia dan mereka kini semakin memonopoli ekonomi rakyat kelas bawahan. Rakyat dipaksa mengubah cara hidup dan berjimat cermat tetapi pemimpin kerajaan terus boros membazirkan wang rakyat.
  3. UMNO terus mengekal dan memberikan pangkat kepada pemimpin-pemimpin yang telah terbukti bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO sendiri menggunakan rasuah politik wang bagi meraih undi untuk kekal berkuasa. Mereka ini terang-terangan ditolak rakyat. Mereka menjadi bualan ejekan rakyat. Tetapi UMNO terus memberikan mereka kedudukan yang tinggi. Rakyat dipaksa menerima dan menghormati mereka, sedangkan di dalam hati rakyat menyumpah seranah mereka saban hari.
  4. Kedua-dua sayap utama Pemuda dan Wanita UMNO berada dalam keadaan paling lemah sekarang disebabkan isu besar yang mencalar kredibiliti ketua dan barisan exco mereka. Ketua Pemuda dilihat sudah berputus-asa, lemah dan sambil lewa kerana beliau telah beberapa kali menyatakan kekecewaan dan mahu meletak jawatan. Manakala Ketua Wanita pula sekarang telah terpalit dengan tahi lembu seluruh badan!!!
  5. Parti komponen di dalam BN semakin goyah dan tidak mampu lagi menjadi pelengkap kepada UMNO kerana mereka sendiri sudah kehilangan sokongan dan hanya menunggu masa untuk berkubur. Ada di antara mereka seperti menjadi jurucakap kepada Pakatan Rakyat. Mereka seperti sedia melompat ke dalam komponen Pakatan Rakyat pada bila-bila masa demi survival politik, kuasa dan ekonomi serta bagi menjaga kepentingan bangsa dan agama mereka sendiri sahaja.
  6. Konsep 1Malaysia semakin mendapat tempat dihati rakyat. Tetapi konsep ini lebih sinonim dengan pendekatan dan idealisma Pakatan Rakyat berbanding UMNO yang dilihat terlampau keras dan rasis kerana bersekongkol dengan PERKASA. Rakyat beserta ramai dari ahli UMNO sendiri telah lama menolak pemimpin lalang seperti Ibrahim Ali. Tetapi UMNO terus dilihat merapatkan diri dengan PERKASA.
  7. Teras kepimpinan UMNO dilihat berpaksikan kepada sistem feudal dan legasi turun temurun yang telah lama ditolak oleh majoriti negara dunia. Najib dilihat meneruskan legasi Tun Razak, Hishammuddin – Tun Hussien dan Mukhriz-Tun Mahathir. Gelora penolakkan telah memuncak diseluruh negara Islam bermula di tanah Arab di mana pemimpin yang terlalu lama memerintah menjadi ego dan bongkak serta cuba membina legasi dikalangan keluarga dan anak beranak. Tetapi mereka akhirnya disingkir hingga ada yang dibunuh di tepi jalan oleh rakyat mereka sendiri yang tidak dapat menahan kebencian dan kemarahan.

Anwar samada masuk penjara atau tidak, beliau sudahpun menjadi seperti Nelson Mandela. Walau apapun kesalahan ditimpa ke atasnya selepas ini, tiada siapa lagi di dunia ini akan percaya. Simpati dan kekaguman dunia kepada kecekalan dan ketabahan Anwar semakin tinggi. Sebaliknya imej kepimpinan Malaysia di mata dunia semakin buruk jika Anwar dipersalah atau dihukum. Anwar Ibrahim hampir pasti menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7.

Hanya ALLAH swt sahaja kekal. Tiada suatu pun di dunia ini akan kekal selamanya. Kejatuhan UMNO tidak dapat dielakkan lagi…wallahulam…

PEMBELA

PERINGATAN BUAT PEMIMPIN: MATINYA SEORANG PATRIOT

25/10/2011

Manusia lupa KEMATIAN bila terlalu lama berkuasa…menjadi kaya, lupa diri dan bongkak. Tetapi KEMATIAN tidak pernah lupa pada manusia….KEMATIAN pasti datang….

Rakyat yang mengangkat pemimpin….Rakyat juga yang akan menjatuhkan pemimpin

Harimau mati meninggalkan belang….manusia mati meninggalkan nama…

Nama yang baik ditangisi…nama yang buruk disumpahi…..berita penuh >>> klik sini

BATTLE FOR TRIPOLI

24/08/2011

Muammar Gaddafi menyeru Perang Jihad….tetapi dia sendiri hilang entah ke mana… Pemimpin penakut macam ni dari hidup baik pergi mampus!!!

Pemimpin Malaysia sanggupkah bersama rakyat menentang musuh?…atau hanya pandai mengarah dan mengkayakan anak beranak dan kroni saja…tetapi bacul dan takut mati macam Gaddafi!!???


Amaran kepada semua pemimpin….jangan terlampau lama memegang kuasa….nanti akan menjadi sombong dan bongkak…kelak dibenci rakyat…

Kepada Pemimpin Malaysia yang sudah terlalu lama memegang jawatan dan berkuasa

….jangan sombong dan gila kuasa

…..jangan ingat anda seorang saja layak memimpin

…..berhenti sebelum kenyang…

….berhenti sebelum disuruh merambus!!!