DATO’ DOL SAID

Makam Dato' Dol Said. Pahlawan Melayu Melaka.

Makam Dato' Dol Said. Pahlawan Melayu Melaka.

Dato’ Dol Said bin Omar, atau Abdul Said (1773 – 1849), ialah Penghulu Naning yang kesembilan. Perang Naning yang berlaku pada tahun 1831 menjadikan beliau seorang wira yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka. Daripada suku Semelenggang, Dol Said mewarisi Penghulu Anjak sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 ketika hanya berumur 26 tahun.

Pada tahun 1829, pemerintah British di Melaka memaksa Naning membayar cukai tanaman sebanyak 1/10 dari hasil perolehan. Ini dikatakan berpunca daripada kejahilan dan kesilapan Gabenor Fullerton dan Lewis, Penguasa Tanah di Melaka pada masa, tentang taraf Naning dan bentuk cukai yang sebenarnya wujud pada masa itu.

Dato’ Dol Said yang ketika itu menjadi Penghulu Naning membantah perintah membayar cukai tersebut. Berikutan itu, pada tahun 1831, satu pasukan seramai 150 orang askar Sepoi dengan dua buah meriam telah dihantar oleh Inggeris untuk menyerang Naning bagi menghapuskan Dato’ Dol Said dan pengikutnya.

Dalam Perang Naning pertama yang berlangsung selama 18 hari antara 6 Ogos dan 24 Ogos 1831, pihak Inggeris ini telah berjaya ditewaskan oleh orang-orang Naning dibawah pimpinan Dato’ Dol Said dengan bantuan orang-orang Rembau dibawah pimpinan Syed Shaaban menantu Raja Ali.

Inggeris tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka dan kembali menyerang Naning pada bulan Februari 1832 dengan tentera yang lebih besar. Dol Said kehilangan ramai orang dan beliau terpaksa berundur ke Pasir Besar. Dalam tempoh empat bulan, Naning jatuh ke dalam tangan Inggeris pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.

Dol Said meninggal dunia pada 1849 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning.

About these ads

2 Responses to “DATO’ DOL SAID”

  1. Mohamad Zaimi Mohamad Noh Says:

    DATO DOL SAID (MELAKA), TOK JANGGUT (KELANTAN), DATO SAGOR (PERAK), DATO BAHAMAN (PAHANG}}, TOK GAJAH, DATO MAHARAJALELA (PERAK), ABDUL RAHMAN LIMBONG (TERENGGANU),ROSLI DHOBY (SARAWAK), MAT KILAU (PAHANG}, MAT SALEH (SABAH),RAJA ABDULLAH (PERAK}, MAT INDERA (JOHOR), DLL adalah pejuang sebenar yang berjuang menentang penjajah British laknatullahi alaihim yang mengaut hasil mahsul negara kita untuk dibawa balik kenegara mereka.
    Ramai diantara mereka ini gugur Syahid di medan tempur.
    UMNO PERIKATAN, BN, menjadi talibarut British dan bertanggungjawab mengubah sejarah sebenar. Pejuang-pejuang ini telah dilabelkan oleh British sebagai penderhaka, pembelot dan direstui oleh UMNO BN laknatullahi alaihim sehingga kini. UMNO BN tidak mengiktiraf pejuang-pejuang yang menentang British ini sebagai pejuang. Malah dengan penuh megah takbur mendabik dada bahawa pemimpin UMNO lah yang berjuang menuntut kemerdekaan negara dari penjajah sambil menghunus keris berkarat yang tidak pernah pun meradak perut penjajah. Padahal UMNO BN inilah petualang sebenar. Semoga Allah melaknati pemimpin2 pengkhianat ini yang telah mengubah fakta sejarah sebenar.
    Anak-anak muda sekarang telah di racun pemikiran mereka yang telah pun sedia lemah dari mengetahui sejarah sebenar. Mereka telah dihidangkan dengan berbagai-bagai bentuk hiburan yang melalaikan sehingga tidak dapat berfikir mana yang benar dan mana yang salah. UMNO BN adalah lebih jahat dari KOMUNIS… malah lebih bahaya dari DADAH. UMNO BN patut di haramkan sebagaimana British mengaharamkan PKM.
    British telah mengharamkan PKM setelah British merasakan PKM boleh mengancam kedudukannya di Tanah Melayu. Padahal British telah bergabung dengan PKM semasa menentang Jepun. Inilah sikap hipokrit British yang telah diwarisi oleh UMNO BN.
    UMNO BN adalah warisatul British laknatullahi alaihim yang terus menjalankan dasar pemerintahan ala British di bumi Malaysia sehingga kini.
    Mereka mengharamkan PKM tapi dalam masa yang sama si pengkhianat besar TUN RAZAK laknatullahi alaika telah menjalin diplomasi dengan PCC iaitu Parti Komunis China ( Mou Tze Tung). Banyak dasar-dasar komunis telah ditiru oleh Tun Razak Laknatullahi alaika sebagai dasar untuk mentadbir negara. Tapi dalam masa yang sama memekik melolong macam syaitan memberitahu kepada seluruh rakyat bahawa PCC, PKM adalah jahat, pengkhianat. Apakah ini boleh dianggap sebagai pemimpin yang jujur kepada rakyat. Di hadapan rakyat berkata lain, dibelakang lain yang dibuatnya. Pi jahanamlah pemimpin-pemimpin UMNO.
    Saya adalah keturunan salah seorang dari pejuang diatas merasa amat terharu dan berkecilhati diatas sikap pemimpin sekarang yang masih lagi mengekalkan sistem pemerintahan penjajah. Saya cuba bayangkan pahit getir moyang-moyang saya berjuang menentang penjajah jahanam laknatullahi alaihim dahulu. Semoga Allah mencucuri penuh rahmat keatas roh-roh mereka…amin..

  2. khalil bin ismail Says:

    kalau saya tak silap beliau dari keturunan juara megat dari suku semelenggang iaitu undang atau penghulu naning ketiga.sila rujuk buku hikayat abdullah dimana ada menceritakan sejarah keturunan datuk undang naning yang ada sekarang.persoalan biasa timbul mengapa undang naning bersuku semelenggang tidak dari suku biduanda.jawapannya kita boleh lihat dalam buku ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,851 other followers

%d bloggers like this: