Archive for June, 2009

AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM MICHAEL JACKSON

29/06/2009

DUNIA TERKEJUT DENGAN KEMATIAN BELIAU

UMAT ISLAM TERKEJUT BELIAU MATI DALAM ISLAM

AL-FATHAH BUAT ALLAHYARHAM SAUDARAKU MIKAIL.

Semoga ALLAH mencucuri rahmatNYA ke atas roh beliau. Al-Fatihah….Amin.

PEMBELA

——————————————————————————-

Michael Jackson and Jermaine: A Part of Muslim History in America

June 29, 2009

Muslims have been in America since the time King rule of Mansa Musa of Timbuktu and the journey of his brother, AbuBakr II, in 1342.  Muslims have coming to the western hemisphere in waves of migrations, before Columbus, with Columbus as captains were Muslim, Martin Alonzo Pinzon (Captain of the Pinta) and  his brother Vicente Yanex Pinson(captain of the Nina).  Come and visit these extraordinary of the history of Muslims in America.

CSAM’s America’s Islamic Heritage Museum:  See the American Islamic Story June 29th – July 7th At The Historical Society of Washington, DC The exhibit “Forgotten Roots: Muslims in Early America,” highlights America’s Islamic history in a powerful and insightful exhibit. The exhibit validates the Muslim early presence in America from the 1600s to 1900s. Forgotten Roots: Muslims in Early America, will be on display at the Historical Society of Washington, DC at 801 K Street NW, Washington, DC from June 26th – July 7th open to the public 10:00am –5:00pm Monday – Saturday. There will be a daily exhibit discussion June 29th –July 7th from 2:00pm- 3:00pm.

On Friday, June 26 2009 – The Islamic Society of Boston opened its ISB Cultural Center and mosque in Roxbury (the neighborhood of Malcolm X).  Listen to the opening sermon (Khutbah) delivered by Imam Johari Abdul-Malik on Migrations of Muslims to America.

Jermaine and Michael are not the only pop stars of Islam check this out on Wikipedia.

Salaamu alaikum and Much Love!

Imam J.

Posted by Imam Johari Abdul-Malik

————————————————————————————

Imam Siraj wishes to attend the janazah prayer of Michael Jackson

June 28, 2009

imam-siraj-430x731-custom Today, I spoke to with Imam Siraj Wahhaj, the Amir of the Muslim Alliance in North America and one of the most prominent imams in the United States.  Imam Siraj sends his condolences to the family of Michael Jackson and well wishes to his family.

Yesterday, the Imam Siraj completed his last radiation treatment for prostate cancer (cancer 3X higher in African-Americans), yet expressed his eagerness to attend the janazah Muslims funeral service for Michael Jackson whenever it is held he said, “Even if I stand in the back, I want to be there”.

Someone asked me,  “Why are we making a big deal about it!”.  I say we are not making a BIG deal about it.  It is the right of a Muslim to receive condolences and we are doing that by the Prophet’s (pbuh) instruction independent of the faith of the deceased.  The burial of the dead is an obligation upon the living; it is called in Islamic terminology fard kifiyya (collective obligation).   No one can bury himself or herself; the living must bury the dead.

Imam Siraj Wahhaj, Muslim Alliance in North America

Imam Siraj Wahhaj, Muslim Alliance in North America

Is Michael Jackson a Muslim? Muslim means to follow the way of peace – Salaam=Islam.  To become a Muslim requires 2 steps, one who submits their will to the will of God, is easy to say and believe.  If you were in Bahrain sitting with some Muslims as Michael did!, your brother Jermaine has been a practicing Muslim for years, which he is! and you are asked do you believe in God (One God in Arabic=Allah) and you say YES (Step 1) and then you ask do you believe that God, The Almighty, sent guide and messengers, some that were mentioned in Books and others who are not mentioned and that (Step 2) Muhammad is a prophet?  If the answer is YES, then you are by definition a MUSLIM.  Many of us believe in that statement but don’t think of ourselves as Muslim.  This is because people get caught up in words and labels.  Imam Siraj has shared with me over the years that if someone believes in God and The Prophets including Muhammad, pbuh – leave the rest to God.

The WAY of Islam is not a way of dressing, or the religion of a language or a place of national origin.  There are many people around the world and in America who are “Muslim” who look very different from one another.  Allah- the word for God in Arabic from the scriptures will judge who was a good “Muslim”-follower of God’s way in peace, which was struggling to follow the WAY or who was only giving lip service.  Only God and time will tell………….

Allah says the Holy Qur’an Surat (8) Al-Anfal (Ayat) 53

‘…Allah will never change the condition of a people until they change what is in their (own) souls: and verily Allah is hears and knows all things.’

I’m looking at the man in the mirror…….

I’m asking him to change his ways….

no message could be any clearer….

if you want to make the world a better place

take a look at yourself and make a CHANGE

- Michael Jackson-Man in the Mirror)

Posted by Imam Johari Abdul-Malik

—————————————————————————-

Imam Visits Michael Jackson’s Family to Discuss Funeral Arrangements

June 27, 2009

UPDATE: Many have asked concerning the below. I heard the report on CNN’s Wolf Blitzer’s show “The Situation Room”. He briefly mentioned it during the coverage of Michael Jackson.

Al-Hamdulillah, CNN reported that the Jackson family is meeting with an imam to make the funeral arrangements for the janazah (Muslim funeral prayer) for Michael Jackson. I pray that Allah will have mercy on his soul and grant the family some privacy as they make the plans for a Muslim funeral. I ask Muslims to reserve their judgement and pray for him and his family. Please send your condolences: http://www.legacy.com/gb2/default.aspx?bookid=5875644172354 .

I pray that Muslims will respond to this loss our brother in every loving way possible. I do not know when and were the prayers will be. I trust that the masjid that Jermaine Jackson attends will handle the prayers and preparation. The West Coast Muslims in LA and Imam Zaid Shaker or Sheikh Hamza are hopefully in the loop? May Allah help them. We have not had a major figure in the pop world pass away before Micheal Jackson. I pray that we will do our best and that Allah will have mercy.show

Posted by Imam Johari Abdul-M

SUMBER:- http://imamjohari.wordpress.com/

AMARAN BUAT ANWAR

15/06/2009

Anwar Ibrahim dengan BANGANGNYA mencadangkan Si Penjenayah Perang Sial – Chin Peng diberikan keampunan dan dibenarkan pulang ke Malaysia.

Anwar Ibrahim sanggup mempermain dan memesongkan pemikiran Kaum Melayu – kaumnya sendiri semata-mata ingin memenuhi nafsunya hendak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Anwar Ibrahim sebagai rakyat Pulau Pinang perlu sedar Pulau Pinang adalah Singapura Ke-2 dalam pembikinan dengan nama barunya nanti Penang.

Anwar Ibrahim sanggup menghiris perasaan Para Pejuang dan Pahlawan Negara semata-mata ingin mendapatkan sokongan orang bukan Melayu di Malaysia terutamanya Kaum Cina dan bangsa-bangsa asing lain diseluruh dunia.

Anwar Ibrahim mesti memohon maaf kepada SEMUA ahli keluarga Pahlawan Negara yang telah terkorban dan semua anggota keselamatan yang telah berjuang membebaskan Malaysia dari Komunis yang diketuai Chin Peng – Si Penjenayah Perang Sial.

JIKA TIDAK???….Anwar Ibrahim adalah Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara!!!

PERISTIWA BERDARAH BUKIT KEPONG

PERISTIWA BERDARAH BUKIT KEPONG

PAHLAWAN YANG TERKORBAN

Anggota Polis

1. Sarjan Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)

2. Koperal Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)

3. Lans Koperal Jidin Omar

4. Konstabel Hassan Osman

5. Konstabel Hamzah Ahmad

6. Konstabel Jaafar Hassan

7. Konstabel Muhamad Jaafar

8. Konstabel Marin Ibrahim Adam

9. Konstabel Abu Mohd Ali

10. Konstabel Abu Kadir Jusoh

11. Konstabel Marin Awang Ali

12. Konstabel Marin Basiron Adam

13. Konstabel Tambahan Mohd Top Lazim

14. Konstabel Tambahan Jaafar Arshad

Polis Bantuan

1. AP Samad Yatim

2. AP Mahmood Saat

3. AP Ali Akop

4. AP Othman Yahya

Keluarga Anggota

1. Allahyarhammah Fatimah Yaaba – isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud

2. Hassan Abu Bakar – anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud

3. Allahyarhammah Saadiah – isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali

4. Allahyarhammah Simah Abu – anak kepada Konstabal Abu Mohd Ali

Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis

1. AP Redzuan Alias

2. Embong Lazim

3. Mendiang Koh Ah Cheng

Makam Pahlawan Melayu Bukit Kepong

Makam Pahlawan Melayu Bukit Kepong

RINGKASAN SEJARAH

Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun .

Pi hak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan.

Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.

Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.

14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

DENDAM KE ATAS CHIN PENG MASIH MEMBARA!

JANGAN MAIN API!!!

JANGAN MENGUNDANG PADAH!!!

——————————————————————————–

Demi nyawa, darah dan airmata pahlawan yang telah gugur. Membujur lalu melintang patah. Biar putih tulang jangan putih mata!!!

Anwar Ibrahim jangan jadi Muhammad Indera!!!

PEMBELA

MALAPETAKA BESAR KE ATAS UMAT ISLAM.

13/06/2009

Posting ini telah disiarkan sebelum ini pada 15/1/2009. Disiarkan semula untuk ditujukan khas kepada Tuan Guru Nik Aziz Bin Nik Mat yang menolak usaha Penyatuan Umat Melayu Islam Malaysia.

Semoga ALLAH memberikan petunjuk kepada kita semua Umat Melayu Islam Malaysia.

PEMBELA

———————————————————————————————————-

1. Bencana kemusnahan terus melanda UMAT ISLAM. Bencara alam gempa bumi, banjir, ribut, tsunami dan lain-lain mengorbankan lebih ramai UMAT ISLAM di seluruh dunia.

2. Bencana perang dan pembunuhan terus meragut nyawa UMAT ISLAM berabad lamanya TANPA BATASAN KESUDAHAN dan menjadi tajuk berita utama dunia hampir setiap hari!!!

3. NYAWA UMAT ISLAM tidak mengira kanak-kanak atau wanita, bersalah atau tidak, DIFATWA HALAL DIBUNUH oleh TUAN BARAT dalam perang ke atas keganasan.

4. UMAT ISLAM HALAL DIBUNUH atau DITAHAN TANPA BICARA di mana-mana sahaja samada dalam rumah, di pasar, dalam masjid, hatta mungkin di dalam buaian sekalipun!!!

5. AGAMA ISLAM DILABEL OLEH TUAN BARAT SEBAGAI PUNCA KEGANASAN, kemunduran dan kemiskinan.

6. Negara Islam dan penganutnya menjadi PAKSI UTAMA KEJAHATAN dunia dan mesti dihapuskan!

7. Hampir semua NEGARA ISLAM di dunia adalah negara ke-3, mundur, miskin, pengemis dan suka meminta-minta dari TUAN BARAT.

8. Hampir semua NEGARA ISLAM di dunia AMAT BERGANTUNG dan terikat kepada TUAN BARAT seolah-olah SEDANG DIJAJAH semenjak lepas Perang Dunia Ke-2.

9. Hampir kesemua PEMIMPIN ISLAM di dunia AMAT TAKUT dan TIADA KEBERANIAN LANGSUNG mengkritik TUAN BARAT mereka.

10. SEGELINTIR PEMIMPIN ISLAM YANG BERANI seperti Yang Amat Dikasihi Tun Dr Mahathir Mohamad akan disisih, dipencilkan, tidak mendapat sokongan dan diperkecilkan oleh Pemimpin Islam lain sendiri yang takutkan TUAN BARAT.

11. Terdapat PEMIMPIN ISLAM sendiri menjadi talibarut TUAN BARAT memecah-belahkan UMAT ISLAM supaya terus mundur, lemah, bodoh dan berpecah-belah. Ini berlaku di negara kita Malaysia sendiri!!!

12. Pemimpin Islam Dunia Arab pula lebih hina dan jijik kerana sanggup menjadi HAMBA KEPADA TUAN BARAT. Mereka tidak berani mengangkat muka sekalipun kepada TUAN BARAT. Mereka tergamak membiarkan pembunuhan ke atas UMAT ISLAM berlaku disebelah negara mereka sendiri, di depan batang hidung mereka sendiri!!! Lebih jijik mereka TURUT SAMA MEMBANTU pembunuhan ke atas UMAT ISLAM sendiri!!! Masih ingat lagi Perang Kuwait dan Iraq di mana mereka memberikan kemudahan ketenteraan dan turut sama berperang membunuh UMAT ISLAM sendiri.

APAKAH UMAT ISLAM SEDANG DILAKNAT TUHAN KERANA KEBODOHAN SENDIRI???

APAKAH UMAT ISLAM SEDANG DILAKNAT TUHAN KERANA KESOMBONGAN SENDIRI??

APAKAH UMAT ISLAM SEDANG DILAKNAT TUHAN KERANA KETAMAKKAN SENDIRI???

APAKAH UMAT ISLAM SEDANG DILAKNAT TUHAN KERANA TIDAK BERSATU???

APAKAH UMAT ISLAM LAYAK MENDAPAT PEMIMPIN SEPERTI IMAM MAHDI ATAU NABI ISA JIKA MEREKA SENDIRI BODOH, BANGANG, BERPECAH-BELAH, BERMUSUHAN DAN BERBUNUHAN SESAMA SENDIRI???

APAKAH ULAMA ISLAM TIDAK BERASA MALU TERUS BERKHAYAL MENGATAKAN UMAT ISLAM TERBAIK DI DUNIA SEDANGKAN SELURUH DUNIA SEMAKIN MEMANDANG HINA DAN KEJI KE ATAS ISLAM DISEBABKAN SIKAP UMAT ISLAM SENDIRI DITAMBAH PULA DENGAN AGEN PROPAGANDA BARAT???

APAKAH ULAMA DAN UMARA ISLAM TIDAK SEDAR YANG UMAT ISLAM SEKARANG SEDANG DIGAMBARKAN OLEH BARAT TIDAK UBAH SEPERTI KAUM JAHILLIYAH SEBELUM KEDATANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.????

UMAT ISLAM PERLU MELAKUKAN JIHAD!!!

JIHAD UNTUK HIJRAH!!!!

HIJRAH KE ARAH PENYATUAN UMMAH!!!

HIJRAH KELUAR DARI KEMUNDURAN DAN KEBODOHAN!!!

HIJRAH KELUAR DARI KEJAHILAN DAN KEDAIFAN!!!!

HIJRAH DENGAN MENGAMALKAN ISLAM FUNDAMENTAL YANG SEBENAR!!!


Ya ALLAH…. ampunilah kami…dan berikanlah petunjuk kepada kami.

PEMBELA

SELAMATKAN PULAU PINANG!!!

05/06/2009

Penulisan berikut telah disiarkan di dalam blog ini pada 15/2/2009. Disiarkan semula sempena meraikan lawatan Lee Kuan Yew Ke Malaysia yang diberitakan  tidak lama lagi.

PEMBELA

___________________________________________________________


1. Adalah AMAT MALANG jika Pulau Pinang dibiarkan diperintah DAP terlalu lama. Kerana DAP adalah serpihan daripada PAP yang telah berjaya mengeluarkan Singapura dari Malaysia.

2. Adalah TERAMAT MALANG SEKALI jika Orang Melayu Pulau Pinang akan menjadi Melayu Singapura yang dinafikan hak pribuminya dan sekarang seperti merempat di tanah sendiri.

3. LEBIH MALANG LAGI, 2 orang Pembesar Melayu paling berpengaruh iaitu Pak Lah dan Anwar Ibrahim berasal dari Pulau Pinang tetapi tidak berbuat apa-apa kerana masing-masing sibuk dengan agenda peribadi.

4. AMAT MALANG SEKALI kedua-dua orang Pembesar Melayu ini lebih mementingkan diri sendiri dan keluarganya sahaja dari tanggungjawab kepada bangsanya.  Seorang hanya sibuk menjaga anak, isteri dan menantu. Manakala seorang  lagi hanya gila kuasa hendak memerintah dan sanggup menggadaikan hak dan ketuanan Melayu. Hinggakan orang bukan Melayu sekarang menjadi semakin BIADAP dan KURANG AJAR!

5. LEBIH MALANG LAGI orang bukan melayu sudah berani mencabar hak dan kedaulatan Bangsa dan Raja Melayu secara terbuka tanpa rasa gentar dan bersalah dan dibiarkan bebas di Tanah Melayu.

6. Tentunya TERAMAT MALANG SEKALI jika Orang Melayu sendiri masih berpecah-belah dan membiarkan kesemua ini berlaku hingga menjolok mata sendiri.

7. Orang Melayu mesti BERSATU dan bangkit mempertahankan ketuanan Melayu di Tanah Melayu ini.

8. Orang Melayu mesti mempertahankan kedaulatan dan kehormatan Kesultanan Melayu sebagai Pemerintah Tertinggi di Tanah Melayu.

9. Orang Melayu mesti bangkit mempertahankan SEMUA HAK DAN KEISTIMEWAAN termasuk pemilikan tanah, bahasa melayu, adat, Agama Islam dan segala yang lain milik bangsa melayu di Tanah Melayu.

10. Orang Melayu mesti menentang sesiapa sahaja yang cuba mencabar HAK DAN KEISTIMEWAAN Orang Melayu di Tanah Melayu.


SEJARAH MEMBUKTIKAN PUAK-PUAK SEPERTI DAP INI TIDAK AKAN BERHENTI MENCARI PELUANG MEREBUT DAN KEMUDIANNYA  MERAMPAS KEDAULATAN, HAK DAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU.

SEJARAH MEMBUKTIKAN PUAK INI AKAN TERUS MEMBUAT CUBAAN MENCABAR DAN MEMPERSOALKAN  HAK DAN KEDAULATAN BANGSA DAN RAJA MELAYU SEHINGGA MEREKA BERJAYA.

SEJARAH MEMBUKTIKAN PUAK INI AKAN MENGGUNAKAN DEMOKRASI DAN UNDANG-UNDANG UNTUK MENCAPAI HASRAT MEREKA. TETAPI KEMUDIAN MEREKA PULA AKAN MEMPERALATKAN DEMOKRASI DAN UNDANG-UNDANG SETELAH MEREKA BERKUASA.

JADIKAN SEJARAH SINGAPURA SEBAGAI PENGAJARAN!!!

HAK ORANG MELAYU TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SETELAH DIAMBIL!!!

JANGAN BENARKAN MEREKA MEMPERSOALKAN HAK DAN KEDAULATAN MELAYU!!!

HALAU MEREKA YANG DEGIL DARI TANAH MELAYU!!!

LUCUTKAN KERAKYATAN MEREKA DI TANAH MELAYU!!!

MELAYU MESTI BERTINDAK!!!

INI TANAH MELAYU!!!

INI HAK MELAYU!!!

PERTAHANKAN!!!


Bersatulah bangsaku. Bersatulah demi Agama, Bangsa dan Tanah Melayu (Alif, Ba’, Ta’). Bersatulah mempertahan hak kita sebelum kita dihina dan dipaksa merempat di tanah sendiri….

PEMBELA

MALAY DILEMMA – 2ND EDITION (Part 2)

04/06/2009

Penulisan ini telah disiarkan dalam blog ini pada 17/09/2008. Disiarkan semula untuk penilaian.

PEMBELA

__________________________________________________________________


ORANG MELAYU DAN KERAJAAN

1. Kebanyakkan bijak pandai Melayu lebih suka memilih makan gaji dengan sektor kerajaan atau awam.

2. Ada pula mengejar kerja-kerja dengan GLC (yang sebenarnya juga adalah milik kerajaan).

3. Sebahagian yang lain memilih bidang akademik dengan berkampung di universiti awam atau pusat-pusat penyelidikkan awam sampai pencen.

4. Sebahagian besarnya pula mengejar tempat dalam politik yang mana juga akan berakhir di sektor awam samada menjadi menteri, setiausaha parlimen, pengarah-pengarah atau pengurus GLC, PBT dan sebagainya yang berkaitan dengan kerajaan.

5. Tak cukup dengan itu mereka meminta atau diminta perkhidmatan disambung lagi secara kontrak!

6. Selepas tamat perkhidmatan atau pencen mereka samada lebih suka menghabiskan masa tua mereka untuk beribadat atau beramal sebagai bekalan akhirat. Lagipun apa nak difikirkan lagi. Pencenkan ada.

7. Sebahagian yang lain pula mencuba nasib dalam politik menjadi YB yang sebenarnya akan membuka laluan untuk mereka masuk semula ke dalam kerajaan!

8. Bukan untuk menyanggah. Tetapi putaran kehidupan yang membelenggu kehidupan orang Melayu ini perlu diubah sebelum ianya menjadi satu budaya kekal.

9. Memanglah tidak adil untuk menutup peluang bijak pandai Melayu yang cemerlang ini dari berebut-rebut dan bersesak-sesak memasuki sektor awam.

10. Tetapi menempatkan hampir keseluruhan Melayu cemerlang dalam sektor awam menyebabkan Melayu cemerlang disektor swasta boleh dibilang dengan jari.

11. Akibatnya terlalu sedikit orang Melayu yang benar-benar maju dalam apa bidang ekonomi pun tanpa ada kaitan atau bergantung kepada kerajaan.

12. Memang ada usaha kerajaan cuba memberikan insentif dalam bentuk pinjaman atau geran kepada graduan-graduan muda terutamanya Melayu.

13. Tetapi malangnya hasilnya amat mendukacitakan. Difahamkan insentif yang ditawarkan juga tidak mendapat sambutan.

14. Kalau adapun graduan yang menyahut cabaran peratus kejayaannya amat kecil. Lebih ramai yang gagal dan akhirnya terpaksa cari kerja makan gaji dan sudah tentu sektor awam menjadi pilihan utama.

15. Menteri, pemimpin politik dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan mula menyelar graduan-graduan ini mengatakan mereka tidak cukup berusaha, pemalas, memilih kerja dan sebagainya.

16. Tetapi tidak terfikirkah mereka graduan-graduan ini amat mentah di dalam mengharungi dunia luar yang begitu mencabar.

17. Tidak terfikirkah macamana graduan ini nak mengharungi kehidupan mereka dalam mereka tiada punca pendapatan lain dan bergantung 100% pada perusahaan atau perniagaan mereka.

18. Bahkan untuk memperolehi pinjaman tambahan amat sukar kerana graduan baru ini tidak mempunyai pendapatan tetap dan perniagaan mereka masih baru dan belum menunjukkan keuntungan yang boleh diterima oleh bank atau institusi kewangan.

19. Itu belum termasuk keyakinan pelanggan, permintaan pasaran dan sebagainya.

20. Disamping itu graduan-graduan ini juga ada kehidupan peribadi mereka sendiri. Mereka ingin juga berumah tangga, berkahwin dan mempunyai keluarga.

21. Tidak terfikirkah mereka (Menteri, pemimpin politik dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan) sesebuah perniagaan baru memerlukan purata 3 tahun untuk stabil. Itupun belum tentu! Bagaimana kalau tempoh yang lebih lama diperlukan. Bagaimana graduan ini hendak teruskan kehidupan meereka?

22. Itu tidak termasuk faktor-faktor ekonomi luar yang mempengaruhi perniagaan mereka seperti kos operasi yang tidak stabil dipengaruhi contohnya faktor kos seperti minyak yang tidak menentu. Keadaan pasaran yang tidak menentu. Perubahan dalam kepenggunaan dan seribu macam faktor lain!

23. Kenapa menteri-menteri, pemimpin-pimimpin, pegawai-pegawai tinggi, pengarah-pengarah yang hanya pandai mengutuk para graduan ini sendiri keluar dari kepompong kerajaan mereka dan mengahadapi dunia luar sendiri kalau mereka benar-benar pandai?

24. Sebenarnya mereka juga takut dan tidak mampu seperti graduan itu juga. Mereka (orang-orang kerajaan ) ini juga tidak jauh bezanya dengan graduan tersebut dari segi kemahiran dan semangat dalam menempuh realiti dunia luar iaitu dunia perniagaan. Mereka amat kerdil dan lemah seperti graduan itu sendiri!

25. Yang mereka pandai marah-marah, mengeluh, mengarah dan bercakap. Macam tin kosong. Isinya tiada!

26. Tempoh perkhidmatan dengan sektor awam pula terlalu panjang sehingga orang-orang tua yang tidak lagi produktif samada terpaksa atau dipaksa terus bekerja.

27. Lebih teruk lagi ada yang masih meminta-meminta untuk terus bekerja dengan kerajaan walaupun tidak mampu lagi menyumbang apa-apa tetapi menjadi beban pula kepada kerajaan.

28. Apabila menteri-menteri, pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan ini pencen mereka tidak lagi produktif sebab faktor usia.

29. Ini merupakan satu pembaziran ketara dalam mengeksploitasi intelektual dan professional Melayu meningkatkan taraf ekonomi Melayu itu sendiri.

30. Keadaan menjadi bertambah parah apabila semakin ramai bijak pandai Melayu hanya menjadi “Jaguh Kampung” iaitu amat cemerlang semasa di dalam sektor awam tetapi langsung tiada keupayaan dan akhirnya tewas dalam menempuhi dunia luar.

PENDEKKAN JANGKA MASA SERVIS DALAM KERAJAAN.

31. Tempoh servis atau perkhimatan dalam kerajaan mesti ditetapkan pada tempoh maksimum 18tahun atau pada usia mencapai 45tahun yang mana lebih dulu bagi semua kakitangan berijazah.

32. Bagi menteri pula tempoh perkhimatan dihadkan kepada maksimum dua penggal sahaja. Ini termasuk Perdana Menteri!

33. Pendeknya tempoh perkhidmatan orang Melayu dalam sektor awam adalah hanya merupakan tempoh latihan sahaja sebelum mereka menempuh cabaran sebenar di sektor swasta, di dunia luar, di dunia global!!!

34. Selepas tamat tempoh perkhidmatan menteri, pengarah atau pegawai tinggi kerajaan ini diberikan tanggungjawab untuk keluar membantu orang Melayu di luar sana.

35. Mereka akan diberikan bantuan sama seperti skim yang diberikan kepada graduan-graduan yang baru tamat belajar atau lebih daripada itu kerana mereka ini orang-orang yang sepatutnya lebih bepengalaman dan peratus kejayaan sepatutnya lebih tinggi!

36. Mereka ini sepatutnya lebih berkeyakinan dan berpengalaman dalam membangunkan perniagaan-perniagaan atau perusahaan-perusahaan baru berdasarkan pengalaman, pengaruh dan kenalan-kenalan mereka semasa menjawat jawatan awam dalam kerajaan

37. Mereka juga tak perlu gusar tiada pendapatan tetap kerana mereka ada pencen yang akan membantu mereka sekiranya perniagaan mereka lambat mencapai kemajuaan atau gagal dan terpaksa dibangunkan semula.

38. Mereka juga tak perlu risau dari segi kos perubatan kerana sebagai seorang yang pencen kerajaan, kos perubatan mereka ditanggung sepenuhnya oleh hospital kerajaan. Bukan mereka sahaja bahkan keseluruhan ahli keluarga mereka!

39. Jadi mereka ini tidak mempunyai sebab untuk mengelak daripada tanggungjawab untuk membantu bangsa Melayu mereka!

PENGANGGURAN DI KALANGAN GRADUAN MELAYU DIKURANGKAN (DI HAPUSKAN?)

40. Apabila tempoh perkhidmatan dalam kerajaan dipendekkan dengan sendirinya akan wujud peluang-peluang kerja yang tinggi dalam sektor awam

41. Dengan sendirinya pengganguran di kalangan graduan Melayu akan berkurang.

42. Ditambah lagi peluang-peluang pekerjaan dalam sektor swasta yang baru dibangunkan oleh menteri-menteri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang pencen tadi.

43. Pengangguran graduan akan berada di tahap minimum. Taraf hidup orang Melayu juga akan meningkat dan seterunya meningkat kuasa beli orang Melayu.

44. Apabila kuasa beli orang Melayu meningkat maka dengan sendiri perniagan orang Mrlayu akan meningkat!

45. Gejala rasuah dalam sektor awam juga akan dapat dikurangkan. Kerana mengikut kajian rasuah selalunya dilakukan mereka yang telah lama berkhidmat dalam sektor awam. Orang baru samada takut atau tak tahu macamana nak makan rasuah.

46. Pegawai kerajaan pula akan terdiri daripada golongan muda yang sentiasa bertenaga dan mampu melaksanakan tanggungjawab dengan pantas dan bekesan.

47. Pekhidmatan sektor awam akan lebih dinamik dengan tenaga muda yang agresif dan bersemangat untuk turun padang melaksanakan tanggungjawab mereka.

48. Jadi tidaklah pegawai-pegawai yang dah tua dan nak pencen yang dah malas nak bergerak kena pergi turun padang !

49. Kaunter-kaunter perkhimatan kerajaan juga akan diisi oleh gadis-gadis muda dan manis yang sedap mata memandang. Bukannya makcik-makcik atau mungkin nenek-nenek yang dah nak pencen yang kadang-kadang nak bertanya pun kita takut!!!

BOLEHKAH KITA?

50. Umat Melayu adalah bangsa yang paling dinamik yang sentiasa menerima perubahan dengan hati yang terbuka

51. Bangsa Melayu terkenal sebagai bangsa yang paling toleran dan pemaaf dengan pemuafakatan yang kuat sesama kaum dan agama.

52. Agama ISLAM juga mewajibkan kita umatnya melakukan hijrah (perubahan) daripada tidak baik kepada baik dan daripada baik kepada yang lebih baik.

53. Kesimpulan hijrah perubahan) ini memang BOLEH dilakukan dengan KADAR SEGERA!!!

MARILAH SAHABATKU UMAT MELAYU ISLAM KITA MELAKUKAN HIJRAH (PERUBAHAN)

HIJRAH DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

MASA BERLALU BEGITU PANTAS DAN KITA UMAT MELAYU ISLAM AKAN KETINGGALAN KALAU MASIH TIDAK MAHU BERUBAH!!!

“SESUNGGUHNYA KAMI (ALLAH) TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SATU KAUM ITU (DALAM KONTEKS INI UMAT MELAYU ISLAM) JIKA KAUM ITU SENDIRI TIDAK MAHU MENGUBAH NASIB MEREKA SENDRI”

ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA!!!

MALAY DILEMMA – 2ND EDITION (Part 1)

03/06/2009

Penulisan ini telah disiarkan dalam blog ini pada 17/09/2008. Disiarkan semula untuk penilaian.

PEMBELA

______________________________________________________

(DEDICATED TO: YANG AMAT DIKASIHI DAN DIKAGUMI TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMED)

PANDANGAN TIPIKAL KENAPA ORANG MELAYU MASIH MUNDUR.

1. Orang Melayu Pemalas?

2. Orang Melayu Suka Membazir?

3. Orang Melayu hanya suka berhibur dan membuang masa?

4. Orang Melayu mudah berpuashati?

5. Orang Melayu mudah lupa?

6. Orang Melayu hanya suka berpolitik?

7. Orang Melayu rasis?

8. Dan bermacam-macam lagi tanggapan negatif ke atas Orang Melayu sebab dan punca Melayu masih lemah dan mundur.

9. Orang Melayu masih mundur? Jawapannya TIDAK! Kalau orang melayu masih mundur mereka tidak akan berusaha menghantar anak mereka belajar menimba ilmu untuk memperbaiki taraf hidup mereka. Mereka tidak akan berusaha memajukan diri mereka. Bukankah buktinya semakin ramai professional di kalangan Melayu. Begitu juga professor, sarjana dan graduan di kalangan Melayu. Dan bilangan ini semakin bertambah dari masa kesemasa. Banyak lagi boleh dibuktikan berada di depan mata!

10. Orang Melayu Pemalas? Jawapannya TIDAK! Bukankah majoriti orang Melayu bekerja makan gaji di peringkat bawahan di sektor swasta dan kerajaan. Bukankah kebanyakkan pekerja operator kilang, buruh dan lain-lain pekerja bawahan terdiri daripada orang Melayu? Bukankah pasukan-pasukan keselamatan berpangkat rendah terdiri daripada majoriti Melayu. Jika mereka pemalas produktiviti negara akan menurun. Kestabilan negara pun akan terjejas. Keselamatan negara akan terancam. Pendapatan swasta juga sudah tentu menurun. Tapi ini tidak berlaku! Kenapa? Sebab majoriti orang Melayu TIDAK PEMALAS. Majoriti Orang Melayu berdedikasi dan komited melaksanakan kerja mereka!

11. Kesimpulannya semua tanggapan negatif ke atas Orang Melayu tidak benar sama sekali! Memang terdapat segelintir Orang Melayu yang bersifat begitu. Tetapi bukan semua! Majoriti orang Melayu sedang berusaha memajukan diri dan keluarga masing-masing dan seterusnya membangunkan bangsa Melayu itu sendiri.

12. Majoriti orang Melayu sedang berusaha memperbaiki taraf mereka untuk keluar dari terus dianggap bangsa yang mundur.

13. Bukankan keadaan yang sama juga terdapat pada bangsa-bangsa lain di Malaysia dan di seluruh dunia. Apakah tiada orang-orang Cina atau India atau orang-orang barat atau bangsa maju lain di dunia yang mempunyai sifat-sifat negatif seperti yang dilemparkan keatas orang Melayu? Apakah dikalangan mereka juga tiada yang pemalas, ingin cepat kaya, suka membazir, rasis dan sebagainya?

14. Mungkin ada di antara Melayu yang mudah lupa seperti yang diluahkan oleh Yang Amat Dikasihi Tun Dr Mahathir. Tetapi yang dimaksudkan oleh TDM bukanlah majoriti Melayu. Yang dimaksudkan TDM ialah segelintir orang Melayu yang telah diberikan kuasa dan peluang untuk mereka menjadi kaya, maju dan berjaya bertujuan supaya mereka boleh membantu majoriti bangsa Melayu lain keluar dari kemunduran. Tetapi Melayu jenis ini mudah lupa! Mereka lupa pada asal-usul mereka. Mereka lupa tanggungjawab kepada bangsa mereka!!!

MASA

15. Apa yang orang Melayu perlukan sebenarnya adalah MASA.

16. Orang Melayu memerlukan MASA untuk terus memperbaiki taraf hidup mereka.

17. Orang Melayu perlukan MASA untuk memperbetulkan kelemahan mereka.

18. Orang Melayu memerlukan MASA untuk membina tamadun mereka.

19. Orang Melayu perlukan MASA untuk terus melahirkan lebih ramai professional, sarjana, saintis,ahli perniagaan, korporat dikalangan mereka.

20. Orang Melayu memerlukan MASA untuk mematangkan diri mereka dalam berpolitik, mentadbir negara dan menghadapi cabaran politik dan ekonomi global.

21. Orang Melayu perlukan MASA untuk mempelajari dan menguasai bidang-bidang ekonomi dan perniagaan.

22. Orang Melayu memerlukan MASA untuk menjadi bangsa yang maju.

23. Orang Melayu memerlukan MASA untuk menafsirkan dan meterjemahkan ISLAM sebagai asas pembinaan tamadun bukannya digunakan untuk tujuan meraih kepentingan sendiri atau dijadikan komoditi politik semata-mata seperti yang berlaku sekarang.

24. MASA yang dimaksudkan adalah satu jangka waktu yang mana semua keistmewaan dan bantuan kepada orang Melayu seperti yang ada sekarang terus dikekalkan sehingga Orang Melayu telah benar-benar mencapai matlamat menjadi bangsa maju setaraf dengan bangsa-bangsa lain sepert Cina, India, Yahudi dan Eropah.

25. Tetapi MASA yang diperlukan oleh Orang Melayu samada:-
a) MASA yang Telah Dirampas .
b) MASA yang Tidak Mahu Diberikan
c) MASA yang tidak dapat diterima oleh “Pejuang” Melayu .
d) MASA yang dibazirkan oleh “Pemimpin” Melayu

MASA YANG TELAH DIRAMPAS

26. Masa Orang Melayu telah dirampas oleh Penjajah beratus tahun
lamanya.

27. Orang Melayu kehilangan hak dan maruah sebagai tuan di Tanah Melayu sendiri. Jati diri mereka telah luntur, terhakis dan lemah setelah dikongkong dengan sistem penjajahan berabad lamanya.

28. Bangsa Melayu yang sebelum itu terkenal sebagai saudagar, pedagang,pahlawan dan penakluk telah berjaya “dibentuk” oleh penjajah menjadi hanya sebagai petani yang miskin dan hanya pandai meminta-minta dari tuannya (penjajah) dan hampir hilang maruah dan harga diri secara total!.

29. Tetapi ALLAH MAHA BESAR. DIA membuka pintu hati dikalangan Bangsa Melayu itu sendiri bahawa mereka sebenarnya adalah bangsa bermaruah. Orang Melayu bangkit merampas semula MASA yang amat berharga yang telah dikuasai penjajah berabad lamanya.

MASA YANG TIDAK MAHU DIBERIKAN

30. Bangsa-bangsa lain yang telah lama maju seperti Cina dan India di dalam Malaysia seperti tidak mahu memberikan lagi MASA kepada Bangsa Melayu.

31. Bangsa –bangsa maju lain di luar Malaysia seperti Eropah (termasuk US, Australia dan lain-lain yang merupakan susur galur berasal dari bangsa Eropah) juga tidak mahu memberikan MASA itu.

32. Mungkinkah mereka takut jika Bangsa Melayu terus diberikan MASA akan menjadi bangsa yang maju dan sukar untuk dikawal dan seterusya menjejaskan kepentingan-kepentigan mereka?

33. Mungkinkah juga mereka khuatir Bangsa Melayu yang maju akan mengambil tempat mereka?

34.Mungkingkah mereka mahu Bangsa Melayu terus mundur supaya mudah mereka mengambil kesempatan dan kepentingan mereka terus terjamin?

35. Bagi yang anti ISLAM mungkinkah mereka tidak mahu Bangsa Melayu maju kerana khuathir menjadi pendorong atau pencetus semangat kebangkitan ISLAM. Mungkinkah……?

MASA YANG TIDAK DAPAT DITERIMA OLEH PEJUANG MELAYU.

36. Seperti dalam posting saya sebelum ini Pejuang berbeza dengan Pemimpin. ( Lihat posting saya sebelum ini untuk memahami perbezaan diantara kedua ini karektor ini).

37. Seorang Pejuang sememangnya memperjuangkan matlamat yang suci dan terpuji. Tetapi semua Pejuang terbatas dari segi usia dan MASA.

38. Saya ambil contoh seorang Pejuang yang masih hidup seperti Tun Dr Mahathir sendiri.

39. Perjuangan Tun masih belum selesai. Dan ianya mungkin tidak akan selesai untuk 10 atau 20 tahun lagi. Atau mungkin 50 atau 100 tahun lagi. Jika itu MASA yang Bangsa Melayu perlukan untuk menjadi bangsa yang maju!

40. Tetapi Pejuang seperti Tun dibatasi usia dan MASA. Tun takkan hidup selamanya untuk dapat melihat Bangsa Melayu menjadi bangsa yang maju.

41. Sebab itu Tun tidak dapat menerima pemimpin kerajaan sekarang yang bagi beliau membazirkan masa dengan membiarkan pembanguan tamadun bangsa Melayu terhenti dan kaku. Lebih buruk lagi menuju ke belakang!

42. Jadi dengan MASA (usia) yang Tun rasakan semakin terbatas ini beliau tidak dapat menerima pemimpin-pemimpin melayu yang beliau lihat dan rasakan terus membazirkan MASA.

43. Tun tidak dapat terima pemimpin-pemimpin yang membatalkan projek-projek pembangunan atau perancangan-perancangan yang telah dirancang kerana banyak MASA dan WANG yang telah banyak digunakan sebelum ini untuk merancang pembangunan projek itu telah dibazirkan.

44. Tun bangkit mengkritik dan akhir-akhir ini mengutuk pemimpin-pemimpin kerajaan sekarang yang beliau lihat telah mensia-siakan MASA yang semakin suntuk kepada Bangsa Melayu dan dirinya sendiri yang semakin dimakan usia.

45. Sebagai Pejuang Tun ingin melihat apa yang diperjuangkan membuahkan hasil. Atau setidak-tidaknya sedang bergerak kearah itu. Tetapi bagi beliau apa nampak yang sedang berlaku sekarang terjadi sebalikya!

46. Tetapi malang pemimpin sekarang meminggirkan Pejuang Negara seperti Tun.

47. Apa sepatutnya mereka lakukan ialah meneruskan perjuangan Tun dan terus mendengar nasihat, keluhan dan teguran Tun secara positif.

48. Sepatutnya kritikan-kritikan Tun diambil dan dijadikan azimat dan pembakar semangat. Tetapi keadaan ini tidak berlaku!!!

MASA YANG DIBAZIRKAN PEMIMPIN MELAYU.

49. Mungkin pemimpin melayu tidak akan mengaku atau menerima hakikat kebanyakkan dari mereka sekarang hanya membazirkan masa sahaja.

50. Tetapi jika dilihat tahap pencapaian Bangsa Melayu dalam semua bidang sekarang yang masih ditakuk lama dan dilihat semakin ke kebelakang menjustifikasi pembaziran MASA ini.

51. Ada pemimpin Melayu membazirkan MASA mementingkan diri sendiri dan hanya mengumpulkan kekayaan keluarga, anak dan menantu daripada memikirkan survival bangsa mereka.

52. Ada Pemimpin Melayu membazirkan MASA dengan menjadi ego dan sombong hingga lupa kepada tanggungjawab kepada bangsa mereka sendiri. Mereka malah memperkecilkan atau tidak percaya kepada kemampuan bangsa mereka sendiri!

53. Ada pemimpin yang membazirkan masa menjadi pak turut, pengampu dan pembodek semata-mata ingin terus kekal popular kepada pucuk pimpinan dan terus berkuasa.

54. Ada pemimpin Melayu yang membazikian MASA untuk terus berkuasa sedang hakikatnya diri sendiri tidak berupaya mengubah atau menyumbang lagi kepada pembangunan bangsa sendiri.

55. Ada pemimpin masih mengangap dirinya masih dikehendaki tapi hakikatnya Bangsa Melayu telah menolak kepimpinannya.

56. Ada pemimpin Melayu yang terus membazirkan MASA memainkan perasaan orang Melayu untuk kekal berkuasa.

57. Ada pula pemimpin melayu cuba menggadaikan MASA yang sepatutnya terus diberikan kepada orang Melayu semata-mata untuk mendapat sokongan daripada bangsa-bangsa minoriti lain untuk merampas kuasa pada 16 September 2008!!!!

LANGKAH SEGERA YANG PATUT BANGSA MELAYU LAKUKAN

58. Pada Disember ini akan ada satu perhimpunan terbesar di kalangan pemimpin-pemimpin Bangsa Melayu seluruh Negara iaitu Perhimpunan Agung Umno.

59. Inilah platform dan masa terbaik untuk Orang Melayu untuk muhasabah diri dan kembali semula ke landasan perjuang asal iaitu “Perjuangan Yang Belum Selesai”. Perjuangan untuk memartabatkan Bangsa Melayu menjadi Bangsa Maju menjelang Wawasan 2020.

60. Kepada pemimpin yang dilihat membazirkan MASA hendaklah meletakkan jawatan atau disingkirkan terus tanpa rasa ragu-ragu dan bimbang.

I) Melayu mesti bersatu!!! Kesatuan Bangsa Melayu melayu mesti diperkasakan semula untuk meneruskan“Perjuangan Yang Belum Selesai!!!

II) Melayu pasti akan bangkit semula bergerak pantas membina tamadun bangsanya kerana MASA berlalu sangatpantas

III) MASA itu pula telah banyak dirampas dan dibazirkan dan sekarang semakin berani dipersoalkan oleh bangsa-bangsa lain.

IV) Melayu pasti bangkit semula demi Agama, Bangsa dan Tanahair (alif’ ba’ ta’)

PROTECT OUR MALAY SUPREMACY!!!

WE NEED MORE TIME!!!

OUR TIME IS OUR OWN DECISION!!!

NOBODY CAN QUESTION ABOUT THIS!!!

MALAYSIA IS TANAH MELAYU

MALAYSIA IS OUR LAND!!!

MALAYSIA IS OUR BLOOD AND SOUL!!!

DI ATAS NAMA PAHLAWAN DAN PEJUANG MELAYU YANG TELAH GUGUR KAMI AKAN TERUS MEMPERTAHAN BUMI TERCINTA INI DAN KEDAULATAN BANGSA MELAYU HINGGA KE AKHIR ZAMAN.

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

“DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA (TERUTAMANYA UMAT MELAYU ISLAM SEKARANG) SENTIASA BERADA DI DALAM KERUGIAN”

ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!

Ya ALLAH berikanlah petunjukmu. Al-Fatihah…. Amin

PEMBELA

REVOLUSI MELAYU: Asas Revolusi Melayu

01/06/2009

ASAS UTAMA dalam kejayaan mencetuskan REVOLUSI MELAYU adalah:-

I. AGAMA ISLAM.

II. ADAT DAN BUDAYA MELAYU.


AGAMA ISLAM

1. Semua orang Melayu beragama ISLAM adalah BERSAUDARA dan wajib membantu antara satu sama lain contohnya:-

a)MEMBANTU perniagaan atau perusahaan sesama Melayu dengan mengutamakan berbelanja di kedai atau perusahaan kepunyaan orang Melayu terlebih dahulu.

b)MENGUTAMAKAN MEMBELI BARANGAN BUATAN MELAYU supaya perniagaan usahawan Melayu terus maju dan berkembang dan kekayaan dikalangan orang Melayu bertambah.

c)Bagi Melayu yang kaya akan MENDERMA pembinaan sekolah, masjid, dewan orang ramai, kompleks sukan, kompleks kedai dengan sewa murah, kompleks seni budaya, taman asuhan kanak-kanak dan sebagainya.

d)Sentiasa bersedia MENOLONG saudara sebangsa dan seagama yang dalam kesusahan atau yang memerlukan pertolongan dengan niat yang suci dan ikhlas.

2. ISLAM mengajar orang Melayu perkara BAIK & BURUK / PAHALA & DOSA / HARAM & HALAL, antaranya supaya:-

a)MEMBEZAKAN perbuatan buruk(dosa/haram) dan perbuatan baik(pahala/halal).

b)MEGHAPUSKAN hasad-dengki (dosa/haram) dan saling sayang-menyayangi dan menghormati sesama Melayu dan manusia.(pahala/halal).

c)MEMILIH pemimpin dikalangan Melayu yang jujur, bijak, suka membuat baik dan beramal (pahala/halal) bukannya pemimpin yang suka makan rasuah, bodoh, bangang, pak turut dan buruk (dosa/haram).

d)MEMBELI barangan buatan Melayu sahaja yang dijamin HALAL (baik/pahala) dengan niat membantu usahawan dan peniaga Melayu untuk terus maju dan berkembang (baik/pahala).

e)MENDIDIK peniaga dan usahawan Melayu supaya JUJUR dengan sentiasa memberikan yang TERBAIK(pahala/halal) kepada SEMUA PELANGGAN samada dari segi mutu harga dan servis/layanan dan sebagainya

3.BANYAK LAGI ketinggian ilmu dalam Agama Islam yang akan membawa kebaikan dan kejayaan kepada bangsa Melayu jika dihayati dan diamalkan dengan tertib dan sempurna.

4. KESIMPULAN:- ISLAM adalah satu agama yang LENGKAP yang mencakupi keseluruhan bidang kehidupan manusia termasuk sosio ekonomi, perniagaan, sains, politik dan lain-lain yang sepatutnya menjadi asas kepada REVOUSI MELAYU!!!


ADAT DAN BUDAYA MELAYU

1. Adat dan budaya adalah asas kepada JATI DIRI bangsa Melayu.

2. Adalah TIDAK BENAR dan AMAT BODOH sama sekali pandangan bahawa adat dan budaya menyebabkan Melayu mundur. Tetapi yang peliknya ada dikalangan Melayu sendiri yang mengaku bijak pandai (TAPI BANGANG SEBENARNYA) mengatakan Melayu akan mundur bila dikongkong adat. Katakan kepada mereka yang cerdik tapi BANGANG ini bahawa orang Melayu hanya MENGAMALKAN adat dan budaya mereka BUKANNYA DIKONGKONG oleh adat dan budaya. Orang Melayu SEBENARNYA yang MENGAWAL adat dan budaya itu BUKANNYA DIKAWAL oleh adat dan budaya!

3. Sebaliknya adat dan budaya akan menjadikan orang Melayu lebih mengenali JATI DIRI bangsanya dan meyemarakkan semangat KEKITAAN yang amat kuat untuk BERSATU mengangkat martabat dan mengeluarkan bangsa dari kemunduran dan kedaifan.

4. Contohnya amalan GOTONG-ROYONG di dalam adat perkahwinan Melayu mencetuskan semangat tolong-menolong, saling menghormati, sopan-santun, dan KEHALUSAN BUDI yang amat tinggi yang tiada tolok bandingnya di dunia ini.

5. Adat dan budaya Melayu yang KAYA juga merupakan asas kepada fesyen, sukan, tarian, masakan, kuih-muih, ulam-ulaman, perubatan herba, nyanyian, lakonan, kraftangan dan banyak lagi khazanah dan karya agung yang amat unik, warna-marni dan indah serta amat dikagumi oleh seluruh dunia.

6. Contohnya SUKAN SEPAK RAGA Melayu menjadi asas kepada permainan SEPAK TAKRAW yang kini telah bertaraf dunia.

7. SILAT MELAYU juga telah dipertandingkan hingga ke taraf dunia. Malangnya di dalam majlis keramaian Melayu pertunjukkan silat hampir pupus. Jika orang Cina dengan Tarian Naga/Singa sering dimainkan ketika Tahun Baru atau pembukaan kedai mereka, kenapa SILAT MELAYU tidak boleh dipersembahkan ketika Hari Raya atau pembukaan kedai orang Melayu? Salah di segi undang-undang ke? Berdosa ke? Kenapa tae-kwan-do dan karate begitu popular di ajar di sekolah tetapi SILAT MELAYU tidak?

8. FESYEN baju kurung melayu (lelaki/perempuan), kurung kedah, kebaya, songket, batik, cekak musang, teluk belanga dan lain-lain. Itu belum masuk lagi fesyen-fesyen suku kaum Melayu seperti Jawa, Minangkabau, Bugis, Pattani, Riau, Champa dan lain-lain yang masih banyak belum diterokai dan diketengahkan/digubah ke dalam dunia fesyen moden dan kontemporary lagi!!!

9. MASAKAN, KUIH-MUIH dan ULAMAN Melayu telah lama diterima dunia dan sekarang menjadi sajian di hotel-hotel bertaraf antarabangsa!!!!

10. BIOTEKNOLOGI? Orang Melayu telah mendahului bangsa lain di dunia dalam penemuan tapai! Mungkin lebih dulu dari orang Arab yang menemui keju!

11. UBATAN HERBA? Bangsa Melayu setanding atau mungkin lebih baik dari orang China dan India dalam perubatan herba!! Cuma orang Melayu masih belum menerokai sepenuhnya.

12. BANYAK lagi ketinggian, kehalusan dan kepelbagaian di dalam adat dan budaya Melayu yang akan membawa kepada penyatuan dan ketinggian tamadun Melayu.

13. KESIMPULAN: Adat dan Budaya Melayu yang TINGGI, KAYA, HALUS, BERHEMAH dan PELBAGAI adalah asas yang amat diperlukan oleh orang Melayu dalam membentuk JATI DIRI dan SEMANGAT KEKITAAN dalam memacu kejayaan REVOLUSI MELAYU!!!


RAMAI BERANGGAPAN ORANG BUKAN MELAYU MENJADI MAJU KERANA MEREKA TIDAK MENGAMAL ADAT DAN BUDAYA MEREKA…..BETUL KE????

SEBENARNYA ORANG BUKAN MELAYU AMAT BERPEGANG TEGUH DALAM MENGAMAL ADAT DAN BUDAYA MEREKA. SEBAB ITULAH JATI DIRI DAN SEMANGAT KEKITAAN MEREKA AMAT KUAT DIKALANGAN SESAMA MEREKA. DENGAN JATI DIRI DAN SEMANGAT KEKITAAN YANG KUAT INILAH MEREKA BERSATU MEMAJUKAN BANGSA MEREKA DI MALAYSIA DAN DI SELURUH DUNIA!

KITA BANGSA MELAYU MESTI BERPEGANG KUAT KEPADA AGAMA, ADAT DAN BUDAYA SEBAGAI ASAS KEPADA JATI DIRI DAN PENYATUAN BANGSA MELAYU UNTUK MEWUJUDKAN SEMANGAT PERSAUDARAAN DAN KEKITAAN YANG KUAT SEPERTI YANG DITUNTUT OLEH AGAMA, ADAT DAN BUDAYA KITA!!!

DENGAN PENYATUAN, JATI DIRI DAN SEMANGAT KEKITAAN YANG KUAT SAHAJALAH BANGSA MELAYU AKAN BANGKIT MENJADI BANGSA YANG MAJU DAN BERMARUAH!!!

AGAMA ISLAM, ADAT DAN BUDAYA MELAYU MESTI MENJADI ASAS KEPADA REVOLUSI MELAYU!!!

REVOLUSI MELAYU!!! REVOLUSI MELAYU!!! REVOLUSI MELAYU!!!

MALAY REVOLUTION!!! MALAY REVOLUTION!!! MALAY REVOLUTION!!!


Bangkitlah bangsaku.

Bangkitlah demi Agama, Bangsa dan Tanahair (Alif, Ba, Ta)

PEMBELA

REVOLUSI MELAYU “Malay Revolution”

01/06/2009

1. Semua bangsa di dunia melalui proses REVOLUSI untuk maju.

2. REVOLUSI membersihkan yang zalim dan korup.

3. REVOLUSI mengembalikan maruah dan jati diri bangsa

4. REVOLUSI keluar dari kemunduran dan kejahilan.

5. REVOLUSI harapan kepada suatu perubahan.


BANGSA MELAYU MEMERLUKAN REVOLUSI

REVOLUSI MENJADI BANGSA YANG AGUNG!!!!

REVOLUSI MENGEMBALIKAN MARUAH DAN JATI DIRI BANGSA!!!

REVOLUSI MEMPERTAHANKAN MARUAH DAN KESUCIAN AGAMA!!!

REVOLUSI MEMARTABATKAN MARUAH DAN KEGEMILANGAN TANAHAIR!!!

DEMI DARAH DAN AIR MATA PAHLAWAN MELAYU YANG GUGUR.

DEMI KERINGAT DAN AIR MATA PEJUANG NEGARA YANG TELAH BERSEMADI.

DEMI AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR…

MALAY REVOLUTION!!! MALAY REVOLUTION!!! MALAY REVOLUTION!!!


Revolusi cara kita orang melayu…..

PEMBELA


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,851 other followers