TOK JANGGUT

Tok Janggut. Pahlawan Melayu Kelantan

Tok Janggut. Pahlawan Melayu Kelantan

Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:

* cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun

* cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun

* kelapa sebanyak 3 sen setandan

* sireh sebanyak 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai.

Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.

Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.

Gambar Tok Janggut Dihukum Gantung

Gambar Mayat Pahlawan Melayu Tok Janggut Digantung Songsang

Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

TokJanggut3

About these ads

3 Responses to “TOK JANGGUT”

  1. haasyir Says:

    tok janggut memang kate/katang

  2. aishah Says:

    nape tok janggut dibunuh?????…wajarkah ianya berlaku…
    saya xboleh terima hakikat ini…sedangkan alasan yg wujud xjelas dan sikap pemerintah yang berat sebelah dan tidak adil yang lebih mengutamakan orang luar …

    • ZHARIF ZAINI Says:

      kerana waktu itu Malaysia dijajah pihak luar iaitu british…dan tok janggut menentang undang-undang yg ditetapkan oleh british…dan kerana itulah beliau dibunuh oleh british

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,851 other followers

%d bloggers like this: